Tujuan asal adalah diragui, mungkin dek kerana pembatalan projek sekolah secara last minute membuat kami
Tersesat jalan
Menu pilihan gua, sudah semestinya ABC dahulu. Berbagai cerita-cerita lama terpacul, membuatkan waktu makan yang sepatutnya tamat dalam 30minit menjadi 2jam lebih kurang. Dan malam itu bukannya tidur awal untuk plan esok, tapi di'alpakan dengan movie Red Cliff sehingga jam 3.. kecuali segelintir.. yang pancit awal.
Pagi itu kami bergerak.. atau lebih tepat hampir tengahari, mungkin kerana pengangan buah durian yang dipungut selepas subuh dijadikan sarapan, tidur selepas itu lebih indah dari biasa. Sempat juga di'candid beberapa keping gambar didalam rumah sebagai kenang-kenangan.
Destinasi pertama adalah kota a'famosa yang amat sinonim dengan pusat perlaconan di melaka. Lebih kurang 48km dari kampung ini, kalau kalian search melalui google map. Laluan pilihan bukanlah lebuhraya AMJ namun jalan dalam yang memberi view lebih menarik.
Setelah berpusing-pusing, juga bantuan dari orang luar, kami tiba juga di'dataran pahlawan yang amat dekat dengan kota a'famosa. Selepas solat, singgah di stesen makanan-food court untuk melapik perut yang kekosongan. Menu pilihan gua kali ini, asam pedas ikan pari.
bersambung pada episode akan datang..
dan sedikit perisa untuk kalian...
hmmmm....? ada beberapa fakta yang disembunyikan..hihi
ReplyDelete