Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

25 October 2010

Epilog baraan syawal 1431 h: Muhasabah

Cewah! Macam novel pulak, epilog-epilog ni. Walaupun siri kali masih berkisar tentang baraan tapi dalam mood seius sikit la..jadi sebelum itu ku ingin mendefinisikan makna baraan (kes “sik” dari klate tanyo “gapo die baraan tuh?”) dan muhasabah (kerana perkataan yang ni kurang tempatan sikit-bukan perkataan dalam kamus “Satu Malaysia”-). Tapi kalau dua perkataan ni tiada dalam kamus ahli-ahli batch 14 jugak, memang nak kena ketuk kepala tu, biar kembali sikit ingatan yang hilang tu. Okay, jom zoom…

Baraan:

berkemungkinan berasal daripada perkataan jawa yang telah diasimilasikan (terpengaruh secara kekal) sebagai perkataan tempatan sekitar sabak bernam khususnya. Merujuk pada satu kumpulan besar (mungkin satu kampong, satu taman atau satu sekolah hatta satu daerah) yang datang berziarah rumah ke rumah dan kebiasaannya dianjurkan semasa musim perayaan. Perkataan ni memang unik sebab “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10) pun tak dapat nak definasi kan perkataan ni.

Muhasabah: perkataan arab yang berasal daripada perkataan ‘hisab’. Maksudnya, menghitung. Jadi perkataan ini digunakan bukanlah merujuk menghitung duit raya yang kite semua dapat hasil dari kembara itu(malangnya memangg tiada duit untuk dihitung pun) tapi lebih kepada menghitung-hitung diri kite semua selaku ahli-ahli kembara, selaku batch 14 SMK AGAMA SImpang Lima, selaku insan yang membawa imej ISLAM dan terpenting selaku HAMBA ALLAH SWT. Kalau merujuk “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10), muhasabah bermaksud perakaunan yang mana tidak boleh digunakan sama sekali dalam konteks “post” ini. Tula, bukan boleh percaya sangat dengan “puan“ tersebut..

Jadi secara keseluruhannya, “entry” kali ini membincangkan tentang apa hasil koreksi muhasabah dari diri penulis sendiri selepas melalui “pahit manis” baraan syawal 1431 h yang lalu.

1. Jaga waktu

Waktu sangat penting. Seperti pepatah arab menyebut, “jika anda tidak memotong (mendahului) masa maka pastilah masa yang akan memancung anda”. Waktu yang wajib/mesti/ patut ditekankan ialah waktu SOLAT dan waktu ketika BERJANJI.

Malah, Allah swt juga banyak berfirman dalam kalamNya berkenaan waktu. Antaranya Al-asr,1-3:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

2. Adab berziarah

Ziarah rumah orang wajib/mesti/patut jaga adabnya. Tak bolehlah main aci redah je. Allah swt telah berulang menegaskan dalam kalamNya dan antaranya Annur,27:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beradab ketika bertamu (ehem, bab makan pun termasuk dalam adab bertamu ye, jadi bepada-pada selalu).


3. Etika berpakaian

Etika ni bukanlah direka-reka olehku. Malah manusia seluruhnya, tak perlu pening-pening mencipta etika berpakaian kerana Allah swt telah pun menyediakan peraturan-peraturan berpakaian dalam kalamNya. Antaranya Annur, 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Owh, walaupun ayat ini ditujukan kepada muslimat, encik-encik putera juga wajib/mesti/patut tahu aurat yang perlu dijaga. Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang mengikut etika-etika yang telah ditetapkan.

4. Jaga batas pergaulan

Walau gembira sekalipun berkumpul bersama, batas pergaulan muslimin muslimat wajib/mesti/patut dijaga kerana Allah swt juga telah menegaskan dalam kalamNya. Antaranya Annur, 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang taat pada segala perintahNya.

Jadi, ini adalah hasil koreksi diriku. Ia adalah sebagai ingatan untuk diriku sendiri dan kepada sahabat tanda kasih sesame saudara seakidah, moga-moga tiada sahabat-sahabat yang berkecil hati. Dan semoga program-program yang akan datang akan meningkat lebih baik dan tiada yang kite kejar melalui program-program “reunion” ni melainkan redha Ilahi. Ampun maaf dariku juga..

~sekian, Asslamualaikum~

p/s: Jadi, muhasabah anda bagaimana?

20 August 2010

respon.....

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله......
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada saudari Izzah Kamar (IK) diatas respon yang saya sifatkan cukup baik kerana inilah komen yang pertama yang cukup membuatkan saya ‘terkesima’. Maaf saya ucapkan kerana lambat membuat respon kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain. Ingin saya jawab apa persoalan yang ditimbulkan saudari. Pandangan saya didalam tulisan ini adalah berdasarkan pandangan yang berlaku secara khusus di sekolah saya, SMKA Simpang Lima dan pengalaman peribadi menjelajah seluruh Malaysia. Adakah seluruh negara mengamalkan apa yang saya katakan didalam artikel tersebut? Sudah tentu tidak, dan alhamdulillah, kita menghukum ‘al-akthariyyah’ dan bukan kes-kes terpencil.. dan saya ingin ingatkan, isu ini berkaitan sebahagian besar guru-guru agama dan disekolah yang ‘berjenama’...dengan rasa amat rendah diri, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada saudari diatas komitmen dan sikap yang begitu positif dalam menggalas tugas seorang guru walau katanya tidak pernah menjejak kaki sebagai pelajar di universiti. Dan ini lebih baik dari seju lah mahasiswa yang langsung tidak peduli isu ini...saya akan lakukan analisis setiap argumen yang diberikan mengikut perenggan...

Forward massage:
IZZAH KAMAR


show details Aug 11 (1 day ago)
assalamualaikum..
suka sy membaca artikel 3 idiots: satu coretan pandangan untuk semua...
disini sy ingin meluahkan pendapat berdasarkan apa yang telah dibicarakan...

tertarik dengan "p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam".....


Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”

guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya.

Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’

tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan..
(apa yang dimaksudkan dengan lembu berakal...??)

Saya katakan: istilah lembu berakal adalah simbolik kelompok manusia yang punya akal (boleh berfikir, menilai) namun tidak mampu digunakan kerana hanya menurut oleh kerana alasan dia adalah seorang guru, tok guru, ustaz dan menjadikan nilai analisis, kritikan dimandulkan.

bersetuju dengan pendapat penulis berkenaan filem 3 Idiots yang mengkritik sistem pendidikan di India.. jujur sy katakan, sy tak tahu adakah sistem pendidikan universiti atau kolej di malaysia lebih baik mahupun tidak. sebab nya mudah saja,, sy tak pernah masuk universiti..
tapi kalau berbicara tentang sekolah rendah,, sy pasti sistem di malaysia jauh lebih baik..
saya katakan: adakah benar sistem kita jauh lebih baik? Kita tidak katakan isu fasiliti dan kapasiti....sudah tentu kita, namun adakah SISTEM kita lebih baik? Adakah kita pernah mencipta empayar pembelajaran perubatan yang hebat seperti pernah berlaku di India? Pusat pembelajaran hadis terhebat dunia suatu ketika dahulu? Kita mampu berbangga dengan saiz universiti dan sekolah bertaraf dunia, namun pelajar kita tidak mampu berfikir...lihatlah sekeliling kita...

berkenaan filem Taare Zammen Paar... bersyukurlah di msia,, sejak dibangku sekolah rendah, sudah terdapat pendidikan untuk kanak-kanak istimewa menjalani pendidikan dengan lebih selesa
saya katakan: kita tidak mahu isu keselesaan dijadikan main issue, banyak negara mempunyai masalah keselesaan, namun adakah kita memberi sepenuh manfaat daripada keselesaan itu?


sedikit terasa apabila penulis terusan menyalahkan guru.. maaf sy katakan.. sy berpendapat berdasarkan fenomena y berlaku di sekolah,, dan sy sebagai guru.. amat2 terasa la... bukan apa... hampir setiap saat sy berfikir tentang anak2 murid.. apa y mereka suka.. (sy ajar prasekolah, tahun 1 2,3,4).. merancang PnP berdasarkan kepelbagaian kecedasan n kemampuan murid... ingin mengembirakan murid... sentiasa dalam doa ini terselit doa buat anak2 kesayangan agar mereka dapat membaca, berfikiran luas... dan mcm2 lagi.. tapi apa dilemparkan kepada kami...?? kami mengajar lembu...??? syukurla kami mampu mngajar lembu utk berakal.. daripada lembu terus hanyut ntah kemana...
saya katakan: tahniah sekali lagi diatas sikap anda, namun adakah anda mampu lihat keseluruhan pelajar khusus di sekolah berjenama dan mereka yang mempelajari agama diberi ruang sebegitu? Tahukah anda ada mereka yang ingin memanfaatkan ruang itu dipukul oeh guru yang bergelar ustaz? Diusaha digantung dan dibuang sekolah kerana perbezaan pandangan? Dimalukan? Dan tahukan anda ini berlaku lebih meluas berbanding sikap mulia yang anda tonjolkan?

