26 June 2009

Simpang5 oldtimer - nuraini albums

Huh, gua terkedu gak bila tengok gambar kali ini, mungkin gua pun tak jangka boleh jumpa gambar-gambar ni, mengingatkan gua terhadap event-event kita yang lama. Kredit untuk cik nurin kerana sudi scan & kongsi album gambar beliau yang amat bernilai ini :D

Jadi ikuti satu-persatu ya?

 
Gambar ini diambil semasa pertandingan Ihtifal antara SMKA-SMKA seluruh malaysia. Bertempat di SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang. Terdapat berbagai-bagai acara diadakan seperti tilawah al-quran. Paling gua tak boleh lupa kuiz al-quran yang berjaya menggondol tempat ke-5 antara semua SMKA. KISAS tumbang awal.

Gambar ni gua cuba-cuba ingat, tapi masih kabur.. bila masa gua main kat taman permainan ni gua lupa.. ada sesiapa boleh bantu?
 
 
  
Gambar ini ketika jamuan penutup kita, yang diadakan penuh kontroversi namun dapat gua kategorikan jamuan ini tamat dengan jayanya. Ada sesi tukar-tukar hadiah, bergambar-gambar, juga bermaaf-maafan. Yang putera memakai baju melayu bersampin, dan yang puteri memakai baju kurung yang sedondon. Bertempat di'kantin sekolah, salah satu kenangan yang gua tak boleh lupa.
p/s: gua dapat hadiah sepasang cawan mickey mouse. ape kes?
 

Kalau tak silap gua, gambar ni semasa jamuan akhir tahun asrama bukan? Para puteri sungguh ayu bertudung labuh dan berpakaian kurung. Wajah pula masih innocent :P
 
Yang ni kategori gambar paling legend gua into, almaklumlah kelas gua semasa form4, kelas yang merubah pendirian & pandangan gua terhadap intitusi perdidikan, juga terhadap kementerian pelajaran malaysia. Kelihatan abu & syafiq shah al-haj yang tidak boleh berjauhan, dan.. gigi gua yang paling menyinar.haha

Gambar para guru wanita yang tak pernah penat dengan kerenah kami. Maaf dipinta atas segala kejahatan kenakalan yang dilakukan. Dan seterusnya gambar-gambar yang gua tak dapat tafsirkan oleh sebab kelemahan sistem ingatan.
 
  
 

Kalau kalian hitung, tahun depan (tahun 2010) genaplah tempoh perkenalan kita selama 10tahun (bagi pelajar intake 2001) dan 7tahun bagi intake 2004.. Jadi gua amat berharap, tali perkenalan kita tidak hanya terputus di'sini bahkan kekal hingga bila-bila. Ops, jiwa r pulak.

4 comments:

  1. jamuan 2 time form 3 ke?yg bkr2 seafood..yg hanya form 3 kt sekolah je tu??yg klu x nk wat kat luar??betol ke??klu salah sila betulkan..tq

    ReplyDelete
  2. hmm kalo xsilap aku ni jamuan masa form5.. sbb bbdak baru da ade da..zahid achong pendaf..

    yg form 3 mmg ade kjadian tu..just xde pic lagi je

    ReplyDelete

umpatan anda pula?