20 August 2010

respon.....

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله......
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada saudari Izzah Kamar (IK) diatas respon yang saya sifatkan cukup baik kerana inilah komen yang pertama yang cukup membuatkan saya ‘terkesima’. Maaf saya ucapkan kerana lambat membuat respon kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain. Ingin saya jawab apa persoalan yang ditimbulkan saudari. Pandangan saya didalam tulisan ini adalah berdasarkan pandangan yang berlaku secara khusus di sekolah saya, SMKA Simpang Lima dan pengalaman peribadi menjelajah seluruh Malaysia. Adakah seluruh negara mengamalkan apa yang saya katakan didalam artikel tersebut? Sudah tentu tidak, dan alhamdulillah, kita menghukum ‘al-akthariyyah’ dan bukan kes-kes terpencil.. dan saya ingin ingatkan, isu ini berkaitan sebahagian besar guru-guru agama dan disekolah yang ‘berjenama’...dengan rasa amat rendah diri, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada saudari diatas komitmen dan sikap yang begitu positif dalam menggalas tugas seorang guru walau katanya tidak pernah menjejak kaki sebagai pelajar di universiti. Dan ini lebih baik dari seju lah mahasiswa yang langsung tidak peduli isu ini...saya akan lakukan analisis setiap argumen yang diberikan mengikut perenggan...

Forward massage:
IZZAH KAMAR


show details Aug 11 (1 day ago)
assalamualaikum..
suka sy membaca artikel 3 idiots: satu coretan pandangan untuk semua...
disini sy ingin meluahkan pendapat berdasarkan apa yang telah dibicarakan...

tertarik dengan "p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam".....


Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”

guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya.

Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’

tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan..
(apa yang dimaksudkan dengan lembu berakal...??)

Saya katakan: istilah lembu berakal adalah simbolik kelompok manusia yang punya akal (boleh berfikir, menilai) namun tidak mampu digunakan kerana hanya menurut oleh kerana alasan dia adalah seorang guru, tok guru, ustaz dan menjadikan nilai analisis, kritikan dimandulkan.

bersetuju dengan pendapat penulis berkenaan filem 3 Idiots yang mengkritik sistem pendidikan di India.. jujur sy katakan, sy tak tahu adakah sistem pendidikan universiti atau kolej di malaysia lebih baik mahupun tidak. sebab nya mudah saja,, sy tak pernah masuk universiti..
tapi kalau berbicara tentang sekolah rendah,, sy pasti sistem di malaysia jauh lebih baik..
saya katakan: adakah benar sistem kita jauh lebih baik? Kita tidak katakan isu fasiliti dan kapasiti....sudah tentu kita, namun adakah SISTEM kita lebih baik? Adakah kita pernah mencipta empayar pembelajaran perubatan yang hebat seperti pernah berlaku di India? Pusat pembelajaran hadis terhebat dunia suatu ketika dahulu? Kita mampu berbangga dengan saiz universiti dan sekolah bertaraf dunia, namun pelajar kita tidak mampu berfikir...lihatlah sekeliling kita...

berkenaan filem Taare Zammen Paar... bersyukurlah di msia,, sejak dibangku sekolah rendah, sudah terdapat pendidikan untuk kanak-kanak istimewa menjalani pendidikan dengan lebih selesa
saya katakan: kita tidak mahu isu keselesaan dijadikan main issue, banyak negara mempunyai masalah keselesaan, namun adakah kita memberi sepenuh manfaat daripada keselesaan itu?


sedikit terasa apabila penulis terusan menyalahkan guru.. maaf sy katakan.. sy berpendapat berdasarkan fenomena y berlaku di sekolah,, dan sy sebagai guru.. amat2 terasa la... bukan apa... hampir setiap saat sy berfikir tentang anak2 murid.. apa y mereka suka.. (sy ajar prasekolah, tahun 1 2,3,4).. merancang PnP berdasarkan kepelbagaian kecedasan n kemampuan murid... ingin mengembirakan murid... sentiasa dalam doa ini terselit doa buat anak2 kesayangan agar mereka dapat membaca, berfikiran luas... dan mcm2 lagi.. tapi apa dilemparkan kepada kami...?? kami mengajar lembu...??? syukurla kami mampu mngajar lembu utk berakal.. daripada lembu terus hanyut ntah kemana...
saya katakan: tahniah sekali lagi diatas sikap anda, namun adakah anda mampu lihat keseluruhan pelajar khusus di sekolah berjenama dan mereka yang mempelajari agama diberi ruang sebegitu? Tahukah anda ada mereka yang ingin memanfaatkan ruang itu dipukul oeh guru yang bergelar ustaz? Diusaha digantung dan dibuang sekolah kerana perbezaan pandangan? Dimalukan? Dan tahukan anda ini berlaku lebih meluas berbanding sikap mulia yang anda tonjolkan?