guru tidak menggalakkan pemikiran kreatif murid...??? atau menggalakkan murid membina sendiri idea mereka...??
kalau mahu dihuraikan,, terlalu banyak rasanya....
saya katakan: dan bagaimana dengan kelompok guru yang menghalanginya? Kalau pelajar boleh diambil tindakan, mengapa tidak guru?


maaf sy katakan,,, saya sebagai seorang guru tidak faham apa y ingin penulis katakan... apakah kehendak panulis sebenarnya... adakah penulis ingin kami menggerakkan semangat sentiasa memberontak dan mengkritik institusi pendidikan atau struktur organisasi sekolah....????
saya katakan: inilah tuduhan yang selalu dikenakan kepada penulis apabila menyatakan persoalan di sekolah....membakar semangat memberontak!!! A’uzubillah...tidak mahu untuk melihat dari sudut yang mampu membina dan akhirnya guru menggunakan saluran disiplin untuk menghukum...memberontak apa yang ingin kami lakukan? Sedikit sahaja dilempang, dirotan, dibelasah...bodoh la untuk memberontak...mengapa? adakah kritikan itu selamanya negatif? Kritikan atau bahasa lembutnya pandangan kedua adalah bagi membina berfikir sendiri dan menilai secara jujur bukan menurut tanpa usul periksa!! Islakm membina empayar ilmiah yang cukup luas dan kukuh dengan satu jalan sahaja, KRITIKAN! Dan ia dipupuk dengan penuh rasa hormat dan bukan hukum,hukum,hukum!

mungkin sedikit infrastuktur yang kurang baik,,, kami harus membakar semangat murid utk membuat rusuhan agar infrastuktur tersebut diperbaiki...??? masakan kami y merancang pokok disiplin,, kami y ingin merosakkannya..?? adakah murid hadir kesekolah utk menjadi pengkritik tegar,.....??? ayam kafe tak sedap, sekolah kotor, lampu sekolah tak idup, kipas tak sejuk... macam2 lagi la... adakah itu semua salah guru...???
saya katakan: cubalah kita hidup dalam realiti...seorang pengkritik dalam nilaian yang cukup baik bukan mengkritik diluar kemampuan kritikan..bukan untuk menimbulkan isu yang remeh temeh seperti fasiliti, kita sedang bercakap mengenai sistem!!! Sistem yang mampu diubah oleh guru2 secara internal...guru merancang pokok disiplin??? Kdng saya tergelak, berapa ramai guru yang masuk kekelas mulut berbau rokok? Pakaian ketat? Menyindir, kutuk, hina pelajar? Adakah ini pokok rendang disiplin?

ingat lah satu perkara... guru sentiasa menerapkan nilai bersyukur, sabar,,, dan macam2 lagi.. adakah perbuatan tersebut bertepatan dengan demikian...???
satu perkara lagi,, bukan semua perkara dibawah bidang kuasa guru... baget infrastruktur, sukatan pelajaran n macam2 lagi,, bukan dibawah bidang kuasa kami.. guru hanya menjalankan apa y telah dibentuk.. inilah sistem pendidikan msia... guru hanya memperkukuhkannya...
saya katakan: ingatlah, perkara2 itu telah kami nilai dan lalui penuh adab....

adakah objektif utama ibu bapa hantar anak ke sekolah utk melihat anaknya sentiasa merungut itu dan ini...?? tanya la apa hasrat ibu bapa... kami hanya cuba merealisasikann hasrat ibu bapa dan menumpang gembira apabila anak2 kami pandai membaca, pandai berdikari, pandai menyayangi, pandai bergaul dalam pelbagai bangsa dan agama, pandai mengucapkan syukur, pandai mengaplikasikan apa y kami ajar n didik,,, dan paling membanggakan,, pandai mengucapkan terima kasih dengan usaha gigih kami,... (hampir menangis apabila murid mengucapkan begitu).. kami bukan saja mendidik anak2 islam... tapi bangsa msia... itulah tanggungjawab kami...
syukurlah,,, pendidikan kita jauh lebih baik dari negara2 lain..
saya katakan: adakah kritikan ilmiah dikatakan rungutan? Amat tidak ilmiah! Dan kita sedang untuk pelajar sekadar telan apa sahaja tanpa berkata? Walau silap atau mempunyai pandangan sedikit berbeza? Asas pembelajaran bukan sahaja pandai baca atau menulis, itupun burung kakak tua tahu!!! Kita mahu berfikir....dan kita menurut prinsip ilmiah Islam yang anda perlu lihat secara akademik dalam khazanah kitab thurath!! Saya pelik, tidak ada satu negara maju yang mengeluarkan kenyataan, kita punyai sistem pendidikan yang lebih baik, tidak ada...tetapi mereka memang terbaik dan sentiasa bergerak kearah lebih baik dan menghasilkan kajian dan produk2 bertaraf dunia...kiat yang selalu berbanggga apa pun tiada...عجباً لأمركم

berbalik pasa isu BED pada sukatan pelajaran msia.. yee,, sy tahu,, terlalu banyak isi kandungan sejarah tidak dirungkaikan dengan telus... sy pernah bertanya kepada pensyarah,, kenapa isu sebenar tidak dinyatakan dalam buku sejarah msia...???? kenapa guru hanya diam tanpa menghuraikan y sebenar... ingatlah syg... ini pendidikan msia... bukan pendidikan "kerajaan bapak aku"... kertas soalan bukan ckg y buat... sukatan bukan kami y bina... bukan guru tak mahu membentangkan dengan lebih telus... tapi mungkin takut hanya sebahagian y faham y mana di auta n y mana fakta.. dalam kertas jawapan nak jawab y mana..?? kekeliruan itu boleh memberi inpak y lebih besar.. apa y boleh guru buat... andai ada murid y brminat mengupasnya,,, galakkan dia mencari bahan secara individu.. sebab hanya dia y tahu sebab dan akibat tanpa mengelirukan orang lain.....
saya katakan: oleh itu, para guru tidak lah hanya mengajar apa yang anda ingini untuk exam para pelajar, tetapi lakukan pembetulan dan pembaharuan semampu mungkin…itulah yang saya ssebutkan didalam artikel lepas kan?

kesimpulannya... oleh kerana hanya penulis y tahu apa sebenarnya kehendak penulis... sy mencadangkan... penulis menulis sebuah buku berdasarkan ideologi yang ingin diperluaskan oleh penulis... pasarkan dan hebahkan buku tersebut... hadiahkan buku tersebut pada menteri2 berkaitan khususnya menteri pendidikan.. insyaAllah secara umum masyarakat boleh tahu n seandainya ianya boleh difahami dan diterima... mungkin sistem pendidikan di msia boleh digubal semula berdasarkan apa y penulis mahukan... mungkin boleh ditukar corak pendidikan mengikut "citarasa pemimpin bertukar ganti" ini pada masa akan datang.. waAllahua'lam..
saya katakan: cadangan tetap cadangan, dan saya ingin juga cadangkan saudari selalu guru untuk buat kajian atau apa-apa sahaja yang mampu dibentangkan kepada bos-bos anda supaya telus dan amanah dalam mentadbir kementerian...anda lebih layak dan dekat...bukan saya yang diluar profession guru...

p/s.... bukan niat untuk membidas sesiapa.. tetapi hanya mahu memperbetulakna perspektif masyarakat terhadap guru..

