Showing posts with label latest event. Show all posts
Showing posts with label latest event. Show all posts

02 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi kedua

Alhamdulillah, dapat juga menyambung untuk sesi kedua ni. Untuk kali ini, lebih banyak rumah dapat dikunjungi dan ‘mereka’ pun semakin memahami konsep “datang berziarah” bukan “datang bersembang tak ingat dunia”. Maka 20 minit telah ditetapkan untuk setiap rumah (‘mereka” yang menetapkan bukan ‘kami’..erm,menakjubkan). Owh ya, ahli baraan pun lebih ramai berbanding sesi pertama.

Okay, jom zoom sesi baraan kali ni.. sebelum tu, sila fahami kata ganti diri yang digunakan ye..(rujuk baraan syawal 1431 h sesi pertama)

Hari kedua, 5 syawal/14 september/selasa yang bahagia

1. Rumah syazani a.k.a zack

Tak dapat nak cerita banyak kerana ku tidak dapat hadir ke sini. Tetapi mengikut informasi, ada ‘mereka’ yang baru sahaja mandi walhal ramai sudah menunggu untuk bergerak ke rumah seterusnya.

2. Rumah syafiqah a.k.a syap

Menu khas: bihun goreng & pulut kuning

Ada berlaku kemalangan kecil yang ku tidak pasti siapakah yang terlibat. Pagi2 lagi dah ade kecoh2.

‘mereka’ yang sedang berbincang sambil menjamu selera

Dan ‘mereka’ lagi.. Lokasi berhampiran tempat kemalangan kecil.

3. Rumah wan nurhanis a.k.a hanis

Menu khas; nasi lemak, mee jawa

‘Kami’ yang masih belum siap menjamu selera telah pun dipanggil oleh ‘mereka’. Nampak kan improvement ‘mereka’..

4. Rumah farah

Menu khas: nugget, mee goreng

Seperti biasa, bersembang2 sambil menjamu selera.

5. Rumah syukri a.k.a syuk

Rumah yang diziarahi tanpa dirancang. Sebenarnya, sebelum tu, kami semua telah cuba menerjah beberapa rumah cikgu sekitar taman makmur (kalau ku tak salah) tapi semua cikgu pun tiada. Dan sedikit kemalangan kecil lagi sekali telah berlaku, mungkin dari insan yang sama..err..ku kurang pasti.

6. Rumah cikgu arfah

Cikgu sejarah dan bahasa melayu yang amat dedikasi. Cikgu panggil kami semua putera-puteri, membuatkan ku terkenang-kenang zaman sekolah dulu. Dan paling best, en.abu diminta membacakan doa makan. Serius, memang cam kat sekolah.

7. Rumah cikgu azlina

Cikgu amat berbesar hati dengan kedatangan kami yang telah pun memenuhi ruang depan cikgu sehingga bersesak-sesak.

8. Rumah suhaila

Menu khas: mee goreng

Kelihatannya semua sudah penat dan senak perut. ‘Kami’ & ‘mereka’ berehat untuk menyahut seruan Ilahi di waktu zohor. Berpecah juge lokasi solatnya. Kebanyakan ‘mereka’ solat berjemaah di surau Taman Setia Jaya (owh,tamanku yang best) dan 'kami' menumpang solat di rumah syida.

9. Rumah syida

Menu khas: mee bandung

Semua kembali kelaparan&berselera sekali. Mungkin kerana telah mengadap Ilahi, perut pun stabil semula.

Kegembiraan ‘kami’ yang bertemu dengan sahabat yang sentiasa dekat di hati

10. Rumah mahfuzah@ustaz hafid

Menu khas: kentang goreng dan nugget

Ustaz kurang sihat. Moga Allah beri kesembuhan padamu, ustaz. Ini adalah antara rumah terakhir dikalangan ahli2 baraan kerana ade yang terpaksa pulang lebih awal.

Sesi bergambar kenangan berhampiran rumah ustaz sebelum sebahagiannya pulang lebih awal

Bahagia rasenya berkumpul kembali

11. Rumah cikgu alim

Menu khas: buah-buahan segar dari ladang

Serius, sangat menyedapkan perut bila dapat menjamu buah setelah meredah terik mentari. Dan tentu sangat seronok bertemu cikgu semula. Sebenarnya, ‘kami’ mendapat panggilan semula dari cikgu untuk ziarah setelah terjahan pertama (taman makmur) tu cikgu keluar rumah sebentar.