guru tidak menggalakkan pemikiran kreatif murid...??? atau menggalakkan murid membina sendiri idea mereka...??
kalau mahu dihuraikan,, terlalu banyak rasanya....
saya katakan: dan bagaimana dengan kelompok guru yang menghalanginya? Kalau pelajar boleh diambil tindakan, mengapa tidak guru?


maaf sy katakan,,, saya sebagai seorang guru tidak faham apa y ingin penulis katakan... apakah kehendak panulis sebenarnya... adakah penulis ingin kami menggerakkan semangat sentiasa memberontak dan mengkritik institusi pendidikan atau struktur organisasi sekolah....????
saya katakan: inilah tuduhan yang selalu dikenakan kepada penulis apabila menyatakan persoalan di sekolah....membakar semangat memberontak!!! A’uzubillah...tidak mahu untuk melihat dari sudut yang mampu membina dan akhirnya guru menggunakan saluran disiplin untuk menghukum...memberontak apa yang ingin kami lakukan? Sedikit sahaja dilempang, dirotan, dibelasah...bodoh la untuk memberontak...mengapa? adakah kritikan itu selamanya negatif? Kritikan atau bahasa lembutnya pandangan kedua adalah bagi membina berfikir sendiri dan menilai secara jujur bukan menurut tanpa usul periksa!! Islakm membina empayar ilmiah yang cukup luas dan kukuh dengan satu jalan sahaja, KRITIKAN! Dan ia dipupuk dengan penuh rasa hormat dan bukan hukum,hukum,hukum!

mungkin sedikit infrastuktur yang kurang baik,,, kami harus membakar semangat murid utk membuat rusuhan agar infrastuktur tersebut diperbaiki...??? masakan kami y merancang pokok disiplin,, kami y ingin merosakkannya..?? adakah murid hadir kesekolah utk menjadi pengkritik tegar,.....??? ayam kafe tak sedap, sekolah kotor, lampu sekolah tak idup, kipas tak sejuk... macam2 lagi la... adakah itu semua salah guru...???
saya katakan: cubalah kita hidup dalam realiti...seorang pengkritik dalam nilaian yang cukup baik bukan mengkritik diluar kemampuan kritikan..bukan untuk menimbulkan isu yang remeh temeh seperti fasiliti, kita sedang bercakap mengenai sistem!!! Sistem yang mampu diubah oleh guru2 secara internal...guru merancang pokok disiplin??? Kdng saya tergelak, berapa ramai guru yang masuk kekelas mulut berbau rokok? Pakaian ketat? Menyindir, kutuk, hina pelajar? Adakah ini pokok rendang disiplin?

ingat lah satu perkara... guru sentiasa menerapkan nilai bersyukur, sabar,,, dan macam2 lagi.. adakah perbuatan tersebut bertepatan dengan demikian...???
satu perkara lagi,, bukan semua perkara dibawah bidang kuasa guru... baget infrastruktur, sukatan pelajaran n macam2 lagi,, bukan dibawah bidang kuasa kami.. guru hanya menjalankan apa y telah dibentuk.. inilah sistem pendidikan msia... guru hanya memperkukuhkannya...
saya katakan: ingatlah, perkara2 itu telah kami nilai dan lalui penuh adab....

adakah objektif utama ibu bapa hantar anak ke sekolah utk melihat anaknya sentiasa merungut itu dan ini...?? tanya la apa hasrat ibu bapa... kami hanya cuba merealisasikann hasrat ibu bapa dan menumpang gembira apabila anak2 kami pandai membaca, pandai berdikari, pandai menyayangi, pandai bergaul dalam pelbagai bangsa dan agama, pandai mengucapkan syukur, pandai mengaplikasikan apa y kami ajar n didik,,, dan paling membanggakan,, pandai mengucapkan terima kasih dengan usaha gigih kami,... (hampir menangis apabila murid mengucapkan begitu).. kami bukan saja mendidik anak2 islam... tapi bangsa msia... itulah tanggungjawab kami...
syukurlah,,, pendidikan kita jauh lebih baik dari negara2 lain..
saya katakan: adakah kritikan ilmiah dikatakan rungutan? Amat tidak ilmiah! Dan kita sedang untuk pelajar sekadar telan apa sahaja tanpa berkata? Walau silap atau mempunyai pandangan sedikit berbeza? Asas pembelajaran bukan sahaja pandai baca atau menulis, itupun burung kakak tua tahu!!! Kita mahu berfikir....dan kita menurut prinsip ilmiah Islam yang anda perlu lihat secara akademik dalam khazanah kitab thurath!! Saya pelik, tidak ada satu negara maju yang mengeluarkan kenyataan, kita punyai sistem pendidikan yang lebih baik, tidak ada...tetapi mereka memang terbaik dan sentiasa bergerak kearah lebih baik dan menghasilkan kajian dan produk2 bertaraf dunia...kiat yang selalu berbanggga apa pun tiada...عجباً لأمركم

