24 June 2009

kita sudah dewasa? anda berani berubah?

kalau dulu, kita tak terfikir akan wujudnya suasana sebegini. tengok balik apa yang Jai dah usahakan, gambar-gambar time 'muda-muda' menjadikan aku (mungkin hangpa gak) antara segan dan insaf. ia menjadikan aku terpikir: apakah yang akan kita lalui for the future? untuk bekeluarga, menjaga dan mendidik anak orang, mendidik dan membesarkan anak sendiri. hah! mungkin agak gila untuk kita pikir rite? but, we have to face it either cepat atau lambat. ada member yang dah kawen, aku doakan barakallah laki wa baraka a'laiki wa jama'a bainakuma fi al-khair...

harapan aku, moga segalanya bermula dengan kebaikan dan berakhir juga dengan kebaikan. demi allah, aku macam tak caye ada kengkawan cam korang. alhamdulillah. aku 'hidup' dengan korang. really! coz of that, aku x tinggalkan masa yang ada time cuti berbulan-bulan utk lepi umah? sapa yang dah pernah mai umah aku, akan lihat timbunan kitab yang aku hadamkan. aku sronok ngan semua ni tapi aku jugak a common human yang tau berkawan dan berhibur... ada yang kata aku agak 'liberal' walau aku x segan dan tak takut katakan aku adalah pendokong dan pemaham mazhab al-salafiyyah yang penuh kekurangan tapi aku terbuka menilai dengan al-Quran & al-Sunnah. kadang aku rasa aku hidup dalam penipuan coz aku tak tau nak express sapa aku selain korang. aku titipkan semua ini agar semua yang ingin berjinak dengan dakwah dan yang tak tau apa tu dakwah dan yang rasa 'aku hidup dalam dunia untuk aku, aku gembira dan aku x buat dosa, aku solat, cukup....'! aku ada senarai rujukan yang bukannya panjang dan banyak mana, namun aku abadikan hidup aku untuk semua ni... untuk tatapan dan rujukan anda, aku senaraikan kitab2 hadaman aku:

1) Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan
-Syeikh Abd Rahman al-Sa'di (1 jilid)
2) Fath al-Qadir
-al-Imam al-Syaukani (5 jilid)
3) Safwah al-Tafasir
-Dr. A'li al-Sobuniy (3 jilid)
4) Adhwa' al-Bayan
-Al-Imam Mohd. Amin al-Syanqitiy (10 jilid)
5) Tafsir al-Quran al-Azim
-Al-Hafiz Ibn Kathir (4 Jilid)
6) Tafsir wa al-Mufasirun
-Dr. Hussain al-Dzahabi (2 jilid)
7) Ahkam al-Quran al-Sughro
-al-Imam Ibn al-A'rabiy (1 jilid)
8) Sahih Muslim (1 jild)
9) Sunan Abi Dawud (1 jilid)
10) Sunan al-Tirmizi (1 jilid)
11) Sunan al-Nasai (1 jilid)
12) Sunan Ibn Majah (1 jilid)
13) Sunan al-Darimiy (1jilid)
14) Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy li Ibn Hajar al-A'sqalaniy (14 jilid)
15) Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy li Ibn Rajab al-Hanbaliy (6 jilid)
16) Ikmal al-Mu'lim bi Fawaid al-Muslim li Qadhi I'yyadh (9 jilid)
17) A'un al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Dawud (8 jilid)
18) Tuhfat al-Ahwaziy syarh Sunan al-Tarmiziy (10 jilid)
19) al-Adab al-mufrad (1 jilid)
20) Siyar a'lam al-Nubala' (3 jilid)- ni asal kat 25 jilid, dikecilkan
21) al-Muwafaqat (1 jilid)
22) al-Umm (11 jilid)
23) Zad al-Maad (3 jilid)
24) al-Muhalla (11 jilid)