12. Rumah hafizi a.k.a PG

Tak ramai yang ikut ke sini. Mungkin ramai yang sudah tidak larat dan pulang lebih awal. Tapi tempatnya memang indah permai dengan pokok rambutan yang rendang.

13. Rumah syazwani nabila a.k.a benjo

Menu khas: ku tak berapa ingatla benjo..ampun maaf

Tapi hidangannya memang best. Di sini pun berlaku perpisahan sebahagian besar ahli baraan. Kire rumah terakhir untuk sesi ini.

14. Rumah madiha

Menu khas: nugget dan kentang goreng

Ku mendapat jemputan khas ke sini. Maka, ‘kami’ & ‘mereka’ yang tinggal berdua ingin memenuhi jemputan tetap bergegas ke sabak bernam walau jam sudah hampir pukul 6. Masih seronok berkumpul walau ahli baraan hanya tinggal kurang lebih 10 orang sahaja.

Inilah ‘mereka’ yang terpaksa komited untuk sampai ke sabak bernam.

Sekian dulu…maaf jika terdapat kekurangan.

Sepanjang kembara ni, ku panjatkan kesyukuran di atas ikatan hati yang Allah titipkan pada kite semua hingga hari ini dan moga ukhwah ini berkekalan ke syurga. Kesan dari nasyid Doa Rabitah kot..

yang mana masih ingat, jom kite semua baca nasyid Doa Rabitah cam kat sekolah dulu..

“hati ini telah bersatu”

“bersatu memikul beban dakwahMu”

“Hati ini telah berpadu”

“Berpadu...." dan baru kusedar rupanya, ku pun sudah terlupa nasyid ni..jadi pada sahabat yang masih ingat boleh disambungkan untuk tatapan bersama. (ampun maaf ye)

~sekian,Assalamualaikum~

Terima kasih semua

p/s: owh ya, credit to syap for the pictures again n credit to en.mukhlis menumpangkan ku&rakan2 (hanis, syap,umeng)untuk sesi ini juge cik mahfuzah yang membawa ku&rakan2 (syap,hanis) ke sabak bernam. Terima kasih.

01 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi pertama

Salam. Moga sahabat2 semua sentiasa dalam limpah rahmatNya. Lama tak post sesuatu di sini. Jadi ku fikir ade baiknya catatan yang asalnya untuk simpanan peribadi ini dikongsi bersama. Untuk tatapan sahabat2 yang tidak dapat ikut baraan ni dan sebagai catatan kenangan pada sahabat yang mengikuti.
Sebelum itu, ku mohon jutaan maaf jika ada perkataan yang akan mengguris@menyakit hati.. jika ada rumah yg tertinggal sila beritahu padaku..dan ampun maaf kerana aku insan biasa yang bias terlupa..
dan sebelum membaca sila fahami kata ganti diri yang digunakan.
i. Ku = penulis
ii. 'kami’ = cik-cik puteri
iii. ‘mereka’ = encik-encik putera

Jom kita kenang-kenangkan sesi pertama, 4 syawal/13 september/isnin

1. Rumah amir a.k.a. mentol
menu khas: cucur udang @ bilis..err..ku kurang pasti. (ampun maaf)
Masih menanti rakan2 lain. Mengambil keputusan untuk berkumpul di sekolah sahaja.

2. Sekolah kesayangan semua
Cadangan asal: menziarah kuartes guru dalam sekolah.
Sekali kena temu ramah dulu dengan pak cik guard garang dan dikabarkan semua cikgu masih belum pulang beraya. Serius, sekolah banyak mengalami perubahan alam sekitar. Takpe masih sempat bergambar kenangan di sini. Besoknya, baru tau teacher zu ade je kat rumah. Takde rezeki kami semua.

Sekolah kesayangan kita semua…

3. Rumah cikgu jaharah
Takde rezeki nak jumpa cikgu kerana cikgu sudah keluar. Takpe, ziarah rumah pun ok.

4. Rumah cikgu bosrawi&cikgu latifah
Menu khas: nasi impit kuah kacang (dalam polistrin lagi) dan gula2 koop..
Seronok sembang2 dengan cikgu. ‘mereka’ sampai marah ‘kami’ kerana keluar awal sangat.

5. Rumah syazwani a.k.a wani
Misi lain: menjemput cik syazwani untuk menyertai baraan ini.
‘mereka’ masih berlenggah-lenggah dan ‘kami’ terpaksa bersabar menunggu.