berbalik pasa isu BED pada sukatan pelajaran msia.. yee,, sy tahu,, terlalu banyak isi kandungan sejarah tidak dirungkaikan dengan telus... sy pernah bertanya kepada pensyarah,, kenapa isu sebenar tidak dinyatakan dalam buku sejarah msia...???? kenapa guru hanya diam tanpa menghuraikan y sebenar... ingatlah syg... ini pendidikan msia... bukan pendidikan "kerajaan bapak aku"... kertas soalan bukan ckg y buat... sukatan bukan kami y bina... bukan guru tak mahu membentangkan dengan lebih telus... tapi mungkin takut hanya sebahagian y faham y mana di auta n y mana fakta.. dalam kertas jawapan nak jawab y mana..?? kekeliruan itu boleh memberi inpak y lebih besar.. apa y boleh guru buat... andai ada murid y brminat mengupasnya,,, galakkan dia mencari bahan secara individu.. sebab hanya dia y tahu sebab dan akibat tanpa mengelirukan orang lain.....
saya katakan: oleh itu, para guru tidak lah hanya mengajar apa yang anda ingini untuk exam para pelajar, tetapi lakukan pembetulan dan pembaharuan semampu mungkin…itulah yang saya ssebutkan didalam artikel lepas kan?

kesimpulannya... oleh kerana hanya penulis y tahu apa sebenarnya kehendak penulis... sy mencadangkan... penulis menulis sebuah buku berdasarkan ideologi yang ingin diperluaskan oleh penulis... pasarkan dan hebahkan buku tersebut... hadiahkan buku tersebut pada menteri2 berkaitan khususnya menteri pendidikan.. insyaAllah secara umum masyarakat boleh tahu n seandainya ianya boleh difahami dan diterima... mungkin sistem pendidikan di msia boleh digubal semula berdasarkan apa y penulis mahukan... mungkin boleh ditukar corak pendidikan mengikut "citarasa pemimpin bertukar ganti" ini pada masa akan datang.. waAllahua'lam..
saya katakan: cadangan tetap cadangan, dan saya ingin juga cadangkan saudari selalu guru untuk buat kajian atau apa-apa sahaja yang mampu dibentangkan kepada bos-bos anda supaya telus dan amanah dalam mentadbir kementerian...anda lebih layak dan dekat...bukan saya yang diluar profession guru...

p/s.... bukan niat untuk membidas sesiapa.. tetapi hanya mahu memperbetulakna perspektif masyarakat terhadap guru..

11 August 2010

3 idiota : Jawapan dari sudut pandang seorang guru

Forward massage:

IZZAH KAMAR


show details Aug 11 (1 day ago)

assalamualaikum..
disini sy ingin meluahkan pendapat berdasarkan apa yang telah dibicarakan...

tertarik dengan  "p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam".....
  

Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”

guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya.

Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’

tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan.. 
(apa yang dimaksudkan dengan lembu berakal...??)

bersetuju dengan pendapat penulis berkenaan filem 3 Idiots yang mengkritik sistem pendidikan di India.. jujur sy katakan, sy tak tahu adakah sistem pendidikan universiti atau kolej di malaysia lebih baik mahupun tidak. sebab nya mudah saja,, sy tak pernah masuk universiti.. 
tapi kalau berbicara tentang sekolah rendah,, sy pasti sistem di malaysia jauh lebih baik..
berkenaan filem Taare Zammen Paar... bersyukurlah di msia,, sejak dibangku sekolah rendah, sudah terdapat pendidikan untuk kanak-kanak istimewa menjalani pendidikan dengan lebih selesa.. 

sedikit terasa apabila penulis terusan menyalahkan guru.. maaf sy katakan.. sy berpendapat berdasarkan fenomena y berlaku di sekolah,, dan sy sebagai guru..   amat2 terasa la... bukan apa... hampir setiap saat sy berfikir tentang anak2 murid.. apa y mereka suka.. (sy ajar prasekolah, tahun 1 2,3,4).. merancang PnP berdasarkan kepelbagaian kecedasan n kemampuan murid... ingin mengembirakan murid... sentiasa dalam doa ini terselit doa buat anak2 kesayangan agar mereka dapat membaca, berfikiran luas... dan mcm2 lagi.. tapi apa dilemparkan kepada kami...?? kami mengajar lembu...??? syukurla kami mampu mngajar lembu utk berakal.. daripada lembu terus hanyut ntah kemana...