30 June 2010

3 idiots: satu coretan pandangan untuk semua

Media massa diakui sebagai medium terkini dalam menyampaikan idea sesiapa sahaja. Daripada seorang yang tidak dikenali, sudah menempah nama dipersada negara. Caranya mudah, kiranya anda tidak petah berbicara tulisan sebagai suatu cara olahan pandangan hati dalam meyakinkan pihak lain bahawa anda punya idea. Namun, apa sahaja perkara mampu dijadikan medium untuk menjadikan keadaan amat positif atau sebaliknya. Suatu usaha baru yang patut dipuji adalah usaha kelompok bukan Islam dan segelintir Muslim diluar jarak geografi Malaysia yang mempunyai gaya penyampaian filem yang cukup berkesan dan penuh dengan mesej yang jelas. Ditambah kritikan yang sarat dengan nasihat dicampur tambah dengan lawak-lawak yang mencuit hati, filem seperti 3 Idiots dan Taare Zammen Paar. Filem hindustan yang jauh dari fanatik percintaan melampau, filem ini mengkritik sisitem pendidikan negara India yang pada waktu yang sama dapat dirasai dalam sistem pendidikan ‘kolot’ dan konvensional Malaysia. Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’. Namun dalam waktu yang sama, KITA TIDAK BERKEMPEN UNTUK BERSIKAP KONFRONTASI terhadap guru-guru, JAUH LAH UNTUK ‘MENASIHATI’ ADIK-ADIK DIBANGKU SEKOLAH MELAWAN....TIDAK!! tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan. Kenapa semua ini terjadi? Dan apakah kesan jangka panjang? Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”. Kayu ukur kehebatan dan bergunanya anak itu pada deretan A yang diperolehi, bukan cara fikir anak itu. Guru-guru bersikap tertutup dan tidak mahu membina suasana pelajar yang kondusif bagi membina pemikiran kritikal. Kritikal iaitu tiada siapa yang benar dan tepat semuanya, apa bidang sekalipun. Segalanya terbukti dengan fact & figure! Makanya, guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya...malang sungguh. Hasilnya, anda boleh ke mana-mana IPTA yang wujud di Malaysia, anda boleh baling pen dari tingkat 3 dan akan terkena pelajar yang bila ditanya apakah DEB dan MEB dan perbezaannya? Isu umat Islam terbaru? Apakah keadaan ekonomi negara kondusif untuk jangka masa pendek dan panjang? Jawapan yang akan anda dengar bukanlah jawapan tetapi kebingungan atau lebih ‘manis’: “pehal ko tanya soalan tu?” “poyo lak mamat ni!”...percaya atau tidak, anda lah yang akan membina dan mencorak survival umat dan negara ditangan orang yang mempunyai minda kelas 3! Puncanya, sistem pendidikan anda, guru dan diri sendiri!
p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam

06 April 2010

dah 10 tahun? perjalanan dan pengalaman....

Antara orang yang paling over-exited untuk 10 tahun kita disini ‘berkawan’ adalah Walid a.k.a Si Gulung...since last year budak ni duk asyik sebut pasal apa nak buat to celebrate untuk 10 tahun ni? Yang pasti aku menulis ni bukan promosi (selalu yang aku n the gang susun) apa yang akan dilakukan time cuti ni untuk celebrate, tapi sekadar terpikir, apa yang telah anda dapat selama 10 tahun meninggalkan Simpang Lima yang cukup banyak makna mencorak anda.maaf, mungkin sepanjang tahun aku akan punya masa yang sikit nak ‘berjemba-jemba’ ngan kengkawan sekolah. Hambatan sebagai Presiden Kelab Debat Bahasa Arab UIAM dan tugas sampingan luar telah memaksa my mom begging me every weekend untuk balik rumah. Sorry mak! ...me personally, Simpang 5 telah letakkan aku dalam keadaan persimpangan aku punyai great idea to do in my life dalam keadaan aku di’hukum’ dan tersepit antara ke’samsengan’ segelintir tenaga pengajar dan membebaskan kejumudan pemikiran disisi pelajar dan guru. Alhamdulillah, segalanya dilalui dengan sebaik mungkin(sungguh subjektif) dan ianya mencorak apa yang anda nampak pada diri ini. Aku bangga punya gaya fikir sebegini. Aku dibebani berfikir 24/7 apa yang ada dalam teks-teks agama secara kritikal namun ia tidak sedikit pun menjumud bekukan aku....aku tak perlu dipaksa secara psikologi untuk menjadikan aku pelajar jurusan agama berserban, kopiah, baju melayu untuk meletakkan aku seorang pelajar agama...tidaklah melembutkan lidah berbasi-basi ana-anta untuk nampak seperti orang arab....(walau setengah itu tak tau pun skill berbahasa arab!). segalanya bagi aku sederhana dalam berfikir, bergerak dan menonjolkan diri dalam membuat keputusan. Syukur! Ianya hasil dibelasah disekolah kerana membawa ‘pemikiran baru’ yang memecah belahkan pelajar, juga kerana seorang budak tingkatan 3 dimalukan di Dewan Besar al-Biruni yang mana budak itu tidak tahu (katanya) berbahasa arab dan Quran Sunah, Syariah! Juga budak yang ingin dibuang sekolah berkali-kali kerana solat hajat tak ikut imam yang PASTI nya membuat pelajar keliru...aku katakan, air mata sebagai peneman berseorangan ketika orang lain tak pernah berfikir apa yang ingin aku mereka jadi dan mencorak kehidupan masa depan mereka? Namun, aku mendapati wujudnya kelompak kengkawan kita yang melakukan perubahan yang agak memeranjatkan aku sama – (negatif) atau + (positif). Ingat, positif bukan bermaksud yang terpusing bidang agama semesti positif dan sebaliknya. No! Ada juga yang bukan agama cuba menceburinya namun lemas dalam angan-angan firdausi kerana dangkalnya ilmu...dan ini adalah kelompok amat kritikal. Tapi, ini adalah sekadar analisis untuk nilaian!
Secara umum, mana-mana sekolah agama akan punya beberapa kelompok pelajar yang mencorak cara pikir dan hidup dalam sesebuah sekolah berasrama. Ada yang memulakan kehidupan disimpang 5 sebagai ‘ahli surga’ (ayat majis) means geng surau, geng nakal+not really jahat but okay, dan beberapa geng yang tak dapat dikenal pasti secara tepat. Gaya pikir tak berbeza sebab sekolah hujung Selangor, ceruk kampung, tepi laut tanpa akses maklumat dan kemudahan yang cukup untuk pembinaab minda yang bagus (untuk Jai) menjadikan keseluruhan pelajar dapat dikenalpasti dalam pola corak pemikiran yang hampir sama tiada beza. Cuma wujudlah kelompok tersisih yang ‘memandai-mandai’ mencorak satu pemikiran yang meletakkan bekas yang cukup berbeza hingga selepas sepuluh tahun meninggalkan Simpang Lima...dalam facebook, wujudnya nama-nama pelajar Simpang Lima yang tak pernah aku kenal, muka pun ingat-ingat lupa dan ada yang totally tak kenal...apa yang pasti, mereka berkongsi keinginan nak kenal aku dan pemikiran yang aku cucuk tanamkan di Simpang Lima sehingga memaksa kudrat beberapa kerat ustaz untuk menghindar hapuskan tidak berjaya. Sebenarnya, isu yang timbul bukan berkaitan Abu Hafiz sebagai pelakon utama, bukan pemikiran itu yang dislogan tajuk kan, tetapi keegoan sesetengah pendidik dan rasa sombong pabila ditegur SECARA BAIK DAN BERHEMAH bukan maki hamun kerana kaedah yang mudah! “KAU BUDAK2! AKU CIKGU, TUA DARI KAU, MAKAN GARAM LEBIH. TAK YAH NAK NGAJAR AKU!!!” inilah punca berakar umbi nya masalah...walau malaikat pun datang tanpa wujudnya kesedaran ini, tiadalah anda kemana. Konsep pendidikan sebagai tunjuk ajar bagi pembinaan bangsa dan pewaris yang berfikir telah diserapi dengan konsep diktator makan suap dan tutup mulut.
Oleh itu, para pelajar seperti kita tidak akan dapat berubah dan membina cara fikir yang betul2 membantu kehidupan pembelajaran dalam suasana persekolahan dalam keadaan sebegini. Bertitik tolak dari itulah, korang akan nampak cara fikir aku dan justifikasi yang aku lakukan dalam banyak hal tidak melihat kepada pesalah namun apakah yang mendorong masalah iti timbul dan proses point finger akan berjalan secara adil dan akademik. Dan percayalah, kalau masalah ini dilihat secara objektif dan kritikal, masalah terbesar dan punca yang jelas bukanlah pelajar yang merokok, ponteng dan sebagainya sebagai subjek utama, tetapi sikap dan cara pendidik yang cukup tidak terdidik. Dan proses analisis ini jangan diganggu dengan kenyataan seperti “yer la, tapi dia kan cikigu-cikgu kita. Hormatlah”. “pape pun kita diamkan lah”. Disini anda akan lihat kajian secara objektif bukan belajar perasaan towards them.
Dan tulisan ini bukan membangkitkan apa yang lepas, namun ia manifestasi apa yang anda jadi hari ini. Ada dikalangan kita terpalit ketaksuban politik yang aku sendiri pernah duduk didalamnya. Aku terkejut, ada kawan yang dahulu tak tau apa itu politik literally dan practically. Just duk main jer, tapi hari mengulas isu politi seakan jaguh sudah sekian lama! Bukan tidak boleh....namun anda fanatik membuta tuli yang menjadi anda sama ada buta, tuli atau babi buta......? (betul ke ayat tu?) kadang2 saya lihat dahulu sesetengah kengkawan yang blurr sahaja hidup sudah pandai berbahas politik kepartian ‘Islam’ dengan saya...wow! dan ada yang cuba untuk membuktikan betapa kadang kala tidak ‘islamiknya’ saya...perubahan yang bagus melihat dunia dengan cara yang baru....tidak kisahlah kdng2 positif atau negatif tetapi ia menggambarkan anda bergerak berbanding yang jumud x bergerak2. Apa pun, 10 tahun berkawan kawan-kawan batch 14 SMKA simpang lima amat menarik dan ada sejarahnya tersendiri dan tampil barisan figure yang anda boleh banggakan...dan percayalah tidak semua akan melihat anda dalam ruangan yang anda lihat diri anda tetapi persetankan kata orang, hidup dengan enjoy dan bermoral agama sudah...pada semua, sila2lah tulis pengalaman 10 tahun ini dalam kacamata pandangan korang sendiri, x lah aku syok sendiri...okay,jumpa lagi!