‘kami’ yang sedang menunggu untuk pulang

Tapi ‘mereka’ yang baru nak naik rumah..sabar je la

6. Rumah umi nurfatin a.k.a umeng
Ramai yang baru sampai di sini. Menambahkan lagi ahli2 baraan. Umeng sempat memperkenalkan ANAK saudaranya kepada ‘kami’. ‘kami’ siap passing2 dalam halaqah lagi dan ‘mereka’ bersembang2 dgn kawan2 yg baru tiba.

7. Rumah nurnadiah a.k.a nona
Menu khas: laksa
Terima kasih nona&family menyediakan lunch istimewa pada hari tersebut. Juga ‘kami tumpang bersolat. Dan ‘mereka’ solat berjemaah di masjid sekinchan.

8. Rumah (ku terlupa namanye, ampun maaf) a.k.a jawa
Menu khas: bihun tom yam
Mendapat jemputan tiba-tiba setelah masing-masing tiada arah tuju kerana plan yang belum lagi tersusun. Apa salahnya, berkumpul untuk ziarah sahabat-sahabat kan..

‘mereka’ yang sedang lepak-lepak seperti biasa


9. Rumah arif anuar
Ramai terlepas rumah ni sebab tersesat kerana kereta paling depan sekali terlalu lajunya.


10. Rumah azizuddin a.k.a odin
Menu khas: bihun sup
Rasanye ahli rombongan makin bertambah-tambah.err..ku pun kurang pasti juga tapi kelihatannya begitu la. Yang penting, ramai dah penat.

Antara ‘mereka’ yang menyertai

Deretan kereta-kereta yang menyertai konvoi

Dan deretan kereta lagi

Dan lagi..
p/s: sebenarnya kereta-kereta ni tidaklah digunakan semaksimum kapasitinya maka jangan menganggar bilangan ahli berdasarkan bilangan kereta..okay?

‘kami’ yang mahu berangkat ke rumah terakhir dan ‘mereka’ yang semakin cepat bergerak. Alhamdulillah.

11. Rumah mariam a.k.a mary
Rumah last untuk sesi pertama. ‘kami’ & ‘mereka’ tumpang solat asar.
Bersurai dan merehatkan badan untuk sesi seterusnya..

Sekian dulu untuk sesi pertama, insyaAllah akan disambung untuk sesi kedua..

Credit to syap untuk gambar. Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi untuk kemaslahatan semua khususnya ‘kami’, hanya gambar yang terpilih sahaja diletakkan.

Credit to lela yang sudi menumpangkan ku untuk sesi baraan ini.

07 February 2010

sekitar walimah.






cupcakes ni dah buruk sbb 3 jam duduk dlm trenco dr alex.



more pics here.

26 January 2010

Jemputan Walimah

barakalluhulakuma, wajama3a bainakuma bilkhair insya Allah wa amiin ya rabb.


(klik pada gambar untuk paparan jelas)


Saya bagi pihak Syaidatul Syakila Aini, menjemput rakan taulan sekalian untuk menghadiri walimah beliau pada butiran seperti tertera di atas. Titipan doa amat dialu-alukan. Terima Kasih.

:)

22 January 2010

selamat hari lahir jay!!

salam..tajuk tu gmpak je..tapi honestly,mmg entry ni ditujukan&bersempena dgn ulang tahun kelahiran jay (sbg penghargaan jadik admin yg berdedikasi) juge kpd rkn2 yg baru juge menyambut ulang thn kelahiran(ili,ainun, n rakn2 lain yg xdpt disenaraikan~maaf)..huu~sedar x sedar,mmg kite smua dah pun meningkat dewasa..
dihitung2 hmpir 5thn da tgglkan sekolah..dkira2 lagi rupenye thn ni kite semua da menjangkau 22 thn..huu~besar da smua.ade yg da hbs bljr,da keje,tgh serabut dgn projek akhir n da pun menempuh alam p'kawinn(tahniah bt akie n xlupe juge nurin n rkn2 yg diam2 mungkin da pun mendirikan msjd)..nnt akan smpi mase da de anak,cucu,cicit &yg pasti mati..itulah kitaran hidup..
bila sampai tarikh keramat ulang thn kelahiran,smua wish yg baik2 n wish plg popular;"smg murah rzk&pnjg umo.."jadi kat sini,mari kite lihat dari prespektif yg berbeza bila umo mkn bertmbh.tnpa sedar sebenarnye,makin meningkat usia makin dekat@pendek jangka hayat kite hidup..maka mengapa mahu mendoakan umo yg pnjg&rzk yg murah sedangkan hidup,mati,jodoh&rzeki kan da ditetapkan..bukanlah satu larangan utk mendoakan murah rzk&umo yg pnjg malah utk meminta rzk@memilih jodoh tapi ape kate kite semua ubah sikit permintaan tu agar lebih bernilai & bermakna..cth:mg usia yg masih ade akan digunakan utk terus mengabdikan diri pdNya; mg mati kite dalam husnulkhatimah; mg hati tetap bertaut&terus dilmphi rhmt pd jodoh yg telah ditetapkan; mg diri terus dikuatkan utk menggapai rzk yg ditentukan; mg hidup ini penuh dgn keredhaanNya agar dgn redhaNYa kite akan beroleh syurga di sana..sekadar cth je..tapi mmg xdinafikan Allah itu Maha Berkuasa maka mintalah ape juge yg diingini,i/Allah jika permintaan itu tulus dari hati mga dikabulkan..
jadi kepada rkn2 yg telah pun mencapai usia 22TAHUN, moga hidup anda diberkati&dapat terus digunakan utk mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan Yang telah memberi kehidupan di dunia dan yg akan memberi kehidupan di akhirat kelak sama ada hidup di syurga@neraka..
alang2 sebut pasal ulang thn kelahiran..terigt akan Maulud nabi yg akan berlangsung mggu depan..selawat dan salam buat rasul junjungan.mg kite smua bukan shj mengingati tarikh kelahiran baginda malah akan sntiasa igt perjuangan&pengorbanan baginda. moga dgn itu kite ditetapkan hati menjadi umat Muhammad dan hamba Yg Esa n terus berjuang utk menegakkan syiar Islam di bumi ini..
sekian~Wallahua'lam..