guru tidak menggalakkan pemikiran kreatif murid...??? atau menggalakkan murid membina sendiri idea mereka...??
kalau mahu dihuraikan,, terlalu banyak rasanya....

maaf sy katakan,,, saya sebagai seorang guru tidak faham apa y ingin penulis katakan... apakah kehendak panulis sebenarnya... adakah penulis ingin kami menggerakkan semangat sentiasa memberontak dan mengkritik institusi pendidikan atau struktur organisasi sekolah....????
mungkin sedikit infrastuktur yang kurang baik,,, kami harus membakar semangat murid utk membuat rusuhan agar infrastuktur tersebut diperbaiki...??? masakan kami y merancang pokok disiplin,, kami y ingin merosakkannya..?? adakah murid hadir kesekolah utk menjadi pengkritik tegar,.....??? ayam kafe tak sedap,  sekolah kotor, lampu sekolah tak idup, kipas tak sejuk... macam2 lagi la... adakah itu semua salah guru...??? 
ingat lah satu perkara... guru sentiasa menerapkan nilai bersyukur, sabar,,, dan macam2 lagi.. adakah perbuatan tersebut bertepatan dengan demikian...???
satu perkara lagi,, bukan semua perkara dibawah bidang kuasa guru... baget infrastruktur, sukatan pelajaran n macam2 lagi,, bukan dibawah bidang kuasa kami.. guru hanya menjalankan apa y telah dibentuk.. inilah sistem pendidikan msia... guru hanya  memperkukuhkannya...
 
adakah objektif utama ibu bapa hantar anak ke sekolah utk melihat anaknya sentiasa merungut itu dan ini...?? tanya la apa hasrat ibu bapa... kami hanya cuba merealisasikann hasrat ibu bapa dan menumpang gembira apabila anak2 kami pandai membaca, pandai berdikari, pandai menyayangi, pandai bergaul dalam pelbagai bangsa dan agama, pandai mengucapkan syukur, pandai mengaplikasikan apa y kami ajar n didik,,, dan paling membanggakan,, pandai mengucapkan terima kasih dengan usaha gigih kami,... (hampir menangis apabila murid mengucapkan begitu).. kami bukan saja mendidik anak2 islam... tapi bangsa msia... itulah tanggungjawab kami...
syukurlah,,, pendidikan kita jauh lebih baik dari negara2 lain..

berbalik pasa isu BED pada sukatan pelajaran msia.. yee,, sy tahu,, terlalu banyak isi kandungan sejarah tidak dirungkaikan dengan telus... sy pernah bertanya kepada pensyarah,, kenapa isu sebenar tidak dinyatakan dalam buku sejarah msia...???? kenapa guru hanya diam tanpa menghuraikan y sebenar... ingatlah syg... ini pendidikan msia... bukan pendidikan "kerajaan bapak aku"... kertas soalan bukan ckg y buat... sukatan bukan kami y bina... bukan guru tak mahu membentangkan dengan lebih telus... tapi mungkin takut hanya sebahagian y faham y mana di auta n y mana fakta.. dalam kertas jawapan nak jawab y mana..?? kekeliruan itu boleh memberi inpak y lebih besar.. apa y boleh guru buat... andai ada murid y brminat mengupasnya,,, galakkan dia mencari bahan secara individu.. sebab hanya dia y tahu sebab dan akibat tanpa mengelirukan orang lain.....

kesimpulannya... oleh kerana hanya penulis y tahu apa sebenarnya kehendak penulis... sy mencadangkan... penulis menulis sebuah buku berdasarkan ideologi yang ingin diperluaskan oleh penulis...  pasarkan dan hebahkan buku tersebut... hadiahkan buku tersebut pada menteri2 berkaitan khususnya menteri pendidikan.. insyaAllah secara umum masyarakat boleh tahu n seandainya ianya boleh difahami dan diterima... mungkin sistem pendidikan di msia boleh digubal semula berdasarkan apa y penulis mahukan... mungkin boleh ditukar corak pendidikan mengikut "citarasa pemimpin bertukar ganti" ini pada masa akan datang.. waAllahua'lam..

p/s.... bukan niat untuk membidas sesiapa.. tetapi hanya mahu memperbetulakna perspektif masyarakat terhadap guru...