18 March 2010

apa kata qaradhawi untuk al-tantawi rahimahullah?

واليوم فصل بيننا الموت، الذي يفصل بين الأخ وأخيه، وبين الابن وأبيه، وبين الصديق وصديقه، كما يفصل بين المتجادلين بعضهم وبعض، وسيجمع الله بيننا في يوم لا ريب فيه، يوم تُبلى السرائر، ويحكم بيننا بالحقِّ، وهو خير الحاكمين
"Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim...."

apalah nilai kehidupan yang berputar sebagai roda ujian, dimana mati sebagai penghujung jalan...
mereka yang soleh mengakhiri putaran, dengan tenang mengakhiri kehidupan,
rasanya letih menunggu janji Tuhan, dipalit letih dan kesedihan,
pinjamkan lah untukku wahai Tuhan, apa yang kami harapkan kekuatan dan kesabaran...

17 November 2009

Melompat dicuit? Tidak pernah ditegur?

Kita hidup sebagai muslim kadang kala langsung tidak berfikir akan gerak geri kita diperhati orang....kesian. Dikalangan kita ada yang menjadi guru mengajar agama lagi tu, tahu hukum hakam. Tak pedulikah anda apa yang dilakukan? Sedar lah saudara-saudara sekalian. Anda mungkin menjadi jaguh dikampung, dipuji melangit digelanggang lapuk, terpalit taik bagai hadiah besar diraih. Tapi ingat, anda mungkin dicela seantero dunia atas tindakan itu, dilihat jahil tak kesudah tapi ingin bercakap nada tokoh. Sudah-sudah lah. Anda makin lama, bukan semakin muda, bukan menyata kita tidak berdosa, tapi kalau dah bersiap nak ‘kesana’, tapi ingin berlagak tidak ingat dunia.
Mengeluh benar ketika tak hilang letih menjawab kertas terakhir, al-Khitab al-Quraniy ada yang mengkhabar berita tidak enak dari Simpang Lima (S5). Tak berubah lagi saudara kita tu Jay. Allah, apa lagi salah silap aku hendak dikorek, apa aib aku yang hendak diselak, apa cerita aku yang hendak disebar? Kurang ajar dengan guru-guru? Tak tahu hormat orang tua? Hebat blog betul blog hang Jay, artikel yang aku tulis dicetak, dijadikan isu, buat tatapan dan peluru hentaman pada aku. Artikel yang ditulis dan disiarkan pada 2 Jun 2009 bertajuk: “ Liberalisasi pendidikan @ Simpang Lima: antara fantasi, realiti atau harapan? ”. Mungkin tulisan yang ‘keras’ lagi tidak tahu hormat ‘mereka’ menjadi bualan umum. Saya rasa, telah kuulas semanis kata, selapik tuala supaya anda tak terasa. Alih-alih, terasa juga. Mungkin hendak sangat terasa, perlu juga dikenakan dengan bahasa kiasan berbunga, biar betul –betul terkesima? Moga Allah jadikan kami anak-anak murid yang tahu berterima kasih, memohon doa akan sekalian guru-guru kami yang berjasa dan kami mampu memberi sumbangan pada sekolah dan anda seadanya. Kami ada barisan rakan-rakan banyak memuji guru-guru walau makan hati kadang kala. Mukhlis yang satu ketika berhempas pulas membina dan mengurus web rasmi sekolah akhirnya dilempang oleh guru yang dibantu olehnya hanya kerana bangkit lebih pukul 11 untuk ke tandas buang air kecil? Manakah rasa belas terhadapnya kalaulah benar dia buat silap dan layak didenda? Persoalan terbesar, membuang air kecil pada mana-mana waktu adalah jenayah? Mungkin ayahnya, Dato’ Panglima Brig. Jeneral Dr. Samiran boleh lihat kembali ‘kezaliman’ keatas anaknya itu. Logikkah seorang pelajar dilempang semata-mata dia ingin membuang air kecil?
Didalam artikel yang dijadikan isu itu, ada pelajar dipukul dengan capal kerana tidur diatas lantai kerana kepanasan diblok lama asrama yang kekurangan kipas. Timbulnya isu-isu ini dan digembar-gemburkan bagi memalitkan Abu Hafiz b. Salleh Hudin dengan ‘jenayah’ kutuk guru dan sebagainya. Ingin saya tegaskan, kritikan saya kepada sebahagian kecil guru-guru yang mempunyai masalah dalaman, lapar memukul pelajar, haus menerajang budak dan lelah kalau tak sindir anak-anak murid. Ramai guru-guru saya yang saleh, baik dan memberi sumbangan besar dalam hidup saya. Anda tidak ada kena mengena dengan semua ini. Anda ada masalah dengan Ustaz Hafid yang baik bak malaikat? Ustaz Fauzi bercakap bagaikan ayah yang cukup didambakan? Ustaz Mohd. Noor yang tak lekang dengan senyumnya? Ummi Habibah yang sarat dengan nasihat dan tazkirahnya? Tak rindukah dengan manusia yang cukup tawadhu’ seperti Cikgu Mutalabisin? (lebih patut orang ini digelar ustaz berbanding yang lain yang tiada langsung akhlaq ustaz dengan sekadar berkopiah). Maaf, anda telah ‘mendambakan’ ayat-ayat seperti ini maka you deserve on what you’ve done! Am I right? Saya terkejut kalau ada dikalangan pentadbir dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan AGAMA Simpang Lima yang ikut sekapal menuduh saya kurang ajar dan tidak beradab menulis artikel tersebut. Kaburkah anda hakikat yang berlaku? Pendidikan terajang, lempang, sepak, maki, sindir dan keseluruhan pakej lengkap hinaan kiranya pelajar itu melakukan kesilapan. Bukanlah saya memenangkan sangat pelajar-pelajar ini. Ya, kita akui ada pelajar yang melampau, buat salah tak tau insaf. Sakit kepala nak urus. Ada yang memang tak ada adab langsung. Namun, bukan lah pendidkan kekerasan ‘kehaiwanan’ itu dihalalkan! Datangkan pada saya dalil yang anda pelajari sehingga ke negeri Sungai Nil yang menyatakan tindakan anda adalah halal dan dihalalkan dengan nas al-Quran dan al-Sunnah. Silakan.
Saya punya kekuatan dan kesanggupan menghadiri diskusi berhadapan dengan anda bagi memahamkan sebahagian masalah yang anda telah jadikan ‘darah daging’ dalam sistem pentadbiran dan P&P Simpang Lima sejak sekian lama. Guru-guru yang tidak terlibat dan tiada kaitan pun dengan artikel yang saya tulis, (tidak ada yang minum Pepsi akan rasa Coke)anda pernah pelajari dalam falsafah pendidikan sebegini? Pukul, terajang, sindir, maki? Tiada bukan? Habis itu, kenapa berdiam diri? Budak-budak dikata kurang ajar, ini cikgu punya perangai tak dak kena hukum ka? Adil benar anda. Wah, ‘orang agama’ cukup maksum dan sudah beraja nampak? Tidak boleh ditegur, nanti keluar nas-nas dan fatwa yang dia sendiri tidak faham apa dia. Sudah-sudah la. Berlapang dada lah sedikit. Anda bukan budak kecil tidak tahu berfikir sehingga menjadi begitu dangkal dalam berfikir. Jadikan pendidikan satu ruang keikhlasan bukan tunjuk kuat dan hebat sekadar budak-budak yang tidak tahu apa pun erti kehidupan. Mereka bukan budak hingusan zaman dahulu kala, anda sekat saya bercakap didalam, kemungkinan lepas ini terpapar: “WANTED: ABU HAFIZ!” Tak boleh masuk pulak... tak apa lah, nak buat macam mana kan labu? Budak-budak tu pun tahu cari maklumat dihujung jari...makin anda sekat, makin terlihat kesemuanya...kasim....kasim....(kata P. Ramle)

14 November 2009

Andainya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sudi Mendengar

tulis2 ckit pasal politikus...pikir2 ek.