24 June 2009

melaka backpacking - musim durian yang indah (part 2)

Lebih kurang jam4.30 petang, aktiviti lawatan pun bermula, untuk lebih mudah kalian faham, gua selitkan gambar-gambar berserta nota kaki.

gaya lelaki gagah cool masa kini

bargaya di'hadapan christ church melaka

kalian bacalah sendiri!

mesti kalian kenal bukan pintu gerbang ni?

di'sekitar kota a'famosa


Buat pengetahuan, masa lawatan yang di'ambil adalah lebih singkat berbanding masa haziq bershopping kami merewang di'dataran pahlawan, kota a'famosa pun hanya sekadar dipintu hadapan.haha.

di'hadapan istana kesultanan melaka kononnya
kereta racing tunku abdul rahman..kata waleed

KTM versi asal sebelum dipindahkan ke selangor

waleed yang tak pernah miss bergambar


Lawatan kami tidak sepenuhnya, seperti kami tidak melawat arca helicoter, muzium kapal, model penjara pudu dan banyak lagi bende mengarut tarikan pelancong. Mungkin dek kerana cuaca panas pada petang itu. Inisiatif kami, cendol semangkuk sebelum balik. Untuk kali ini, gua cuba cendol jagung, RM1.50 sahaja, itu pun abu yang payung.
Dan gambar-gambar terakhir..

berposing di'pokok lindungan kerosakan

selamat tinggal melaka~

Dan lawatan kami pun berakhir, kami tiba dirumah lebih kurang jam7 malam, melayan Red Cliff epidod2, akibatnya plan 9malam berganti 10.30 malam. Kami menuju ke Umbai untuk mencuba medan selera yang menjadi lagenda.

Kami beruntung lewat malam begini masih ada kedai yang buka, menu dihulurkan. Kali ini adalah menu bersama, ikan kerapu masak 3rasa, sotong goreng tepung & udang masak butter. Air pilihan gua, barli ais. Gua takut kalian terliur jika aku ceritakan satu persatu adegan semasa makan, jadi aku singkatkan saja.. kos keseluruhan RM120.

Dan malam itu lebih tenang, mata lebih mudah lelap. Sekejap satu semua pun telah tumbang~

Pagi isnin, pagi terakhir kami di'sana. Gua tidak bercadang tidur semula selepas subuh, lantas mencapai galah buatan untuk menjolok-jolok manggis yang masak, sebagai buah tangan buat ibu bapa di'rumah. Manakala majis dan waleed meronda-ronda mencari buah durian yang jatuh. Abu dan haziq mencari kedai membeli sarapan untuk kami.

Pagi itu, tiada sebarang cadangan untuk aktiviti lawatan, selepas memenuhkan perut, masing-masing terlantar.. Pejam celik jam sudah menunjukkan 12.. tanda masa kami semakin singkat. Kemas mengemas, packing memacking, sapu menyapu, basuh membasuh.. tayar kerata bergerak lebih kurang jam 2..selepas kami solat jama' bersama. Meluncur laju meninggalkan 6biji durian di'luar rumah.hehe. Dan..

