02 June 2009

Liberalisasi sistem pendidikan @ Simpang 5: antara realiti,harapan atau fantasi?


"Saya menolak wujudnya sistem diktator, arah buat dan hukum bagi yang membangkang tanpa penjelasan"

Liberalisasi dan kebebasan dalam pendidikn mesti dilihat dari satu sudut yang terlalu kritikal. Isu ini disifati kritikal dalam jangka waktu kini. Ironinya, ia dilihat antara harapan besar sebilangan pejuang pendidikan liberal dan fantasi golongan ortodoks. Secara jujur (maaf penulis terpaksa menggunakan ayat skematik bagi rujukan umum) apabila kita melihat sistem pendidikan negara yang amat meletakkan exam sebagai ukuran tertinggi dan mutlak dalam menilai prestasi pelajar,ia bermasalah.

Tidak dinafikan, exam adalah salah satu cara menilai, tetapi dengan menjadikan ia adalah penentu aras mutlak keatas pelajar, komplikasinya cukup jauh. Fakta dan hakikatnya dihadapan kita. Penulis mengambil contoh di Simpang Lima, contoh terdekat. Dengan berbangga pelabelan SMKA, kita menjadikan asas P&P adalah agama. Segala gerak geri dan tindakan pentadbiran dijustifikasikan dan dilentur atas nama 'agama' walau ia bukan berbentuk agama! ingat, saya katakan, tulisan ini bukan berbentuk kritikan kerana benci namun "mengkritik bukan bermaksud benci, memuji bukan bermaksud menyokong".

Semenjak kita mendaftar pada tahun 2001, suasana pemikiran pendidikan keatas pelajar bukan bersifat cemerlang dan gemilang. Saya kadang kala bersifat menghukum awal dan akhirnya tersedar akan kesilapan itu, namun konklusi yang saya dapat lihat daripada kesilapan yang saya 'lakukan' itu, Simpang Lima kekurangan pentadbir yang tegar untuk berkata: "Kami silap, tunjuk dan bantu kami" melainkan saya pernah dengar kata-kata ini hanya dari dua orang bekas pentadbir SMKA Simpang 5, Allahyarham Ustaz Sabri Mohd Noor dan Cikgu Fauziah Ahmad Milatu. Saya terpaksa nyatakan.

Namun, ingin saya kalungkan penghargaan buat Datin Hjh Zakiah yang telah melakukan perubahan kosmetik Simpang 5 (S5) dengan amat radikal. Namun, batin S5 adalah sama. Menyedihkan... Segalanya bermula bagi yang tidak bersama team 'ketegaq' alumni batch 14 S5 yang tidak henti-henti ingin 'menyumbang' sesuatu kepada S5. Pada pertengahan tahun 2007 ketika cuti Sem, lebih kurang 20 tenaga komiti dan fasilitator secara 'semberono' bergerak untuk memberikan motivasi untuk 'adik-adik' yang masih bersisa di S5. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas sumbangan kerja anda.

Namun, mungkin kesilapan 'kesemberonoan' saya sebagai kepala program, program ini tidak dilihat positif at all oleh sekolah kerana beberapa tindakan kami. Bersama saya, Jay (bukan nama sebenar), Perut(bukan menggambarkan gemuk), Gulung (bukan nama samaran), Luke(majis) yang selalu secara core membantu program. Kami mendengar rintihan pelajar akan apa masalah yang mereka hadapi dan sebagainya. Hasilnya rungutan, makian, carutan dan hinaan dilemparkan terhadap guru-guru dan pentadbiran. Kami tak terjangka masalah yang mereka hadapi adalah lebih teruk dari yang disangka.

Dipendekkan cerita, slot yang menjadi buruan, heart 2 heart session bagi luahan terhadap masalah mereka yang akan kami rekodkan sebagai report kepada pihak sekolah bagi tindakan. Report itu diserahkan kepada Puan Fauziah Ahmad Milatu di akhir program. Saya dikejutkan dengan laporan itu dibaca di perhimpunan dan Datin Zakiah menangis kerananya dan berhasrat mengundur diri. What the heck! kami digambarkan mengapikan pelajar bagi memberontak, meluahkan perasaan membuta-tuli, mengeluarkan kata-kata melampau terhadap pentadbiran. Dan ada dikalangan kawan-kawan menyatakan, "Abu dah buat hal lagi". Saya sekadar senyum namun senyuman saya tidak membentuk lesung pipit macam Jay. Saya sukacita menjawab tuduhan ini:
  1. Kami dilihat sebagai penghasut. Hasutan bagaimanakah yang ingin dilabel kami ini? Ketika kami mendengar pelajar yang salahnya adalah kerana tidur diatas lantai kerana kepanasan akibat wujudnya kipas yang satu sahaja yang ada didalam bilik berkapasiti 20 orang dan kemudian dipukul dengan selipar capal berulang kali sehingga putus dan ditambah lagi selepas putus. Warden itu yang berstatus 'ustaz' yang pernah menjual soalan percubaan daerah kepada para pelajar ini didiamkan. Adakah dengan meminta pelajar mengadukan tindakan bersifat 'binatang' ini pada kesalahan yang bukan kesalahan namun fitrah manusia kepanasan adalah hasutan? Kemudian ditambah baru-baru ini tindakan seorang guru yang diketahui berfesyen kemeja putih daily memukul seorang pelajar dengan kayu dikepala kerana tidak tight in. Apabila kayu itu patah, diambil kayu yang lain. Ya Salam... ini ajaran agama dan akhlaq Islam? Dan mereka yang meminta supaya dibantah tindakan ini adalah penghasut?
  2. Laporan yang diberikan berbentuk celaan,makian terhadap sekolah. Saya rasa pihak pentadbir perlu dengan telinga mereka sendiri ayat para pelajar sebelum kami edit laporan yang diserahkan. Confirm resign, pencen dan tak nak pun ambik duit pencen.
Saya meluahkan segala ini kerana, kami telah siap siaga dengan semua modul, paper work, persiapan dan segalanya untuk menjalankan program yang sama pada 19-21 Jun 2009. Kami telah dibenarkan pengetua yang baru, Pn. Fatimah Abdullah menjalankan program. Sehingga semua program yang diadakan seperti Lawatan Exco ke Langkawi diarahkan batal. Kemudian dipetang pada hari yang sama berlangsung meeting guru-guru yang membantah program kami. Saya tiada kata ketika dihubungi program kami dibatalkan.