Oleh: Abu Hafiz b. Salleh Hudin

Tulisan ini saya tulis bukanlah menambah kekalutan yang telah bersarang didalam kepimpinan PAS negeri Selangor semenjak tertegak kerajaan campuran Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Namun, dengan hati yang insaf, ingin saya lontarkan nasihat dan persoalan yang sebaik mungkin dilihat bersama dengan hati seorang pejuang Islam dan pendakwah yang ikhlas yang bukan semata-mata terdesak inginkan terdirinya Daulah Islamiah di Malaysia tanpa disedari kelompangan ilmu yang terlalu ketara.
Tulisan ini juga bukanlah bagi ‘mengajar’ pimpinan dan ulama’ PAS yang dikatakan terkenal dengan berpegangnya dengan al-Quran dan al-Sunnah. Juga bukan diterjemahkan maksudnya untuk dibelek dan dikaji sehingga ke peringkat pusat atau negeri. Tetapi, tindakan yang sepatutnya dialu-alukan setelah apa yang anda fahami dari tulisan ini dengan rasa insaf dan sayang kepada Islam dan gerakannya.
Mungkin selama ini, saya sekadar bergerak dengan ceramah, tazkirah, khutbah dan dalam perbincangan kecil dengan sahabat-sahabat yang terlibat dalam gerakan Islam dan kepimpinan Kampung Rantau Panjang, Klang dan pimpinan PAS cawangan dan kawasan. Saya telah dapat memberi sumbangan yang sedikit dalam PRU-12 dengan rasa bersyukur diatas kemenangan PR. Dengan mengharapkan perubahan dan prestasi kerajaan yang baik, kerajaan Selangor bergerak dengan penuh kepayahan dan cabaran. Biasalah, memberikan wajah baru untuk sebuah kerajaan yang telah ditadbir dengan kepincangan dan ketiadaan integriti disana-sini amatlah payah. Namun, sikap sesetengah kepimpinan PAS yang menduduki singgahsana pemerintahan negeri dan diikuti ‘pemimpin’ PAS yang setakat duduk dikerusi ketua kampung yang segelintirnya bersikap bukan akhlaq pimpinan Tok Guru atau mana-mana ulama’ Islam amat menghampakan.
Sikap yang dilihat tidak mesra Islam dan rakyat yang terpalit pada Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor serba sedikit mencalar kredibiliti PAS sebagai parti Islam! Sebagai orang luar yang mahu melihat survival kepimpinan yang dipikul mereka yang memahami Islam dan bergerak kepada Islam adalah amat diperlukan. Saya meminta dan merayu agar perubahan didalam PAS digerakkan. Tinggalkan gaya pemikiran lama yang membeku dan seakan tiada kesalahan dalam gerak kerja dan dakwah PAS. Islam yang diletakkan dalam sistem perjuangan PAS janganlah dilihat sebagai asas tunjang bagi perjuangan politik semata tetapi Islam yang perlu dizahirkan perlulah luas.
Maafkan saya buat kali kedua, kiranya nasihat dan cara tulisan saya agak kasar, namun PAS telah berjaya mempamerkan keIslaman dalam politik bukan dalam cabang-cabang yang luas daripada itu. Insaflah sesama kita, politik Islam (Siyasah al-Syari’yyah) bukanlah juzuk besar dan juga bukan segala-galanya dalam Islam tetapi ia mewakili satu juzuk kecil perbincangan fiqhiyyah dan ia tidak melibatkan sejumlah besar umat Islam. Mungkin segelintir pihak mendakwa semua perlu terlibat dengan politik kerana ia melibatkan jatuh bangun kerajaan Islam. Ya, umat Islam perlu berpolitik, namun bukan dengan mendesak seluruh umat terletak didalam satu parti dan menjadikan mereka fanatik dan taasub dengannya. Tidak! Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang melakukan proses politik dan berfikir akannya, namun saya tidak memaksa diri bagi terlibat secara aktif atau pun tidak aktif atau menanam fanatisme kepartian didalamnya. Mendakwa dengan menyertai PAS sahaja anda telah masuk ‘jamaah’ seperti mana yang disebutkan didalam hadith Nabi S.A.W.: “.....hendaklah kamu bersama dengan jamaah...” . Namun, hadith ini ditafsirkan oleh segelintir penyokong dan para penceramah PAS dengan jamaah yang dimaksudkan seakan parti politik dan seakan mahu menisbahkan kepada gerakan Parti Islam se-Malaysia! Maha Suci Tuhan, apakah ini cara kita dalam berdakwah? Menafsirkan apa-apa nas al-Quran dan al-Hadith menurut tafsiran parti dan selera kita? Maafkan saya, tafsiran ini dilakukan dihadapan saya, bukan dipindahkan cerita dari orang lain. Ianya bukan rekaan! Moga Allah mengampuni ketidakcermatan kita berceramah.
Antara masalah terbesar yang akan dihadapi PAS sebagai parti Islam apabila dilhat sebagai alternatif kepada kerajaan memerintah adalah dengan meningkatnya ahli parti dan penyokong yang jahil tanpa ilmu. Bayangkan, ketika saya bersusah payah bersama sahabat dan penyokong PAS yang ikhlas membuka kelas pengajian Ulum al-Hadith bagi memahami perbincangan hadith-hadith baginda Nabi S.A.W. secara ilmiah, rasanya yang hadir adalah mereka yang sama. Tidak lebih dengan jumlah jari sebelah tangan, merekalah yang gigih dan istiqamah untuk mendengar dan menuntut ilmu. Berbeza dengan malam Jumaat, usrah parti dihadiri hampir keseluruhan ahli PAS cawangan! Apakah maksudnya ini? Ilmu yang ditadah oleh segenap generasi ilmuwan dan sarjana Islam dipandang enteng bagaikan tidak bernilai bila dibandingkan dengan usrah politik! Alangkah baiknya kiranya anda mahu memuhasabah diri, adakah memahami perbincangan Ilmu Hadith lekeh dibandingkan politik parti? Sedarkah atau tidak, kita bergerak didalam parti dengan lisan-lisan penceramah yang berada diatas pentas PAS berlumur dengan periwayatan hadith palsu dan tidak diketahui para ulama’ hadith? Adakah anda berbangga dengan Islam dan dalam waktu yang sama bercakap dalam keadaan dangkal terhadap disiplin wajib agama? Tahukah anda begitu ramai mereka yang megah berjubah, berserban, dipanggil ustaz, ulama’ tidak tahu berbahasa Arab, jahil akan disiplin Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith, kabur dengan Fiqh dan Kaedah Usul yang terbina darinya, Akidah dan perbincangan Usuluddin yang samar-samar? Cukup mudah, anda perlu berkopiah dan berserban, anda akan dilabel sebagai ulama’ PAS. Maafkan saya, itulah hakikat yang anda terpaksa telan, ia realiti yang berlaku. Sekadar ustaz kampungan dan ulama’ jadian yang tidak kemana, apabila bertembung pandangan dengan anak muda yang memiliki latarbelakang keilmuan yang jelas, bersedia melabel sebagai kaum muda, memandai-mandai dan paling perit dituduh sebagai agen WAHABI. Inikah akhlaq Islam yang anda terapkan didalam usrah parti? Silalah review terhadap silibus usrah parti anda.
Saya hadiri usrah parti, saya mendengar apa yang disampaikan oleh naqib usrah, bukannya saya sekadar melontar tuduhan palsu untuk mengkritik anda. Namun, perbincangan al-Wala’ dan al-Bara’ yang ditekankan tanpa mengetahui apakah dia asas doktrin akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah sehingga yang diketahui pendokong sekadar perbicangan al-Bara’ dan al-Wala’ dan seakan akidah Islamiyah adalah sekadar itu. Bukan menafikan wujudnya mereka yang ikhlas dan mempunyai displin ilmu, akhlaq yang cemerlang namun apa yang saya ‘terpaksa’ nyatakan disini adalah fonemena sebahagian besar dipihak anda yang tidak memungkinkan anda menutup sebelah mata. Saya tidak meminta anda bersetuju dan menerima bulat-bulat apa yang saya nyatakan disini, namun baliklah kepada al-Quran al-Sunnah, beleklah kedua khazanah agama ini dengan ikhlas, insaf dan meyakini anda berdiri diatas sebuah parti yang anda telah namakan sebagai Parti Islam yang akan dinilai oleh umat ini, rakyat yang anda inginkan memimpin mereka kearah perubahan dan yang terpenting nilaian yang dilakukan Qadhi Rabb al-Jalil.
Maka, hasil daripada tarbiyah yang wujud daripadanya kelompongan yang nyata, tarbiyah dibina atas kepentingan politik dan parti, lahirlah generasi ahli parti, pendokong dan pimpinan yang naik memimpin dengan penuh kepayahan, kurangnya kebijaksanaan dan melakukan ‘jenayah’ agama yang amat menyedihkan. Bagaimanakah anda ingin justifikasikan dengan tindakan seorang Exco Agama, Pesuruhjaya negeri yang ada sekadar PhD yang tiada kaitan dengan jawatan yang disandang kemudian menafsirkan sepotong ayat al-Quran yang tidak pernah ditafsirkan sebegitu oleh mana-mana ulama’ tafsir dihadapan saya disalah sebuah kampung di Klang diawal kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor? Ketika sedang panas isu ‘jenayah’ kebodohan JAIS menangkap ahli-ahli ilmu agama dengan rakus, berdalilkan ketiadaan tauliah, dimanakah pimpinan PAS dan ‘Exco Agama’ tersebut untuk mengeluarkan ‘kuasa’ yang dipegangnya yang mana suatu ketika dulu tauliah ini pernah dilabel ‘dosa’ dan ‘senjata’ pihak kerajaan UMNO-BN? Adakah ketika pemerintahan UMNO-BN, tauliah agama adalah dosa dan bertukar pahala ketika dipimpin PR? Dimanakah nilai ilmiah dan keterbukaan yang dilaung-laungkan oleh anda? Saya merayu supaya janganlah perubahan yang diimpikan saya dan dikongsi bersama rakyat Malaysia sekadar ‘make-up’ luaran bagi mengaburi undi rakyat...lakukanlah perubahan, saya amat merayu. Ingatlah kata-kata Dr. Abu Hassan Hasbullah di Seminar PAS: “Menolak persepsi (luar terhadap anda), sikap primitif!” Janganlah untuk mengkritik Presiden dianggap menghina ulama’, sedangkan pandangan baginda Nabi S.A.W. ada yang dibantah oleh sahabat sekiranya bukan berbentuk wahyu. Lihatlah Surah al-Anfal dan tafisrannya yang dibuat oleh ulama’ Mufassirun. Presiden anda, saya dan semua diantara kita TIDAK MAKSUM dan layak dikritik melainkan Nabi S.A.W.
Saya juga tertanya-tanya, dimanakah suara Dewan Ulama’ PAS sama ada negeri atau pusat? Dikala masyarakat menghadapi penangkapan mufti mengajar agama, sultan yang ingin berdangdut didalam istana, pertimbangan untuk lanjutan beroperasi kelab malam di Selangor dan kerasukan JAIS menghina ilmu Islam dan ahlinya? Dimanakah anda wahai ‘ulama’-ulama’? Dimanakah anda ketika saya dituduh wahabi, sesat dan pemecah belah masyarakat oleh golongan yang tidak memahami bahasa arab pun, bagi mendirikan solat sunat Eid dipadang? Bisukah anda? Dimanakah pendirian anda dalam hal ini, yang mana dalam waktu yang sama anda menuduh ulama’ UMNO sebagai ulama’ bisu? Tidak bisu jugakah ini? Adakah anda sebagai tangkap muat untuk menjadi bukti, ‘oh, parti ini ada Dewan Ulama’, so ia parti Islam!’ Cukupkah Dewan Ulama’ sebagai dewan eksekutif tidak boleh diarah, disentuh dan ditegur? Maafkan saya buat sekian kali, pandangan peribadi saya, Dewan Ulama’ PAS adalah badan yang paling tidak berfungsi untuk masyarakat dan umat yang wujud didalam PAS berbanding peranan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Kelemahan anda dalam menggunakan kekuatan pemerintahan amat dukacita. Saya mengerti bagaimana mereka (musuh anda) menggunakan Sultan sebagai perisai, bukannya saya tidak tahu. Namun, dimanakah slogan yang anda laungkan: “Jihad yang terbesar, berkata benar dihadapan pemerintah zalim”. Telah berlalu para pemimpin Ikhwan al-Muslimun dengan teguran yang benar, lunak dan berakhlaq dihadapan para pemerintah Mesir. Al-Qaradhawi dan nama yang sebaris dengannya telah meringkuk didalam penjara menegur pemerintahdiatas kesilapan yang menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi, setakat ini tiada seorang ulama’ anda mengaplikasikan cara teguran ini. Gentarkah kita dengan kehilangan kerusi pemerintahan sekiranya kita menegur Sultan yang telah puluhan tahun menyanggahi prinsip sebenar Syariat Islam? Baculkah ulama’ kita sehingga takut kehilangan kerusi yang diduduki? Mendukacitakan, Pengarah JAIS boleh menghina dan menyindir Ir. Khalid Samad sebagai tidak pandai berkhutbah dan tidak berkelayakan sedangkan Pengarah JAIS sekadar mempunyai Ijazah Ekonomi dan bukan agama! Saya nasihatkan, segera berusaha merubah secara drastik dan agresif terhadap JAIS yang lesu dan mati.
Bangunlah Parti Islam! Janganlah membeku dan dibeku. Anda punya matlamat yang lebih jauh daripada sekadar memerintah. Dan tanggungjawab memikul amanah agama dan merealisasikan kata-kata anda akan ditagih. Umat Islam dan rakyat bukan dicandu dengan agama atau dirasuah perubahan dengan nama Islam, namun mereka dahagakan perubahan yang didasari ilmu, ikhlas dan insaf! Bukan perubahan luaran semata, namun bagi menelusuri peribadi kepimpinan yang cukup terbilang yang ditunjuki Menteri Besar Kelantan, Fadhilah al-Syeikh Dato’ Nik Abd. Aziz Nik Mat. Kepimpinan yang disulami ilmu dan kerendahan hati yang mana bukan sekadar menabur janji tetapi menjadikan ia realiti dengan rasa taqwa di hati.
Saya ingatkan sekali lagi, melakukan perubahan dengan menegur pimpinan parti atau mengubah mereka walau dikatakan sebagai ulama’ bukanlah dosa besar seperti melanggar al-Wala’ dan al-Bara’ dalam agama. Mohonlah kerendahan hati dari Allah S.W.T. dan mintalah hidayah dan tawfiq kiranya perjuangan ini dibina atas asas ikhlas untuk menjadi Islam sebagai udara yang dijadikan oleh rakyat Malaysia sebagai untuk hidup. Kritikan ini bukanlah satu hinaan atau permusuhan, tetapi kadangkala anda akan dapati pengkritik anda adalah orang yang ikhlas dan sayang kepada anda. Sekadar lontaran pandangan dari saya!