:: Cerita Tammat ::

22 June 2009

melaka backpacking - musim durian yang indah

Buat pengetahuan, pada petang hari sabtu yang lepas (bersamaan 20 Mei 2009 di'dalam kalendar), terjadi sebuah pengembaraan ringkas yang di'anggotai oleh haziq,abu,majis,waled dan watak utama jai. Lokasi spesifik adalah kampung parit putat, sungai rambai, melaka. Rumah kepunyaan en.ahmad montaha.

Tujuan asal adalah diragui, mungkin dek kerana pembatalan projek sekolah secara last minute membuat kami panas hati kelebihan masa lapang, lantas idea backpacking mengejut pun muncul.Kebetulan saat itu merupakan musim buah durian dan manggis di'kampung tersebut, membuatkan ia satu bonus bagi kami.

Tersesat jalan sedikit membuatkan kami tiba lebih lewat dari jangkaan, kunci rumah dibuka, pembersihan ala kadar dilakukan, sebelum makan malam episod1 dijalankan. Ya untuk malam pertama, lokasi pilihan adalah medan selera sungai rambai. Berdekatan benar dengan sempadan johor, beberapa langkah lagi dengan arca beca besar johor, kalau kau tahu.

Menu pilihan gua, sudah semestinya ABC dahulu. Berbagai cerita-cerita lama terpacul, membuatkan waktu makan yang sepatutnya tamat dalam 30minit menjadi 2jam lebih kurang. Dan malam itu bukannya tidur awal untuk plan esok, tapi di'alpakan dengan movie Red Cliff sehingga jam 3.. kecuali segelintir.. yang pancit awal. ape kes?


Pagi itu kami bergerak.. atau lebih tepat hampir tengahari, mungkin kerana pengangan buah durian yang dipungut selepas subuh dijadikan sarapan, tidur selepas itu lebih indah dari biasa. Sempat juga di'candid beberapa keping gambar didalam rumah sebagai kenang-kenangan.

Destinasi pertama adalah kota a'famosa yang amat sinonim dengan pusat perlaconan di melaka. Lebih kurang 48km dari kampung ini, kalau kalian search melalui google map. Laluan pilihan bukanlah lebuhraya AMJ namun jalan dalam yang memberi view lebih menarik.

Setelah berpusing-pusing, juga bantuan dari orang luar, kami tiba juga di'dataran pahlawan yang amat dekat dengan kota a'famosa. Selepas solat, singgah di stesen makanan-food court untuk melapik perut yang kekosongan. Menu pilihan gua kali ini, asam pedas ikan pari.

bersambung pada episode akan datang..
dan sedikit perisa untuk kalian...


 
 

06 June 2009

Jom Raya Edisi Terawal, 2004

Kalau gua tak silap, aktiviti beraya bersama memang tidak boleh di'pisahkan dengan ahli tegar empayar14, ea la, nama pun ahli tegar, yang berubah hanya ahli-ahlinya, sapa free join lah. Tentatif pada waktu itu memang gua tak dapat recall, yang terkesan dalam jiwa gua, rombongan dari klang terpaksa tinggal di'rumah mak jah (cikgu jaharah), bergerak dengan bas, juga meminjam motor rakan di'area simpang5 untuk bergerak, bunyi terseksa bukan? But we call it, enjoy!!

Bagi gua (dan rakan-rakan yang lain juga harapnya), susah sedikit tak mengapa, janji dapat menjayakan aktiviti-aktiviti ang di'anjurkan, di'sini.. berhari raya bersama. Jadi, selamat mengimbau~

 
cik p syazwani & nadiah hamzah
 
puteri versi ayu
haziq versi.. ehem2
antara ahli-ahli tegar dari cawangan selatan
sejuk mata memandang~
akie versi malaysia.hehe
 
umeng & nadia.. kuning & oren..

31 May 2009

Kumpul kembali! (part 2)

Tidak dilupakan kaum putera, yang dapat hadir.

moja versi pertama a.k.a mujahid hamdan
 
hadi da boom, panggilan semasa di'matrix penang
najib dengan muka bahgia~
syazani ali mokhtar a.k.a zack
walid sebelum menjelma menjadi buddha raphael
muk dengan teman lelaki seasrama, azwan nayan
ewah2, manja-manja lak depa ni
*Dan ada lagi beberapa gambar hangat bersama, atau lebih tepat gambar muk bersama rakan perempuan, akan di'siarkan mengikut permintaan. (10permintaan & keatas gua publishkan)

Baca kembali re-union part 1