Akhirnya saya merisik pada seorang guru yang rapat dengan bilik exco kami tahun 2005, pembatalan ini dilakukan kerana tidak mahu masalah timbul kerana pelajar tahu untuk mengkritik... Allah... saya berhajat mendapatkan penjelasan Puan Pengetua sekali lagi, dan walau apapun penjelasannya, peristiwa pada tahun 2007 itu semestinya diambil kiran kerana ego dan jalan cerita mereka yang tidak senang dikritik.Inilah apa yang saya katakan Liberalisasi dan Kebebasan Pendidikan adalah kritikal!

Pelajar ditekan, dibebalkan dengan gaya pendidikan kuno yang bersifat lempang dan terajang. Penulis mengusulkan pada S5 agar ditubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar bagi wujudnya komunikasi 2 hala antara pentadbir dan pelajar. Saya menolak wujudnya sistem diktator, arah buat dan hukum bagi yang membangkang tanpa penjelasan. Saya ingat lagi ketika saya dikenakan tuduhan, tindakan pada akhit T2 dan T3. saya diherdik mengapa dan mengapa. Bila dijawab soalan itu, diherdik kembali: "ha! menjawab,menjawab". Pang...berpusing sereblum.

Saya terkesan kata-kata Assoc. Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyatakan wujudnya tindak balas negatif terhadap kebebasan yang disekat dan dikawal buta tuli. Jangan mereka, saya pun akan bertindak balas kalau dipukul tanpa sebab atau tak setimpal. S5 terlalu kritikal untuk berubah. Perubahan ini teramat diperlukan. Wujudnya pendidik yang bersifat 'binatang' dalam mendidik adalah merugikan umat dan bangsa. Kekerasan diperlukan kadang kala bukan kerap kali. Untuk kesilapan bersilap dilempang bagai, amatlah kejam dan dilarang memukul dibahagian kepala dalam hadith (riwayat Bukhari). Sekolah ditubuhkan atas dasatr mendidik pelajar. maka, subjek utama adalah pelajar.

Kita tidak menafikan pelajar wajib menghormati guru-guru namun kiranya kita mengharapkan pelajar yang datang adalah kesemuanya cerdik dan akhlaq yang tip top, rasa nya sekolah bukan bersifat mendesak. Maka sekolah dan guru patut mendidik mereka yang bersifat 'kurang ajar' dan inilah tujuan sekolah ditubuh. Adakah sifir semudah ini pun susah hendaj difaham?! Negara maju telah membuktikan teori kekerasan adalah silap dan mereka membina tamadun daripa itu.

Terima lah S5 perubahan. Anda didik dengan kekerasan dahulu kerana cabaran anda adalah Pop YEh YEH dan kami dicabar jauh lebih hebat. Jangan lah keras kepala dan akhirnya anda akan dicela!


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Owh. So that was the 'real' probs huh?

    Have you guys negotiate back with them. They should entrust korang untuk teruskan program tu.

    School staffs sepatutnya broaden their mind. If they get pissed by the previous adverse effects, bincang la dengan kita so that we can do muhasabah and fix it.

    Menghukum gantung tanpa beri peluang pesalah bertaubat sesuatu yang tak munasabah.

    Great spirits always encontered by violent opposition of mediocre mind. Sabar je lah kan.

    Rabbuna yusahhil.

    ReplyDelete
  3. wallahua'lam...kami rasa mcm negotiate bkn lagi terbaik. kami bercakap, berbncang dgn nada yang amat terbuka dan menerima, namun, hasilnya adalah dihadapan semanis madu, dibelakang se'tengik' najis...sikap muka2 amat mendukacitakan! yang ada untuk membantu sekadar 'kecut' untuk membantah dan menyatakan pandangan..hasilnya, kami terkena.

    ReplyDelete
  4. tang tu paling pedih bile kne.. depan2 janji manis belakang2 citer laen..

    seolah2 dorang goyang kalo nak bagi keputusan depan2. kemungkinan laen, terdpat 3golongan, yang memang anti, yg 50:50, sokong (sikit2)..

    kat situ bleh nmpak, cara sekolah berfikir. hmm so ade idea what next?

    ReplyDelete

umpatan anda pula?