SELAMAT BERJUANG & BERUBAH!

Jabatan al-Quran & al-Sunnah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
hafiz.alrabi@gmail.com
013-2024872

27 August 2009

slisskool and empayar 14 group.

i must be either very outdated or trapped under a black dark sound resistant hole.haih.

btw, do join this
tribe.

01 August 2009

ku lihat layu dalam melayu (dedicated to all malays)

sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah..
tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina..

aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya,
aku bercampur risau dan tidak tenteram,
nanti dikata tidak bersyukur dan dikata tidak sedar diri,
jadi aku menyendiri,
memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan,
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri..

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

(malique feat tun mahathir)

10 July 2009

tarbiyah:habis di pintu pagar sekolah?

ingat duludulu?
macam mana kamu diajar bertudung?
macam mana kamu di ajar berstokin?
macam mana kamu di ajar bergaul?
ingat?

ingat duludulu?
pusat sampai lutut itu aurat kamu
kamu yang akalnya sembilan.

ingat duludulu?
kamu lelaki
kamu perempuan
kamu bukan mahram
jangan main pegangpegang

ingat duludulu?
tengok budak sekolah luar sekalisekala
dalam hati mengutuk tak ingat
tak reti ke benda tu aurat?

ingat duludulu?

atau dah lupa?

atau kita sengaja lupa?

atau kita dah tinggal semua
bila langkah keluar pintu pagar sekolah?

adakah keluar dari pintu pagar sekolah,
telah menghantar kita ke syurga
sehingga tidak perlu lagi merisaukan neraka.


p/s: i have been very disappointed, each day i headed to, every time i look back. seriously yes!

05 July 2009

CGPA lambang ukuran sebenar intelektualisme pelajar?

tengok korang senyap je, x bersiafat aktif n proaktif, aku cadang topik ni untuk korang bagi pandangan...bosan gak kita jer cakap,tulis.

jauh perjalanan, luas pengalaman. tajam kritikan?

Lama rasanya x menulis. Tengok jai soghang manjang post, terasa nak kongsi sesuatu. Sharing is caring, am i rite? Huhu...setelah menghabiskan masa yang banyak (either bermanfaat or tak) ngan majis oku, walid al-sakop, haziq al-perutiy, Jai al-masam ngan beberapa lain cam bufon,mukh ngan yang seangkatan. Bermula ngan jejalan tgk wayang, then ada rancangan sebalik batu Jai membawa kami jalan sejauh Pangkor, memandi air terjun (2 kali woo), pi dusun buah-buahan Jai kat Melaka dan sebagainya. Penat gak r sampai Majis layak menerima zakat coz dah jatuh papa. 3 bulan agak terisi ngan aktiviti. Ada masa bleh jalan...lagi mudah buat yang dekat2 ngan lembah kelang... yang kat puncak alam bleh dipertimbangkan.

Bukan tu yang aku dok sibuk menulis, tapi pengalaman yang berharga dan menaikkan bulu roma ‘kawe’ semenjak menadah kitab agama dari sekolah hingga ke universiti akan kekal dalam ingatan. Aku datang ke Kelantan bagi menemankan parents aku ziarah abang aku yang baru berpindah rumah di Kok Lanas, Ketereh. Pada 2nd day, aku dibawa ziarah ke sebuah perkampungan pelajar pondok yang cukup terkenal, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Aku datang ziarah penaung tempat ni yang terkenal sebagai ulama’ terkenal Kelantan, Tok Guru Haji Hashim atau orang panggil kat sini, Tok Ayah.
Dari jauh aku dengar citer dia, aku hormat,kagum sebagai ulama’ kan. Tapi aku mai sana, segalanya tidaklah berubah, namun ia perlu di’review’ kembali. Aku datang ziarah dengan semangat yang tinggi dan hormat yang menggunung, but i saw n heard very much mistakes n unacceptable matters. Sebelum sampai ke rumah utama Tok Guru tu, aku terpaksa menempuh rumah2 pelajar pondok yang begitu DHAIF bagi zaman la (sekarang). Sambungan elektrik yang menakutkan, tempat yang uzur, persekitaran yang kotor berbau! Sepatutnya ia bukan kawasan belajar agama! It’s totally shame! Really, believe me. Aku rasa ko haziq kalau masuk sana, mulut ko membebel, kalau ko senyap pun, dalam keta mesti ko bagi ‘pakej’! aku masuk umah tu. Ooo...act, abang aku adalah antara orang yang rapat ngan dia(Tok Guru tu). Abang aku jaga umah dia kat Mekah. Ok, sambung, pas aku masuk, dia ada pelawat yang nak mintak air penawar anak dia yang masuk UIA PJ x bleh studi coz cam blurrr... aku tanya bila masuk? Baru seminggu, jawab mak dia. La, tunggu la sebulan dua, anak laki soghang memang la camtu pisah Kelantan- KL. Sat2 r. X pe lah. Terpulang.
Tapi, bila Tok Guru tu buat air penawar, then citer2 aku dah mula x selesa. Mula2 dia citer yang umur dia kat 90 lebih. Ok aku percaya. Then dia kata coz dia makan cengkih, dia kuat lagi, mata cerah, kulit sihat walau x bleh jalan,diri pun x leh. Kadang lawak gak. Dia kata jantung dia ok pasal makan cengkih gak...Our docs, may u research for this statement? Hmmm? Then dia bagi komen lagi, dia kata: “doktor2 ni x pandai, sebab x belajar Islam. Adakah nak belah jantung, bedah. Pastu ada pesakit yang mati. Tu doktor2 bodoh buat orang mati. Doktor pandai, x buat orang mati”. Wa...ternganga aku dengaq. Mana la doktor pakar yang x pernah wat a single mistake. Adakah hangpa yang blajaq medic, yang wat kajian pasal jantung x perlu belah2, check2? Nak tgk aliran darah dalam jantung, masalah dalam jantung? Tgk mikroskop bleh nampak ek? Ooops! Jangan sentuh jantung, don’t ever try or dream to open it! (open the saseme!) u’ll become a stupid muslim!!! Aku antara nak tahan pecah perut gelak ngan blurr semua knyataan ni. Hmmm? Can u explain to me about all these hecks? X habis lagi, ada pompuan sebelah ni, ada growth dalam perut, so for a simple solution, mintak air penawar ketumbuhan dalam perut dia. ??????? mungkin kita bleh usulkan kat USM agar hospital pakar USM kat kubang kerian perlu ditutup, x berguna dah. Ada air penawar. Jai? Mungkin kita nak minum tu bleh baca mentera mickey mouse (bleh tgk kat channel astro 613 :5-6 pm). Mickey nya jampi: “Miska...Muska...Mickey Mouse!” then, ur growht will become a gold! Belive me bro! Haha lawak2 gak, tapi...inikah wajah agama yang cuba ditampilkan? Then budak tu dibagi air jampi. Tapi aku tak perasan bila dia buat air tu. Yang aku nampak, dia dibagi satu jug air, dia minum, kumur2 kot then air tu dibungkus...glupp.....cam air slurpee plak. Paper la, Cuma dalam hadis sahih, Nabi SAW ada larang minum air dari bekas minuman.

Aku solat kat masjid dia plak, solat ‘ghorib’ (ganu kata, :maghrib). Aku ingat selesa lah sikit berbanding kawasan umah yang...ummph..tapi duk masjid dia pun sama! Kawasan cam x terurus walau students ramai be! Surau al-Makmuriah al-Haj Simpang Lima lagi aku selesa solat doh...adakah silibus pelajaran dipondok x sebut Islam agama yang cukup titik beratkan kebersihan, kewangian, ketatatertiban, keselesaan? Ke korang rasa diorang x pernah tau? Pondok tu dah terdiri aku rasa kat seratus tahun dah, siap bleh wat Jubli Intan lagi. Tapi mentaliti jauh lebey teruk dari .....tut..... pakaian pelajar yang cukup berbau, tak terurus, serban lintang pukang, dan berbagai lagi ketidak Islamiknya mereka ini. Tolonglah berubah...aku pun belajar agama, x perlu pun nak berjubah 24jam dan jadi zuhud x bertempat n berbau masam (tapi x semua Cuma minoriti yang bleh bagi average). Komen korang?

27 June 2009

Uji Mata Anda

Salam semua, untuk post kali ni, gua ada something untuk korang sama-sama bantu gua untuk kenal pasti apakah ia. Gambar dibawah di'kirim oleh sahabat gua dari rawang. Pada mulanya gua confius juge ape natang kejadahnya bende ni.

 
Klue gambar : Warna purple tua, hand-made, bentuk tak sekata, lubang tak sama besar, ada bulat ada bulat tak sempurna, ada kecik ada besar. So.. ada sesiapa dapat teka apa mende ni?

24 June 2009

kita sudah dewasa? anda berani berubah?

kalau dulu, kita tak terfikir akan wujudnya suasana sebegini. tengok balik apa yang Jai dah usahakan, gambar-gambar time 'muda-muda' menjadikan aku (mungkin hangpa gak) antara segan dan insaf. ia menjadikan aku terpikir: apakah yang akan kita lalui for the future? untuk bekeluarga, menjaga dan mendidik anak orang, mendidik dan membesarkan anak sendiri. hah! mungkin agak gila untuk kita pikir rite? but, we have to face it either cepat atau lambat. ada member yang dah kawen, aku doakan barakallah laki wa baraka a'laiki wa jama'a bainakuma fi al-khair...

harapan aku, moga segalanya bermula dengan kebaikan dan berakhir juga dengan kebaikan. demi allah, aku macam tak caye ada kengkawan cam korang. alhamdulillah. aku 'hidup' dengan korang. really! coz of that, aku x tinggalkan masa yang ada time cuti berbulan-bulan utk lepi umah? sapa yang dah pernah mai umah aku, akan lihat timbunan kitab yang aku hadamkan. aku sronok ngan semua ni tapi aku jugak a common human yang tau berkawan dan berhibur... ada yang kata aku agak 'liberal' walau aku x segan dan tak takut katakan aku adalah pendokong dan pemaham mazhab al-salafiyyah yang penuh kekurangan tapi aku terbuka menilai dengan al-Quran & al-Sunnah. kadang aku rasa aku hidup dalam penipuan coz aku tak tau nak express sapa aku selain korang. aku titipkan semua ini agar semua yang ingin berjinak dengan dakwah dan yang tak tau apa tu dakwah dan yang rasa 'aku hidup dalam dunia untuk aku, aku gembira dan aku x buat dosa, aku solat, cukup....'! aku ada senarai rujukan yang bukannya panjang dan banyak mana, namun aku abadikan hidup aku untuk semua ni... untuk tatapan dan rujukan anda, aku senaraikan kitab2 hadaman aku:

1) Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan
-Syeikh Abd Rahman al-Sa'di (1 jilid)
2) Fath al-Qadir
-al-Imam al-Syaukani (5 jilid)
3) Safwah al-Tafasir
-Dr. A'li al-Sobuniy (3 jilid)
4) Adhwa' al-Bayan
-Al-Imam Mohd. Amin al-Syanqitiy (10 jilid)
5) Tafsir al-Quran al-Azim
-Al-Hafiz Ibn Kathir (4 Jilid)
6) Tafsir wa al-Mufasirun
-Dr. Hussain al-Dzahabi (2 jilid)
7) Ahkam al-Quran al-Sughro
-al-Imam Ibn al-A'rabiy (1 jilid)
8) Sahih Muslim (1 jild)
9) Sunan Abi Dawud (1 jilid)
10) Sunan al-Tirmizi (1 jilid)
11) Sunan al-Nasai (1 jilid)
12) Sunan Ibn Majah (1 jilid)
13) Sunan al-Darimiy (1jilid)
14) Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy li Ibn Hajar al-A'sqalaniy (14 jilid)
15) Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy li Ibn Rajab al-Hanbaliy (6 jilid)
16) Ikmal al-Mu'lim bi Fawaid al-Muslim li Qadhi I'yyadh (9 jilid)
17) A'un al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Dawud (8 jilid)
18) Tuhfat al-Ahwaziy syarh Sunan al-Tarmiziy (10 jilid)
19) al-Adab al-mufrad (1 jilid)
20) Siyar a'lam al-Nubala' (3 jilid)- ni asal kat 25 jilid, dikecilkan
21) al-Muwafaqat (1 jilid)
22) al-Umm (11 jilid)
23) Zad al-Maad (3 jilid)
24) al-Muhalla (11 jilid)

dan hampir 50 buku2 lain yang bukan core...wallahu a'lam

apa yang aku ingin sampaikan bukanlah bersifat menunjuk, namun inilah yang 'golongan ustaz' perlu hadam sebelum berani untuk bercakap agama...bukan aku katakan untuk dakwah anda perlu hadam semua sekali seperti ini (malahan aku boleh katakan ini sekadar paling tinggi 15 % daripada rujukan kami). aku gembira melihat tulisan2 kengkawan dalam blog2 yang cukup menyedarkan aku, kadangkala kita lalai. seronok rasanya...macam hidup dalam suasana zaman Nabi SAW... bila baca, sejuk, insaf dan byk lagi. cuma, ada beberapa kritiakn dan pandangan yang perlu diperbaiki dan dilihat semula. ayat2 yang menyindir, menghina dan 'berfantasi' seakan kita sememangnya hidup dizaman nabi saw, adalah amat tidak sesuai. aku sukakan keterbukaan dan leisure dalam pergaulan selama mana ia mampu dikawal. ada yang bercakap dan menulis byk tentang cinta, antara lelaki dan wanita (of course la), ngan Allah taala dan seumpamanya. namun, kadang kala kita hidup didalam planet kita sendiri sehingga kita lupa yang kita adalah 'syok sendiri' dan berfantasikan transformer duduk ngan kita.. maaf saya katakan, kadang kala kita melihat dari satu sudut yang cukup sempit kerana kita hidup dikalangan mereka yang yang pijak semut bukan sahaja tidak mati malah beranak pinak! itu pijak dah! anda akan sedar betapa complicated nya dunia dengan anda terjun kedunia ini dengan ikhlas membantu...bukan aku menafikan kebaikan anda menulis tentang semua yang menyedarkan ini, malah aku tegaskan pendirian aku terhadap tulisan2 sebegini diawal tadi, namun aku didatangi seorang yang nothing tentang agama dan bertanya: dosakah saya bercouple ustaz? dengan bercouple, saya telah musnahkan perasaan saya yang cenderung kepada kaum sejenis saya. nak tercabut mata aku! (x per haziq ngan ammar boleh betulkan rite?haha) adakah ketika ini aku nak nasihatkan dia supaya dia duk umah, puasa jgn kuar2 dan x yah pi kelas? aku bingung, dan aku sekadar katakan : tetaplah dengan agama, solat jaga dan kawal nafsu anda dengan puasa...carilah kebaikan atau usahakan perkahwinan... hmmm? namun kalau perkahwinan bukan yang terbaik dengan masalah kewangan,tanggungan itu ini, pelajaran? adakah teori ustaz rahim ajar, us hatim bebel kat depan anda boleh aplikasikan? jawablah dengan hati korang! tapi aku katakan: teruslah menulis wahai kengkawan yang memilih jalan untuk berdakwah, namun perbaiki dengan ilmu dan kefahaman yang sahih al-salaf al-soleh! kuncinya, banyaklah membaca tulisan para ulama' mu'tabar!

Disamping itu, adakah aku ingin sampaikan yang lain, yang bukan aliran ni, yang cuai dalam berpakaian, otak gila2, suka hati kuar ayat adalah baik, bagus? tak...namun anda bukannya teruk namun sedikit pembaikan diperlukan. ada yang couple, ada yang berlebih dalam couple juga bukan nya baik dan completely berdosa! maaf aku katakan...belajarlah menerima kebenaran dan hakikat. kita hidup bukan sekadar nafsu perut dan dibawah perut! anda perlu tahu objektif dan hala tuju anda pergi... aku harap semua yang bercouple dan ingin mendirikan kuarga yang baik, hiasilah per'couple'an anda dengan baik dan religously. untuk aku katakan : haram couple. perempuan sebelah sana, laki sebelah sini. duk senyap2! hahaha...cam bengap plak. ia bukan cara dakwah. semua tau keterbukaan aku menerima semua ni, harap anda paham2 untuk berubah. x seronok plak ada yang bawak perempuan cam barang mainan, dan mereka permpuan bukan lah seperti itu. itulah kenapa agama ingatkan, kalau lelaki yang buat camtu, bayangkanlah ibu,adik,kakak kita diperlakukan seperti barang mainan camtu...pecah hati rite? dan mereka juga ada abang dan kuarga yang berfikir kearah itu...

Oleh itu, zaman dan dunia hari ni, memerlukan korang pikir sendiri. agama bukan mendesak anda tinggalkan dunia, namun mencorak kehidupan biasa anda dengan agama. agama bukan membuang jeans tukar ngan slack, t-shirt ditukar jubah, topi ditukar serban atau kopiah dan seumpamanya. kekallah korang ngan jeans,t-shirt, topi kalau pakai tapi beriltizam ngan agama. solat 5 waktu bukan ikut lapang. at least, jangan tinggalkan fardhu bro! itu paling kurang... aku tulis benda camni agar aku ingat n korang pun sama2 ingat. aku menulis untuk semua berkongsi. aku xkisah ada yang x puas hati. kita ada ruang komen. aku silap aku tarik balik, aku betul sama hadam k. aku mengharap sangat blog dan tulisan ini mapu dibincang dengan semangat kengkawan n we can ger some benefits from it.. thanks for reading. barakallahu fiik...............bye2!

3)

19 June 2009

sdkt utk diigati smua

وقضى ربك ألا تعبدواْ إلا إياه وبالولدين إحسناۚإما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما ۝واخفض لها جناح الذل من الرحمة وقل رب ارحمهما كما ربيانى صغيرا ۝ (سورة الأسرأ, 23-24)


23. Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850].

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil".

[850] mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Kalau kawan2 masih igt, kita semua pernah belajar tentang ayat ni masa sek dlu. Andaikata, masih ade nota2 lama, selak2 la nota Syariah ting 5.mungkin ade antara rakan2 yang dapat mengenang ‘saat2 manis’ dalam kelas bgmana kita belajar cara mengistibat hukum dalam ayat ni…

Tulisan ini sebagai igtan bagi rkn2 yg mungkin sudah terlupa dan sbg dorongan utk rkn2 terus istiqamah krn saya percaya rkn2 sudah tahu isinya..

Perintah pertama yg terdpt dlm ayat ini ialah keimanan kepada Allah dan larangan keras daripada Allah untuk syirik. Apa itu iman? Iman diistilahkan sebagai membenarkan dgn hati, mengakui dgn lidah dan beramal dgn anggota. Tiga elemen ini mestilah seiring utk menjadi hamba yang diredhaiNya.

Perintah kedua adalh mengenai ketaatan kepada ibu bapa. Betapa kita telah membesar dgn izinNya di tgn kedua org tua. Dan sebgai anak seharusnya kita menjaga mrk pula apabila tiba masanya. Mg dgn itu, pabila sampai waktu kita mnjadi ibu bapa, kita juga akan beroleh anak2 yg dpt mnjaga kita. Alangkah sedihnya, melihat anak2 tidak menghormati ibu bapa bahkan ada juga segelintir yg terus melupakan mrk. Lupakah mrk pada pengorbanan ibu bapa sejak dari kecil? Adakah kita ign menjadi manusia yg sombong? Berasa diri terlalu bagus utk berbakti utk mrk? Sdgkan smua yg kita miliki adlah milikNya Yg Esa yg boleh ditarik pd bila2 masa..

Dan sbg seorg yg pernah bljr agama, sy menyeru pd diri sy terutamanya juga rkn2, mg kita mnjadi antara hambaNya yg soleh solehah juga anak yg boleh dibanggakan ibu bapa bukan shj di dunia malah di akhirat. Amin!

Utk kata2 terakhir, suka saya mengakhrinya dgn sedikit pujangga…

Walau dimana pun kita,

Igtlah bumi ni milik siapa,

Igtlah kedua org tua,

Agar hidup kita beroleh rahmat dari Yang Esa,

Moga di akhirat sana,

Menjadi ahli syurga,

Dan bukannnya penghuni neraka..