dan hampir 50 buku2 lain yang bukan core...wallahu a'lam

apa yang aku ingin sampaikan bukanlah bersifat menunjuk, namun inilah yang 'golongan ustaz' perlu hadam sebelum berani untuk bercakap agama...bukan aku katakan untuk dakwah anda perlu hadam semua sekali seperti ini (malahan aku boleh katakan ini sekadar paling tinggi 15 % daripada rujukan kami). aku gembira melihat tulisan2 kengkawan dalam blog2 yang cukup menyedarkan aku, kadangkala kita lalai. seronok rasanya...macam hidup dalam suasana zaman Nabi SAW... bila baca, sejuk, insaf dan byk lagi. cuma, ada beberapa kritiakn dan pandangan yang perlu diperbaiki dan dilihat semula. ayat2 yang menyindir, menghina dan 'berfantasi' seakan kita sememangnya hidup dizaman nabi saw, adalah amat tidak sesuai. aku sukakan keterbukaan dan leisure dalam pergaulan selama mana ia mampu dikawal. ada yang bercakap dan menulis byk tentang cinta, antara lelaki dan wanita (of course la), ngan Allah taala dan seumpamanya. namun, kadang kala kita hidup didalam planet kita sendiri sehingga kita lupa yang kita adalah 'syok sendiri' dan berfantasikan transformer duduk ngan kita.. maaf saya katakan, kadang kala kita melihat dari satu sudut yang cukup sempit kerana kita hidup dikalangan mereka yang yang pijak semut bukan sahaja tidak mati malah beranak pinak! itu pijak dah! anda akan sedar betapa complicated nya dunia dengan anda terjun kedunia ini dengan ikhlas membantu...bukan aku menafikan kebaikan anda menulis tentang semua yang menyedarkan ini, malah aku tegaskan pendirian aku terhadap tulisan2 sebegini diawal tadi, namun aku didatangi seorang yang nothing tentang agama dan bertanya: dosakah saya bercouple ustaz? dengan bercouple, saya telah musnahkan perasaan saya yang cenderung kepada kaum sejenis saya. nak tercabut mata aku! (x per haziq ngan ammar boleh betulkan rite?haha) adakah ketika ini aku nak nasihatkan dia supaya dia duk umah, puasa jgn kuar2 dan x yah pi kelas? aku bingung, dan aku sekadar katakan : tetaplah dengan agama, solat jaga dan kawal nafsu anda dengan puasa...carilah kebaikan atau usahakan perkahwinan... hmmm? namun kalau perkahwinan bukan yang terbaik dengan masalah kewangan,tanggungan itu ini, pelajaran? adakah teori ustaz rahim ajar, us hatim bebel kat depan anda boleh aplikasikan? jawablah dengan hati korang! tapi aku katakan: teruslah menulis wahai kengkawan yang memilih jalan untuk berdakwah, namun perbaiki dengan ilmu dan kefahaman yang sahih al-salaf al-soleh! kuncinya, banyaklah membaca tulisan para ulama' mu'tabar!

Disamping itu, adakah aku ingin sampaikan yang lain, yang bukan aliran ni, yang cuai dalam berpakaian, otak gila2, suka hati kuar ayat adalah baik, bagus? tak...namun anda bukannya teruk namun sedikit pembaikan diperlukan. ada yang couple, ada yang berlebih dalam couple juga bukan nya baik dan completely berdosa! maaf aku katakan...belajarlah menerima kebenaran dan hakikat. kita hidup bukan sekadar nafsu perut dan dibawah perut! anda perlu tahu objektif dan hala tuju anda pergi... aku harap semua yang bercouple dan ingin mendirikan kuarga yang baik, hiasilah per'couple'an anda dengan baik dan religously. untuk aku katakan : haram couple. perempuan sebelah sana, laki sebelah sini. duk senyap2! hahaha...cam bengap plak. ia bukan cara dakwah. semua tau keterbukaan aku menerima semua ni, harap anda paham2 untuk berubah. x seronok plak ada yang bawak perempuan cam barang mainan, dan mereka permpuan bukan lah seperti itu. itulah kenapa agama ingatkan, kalau lelaki yang buat camtu, bayangkanlah ibu,adik,kakak kita diperlakukan seperti barang mainan camtu...pecah hati rite? dan mereka juga ada abang dan kuarga yang berfikir kearah itu...

Oleh itu, zaman dan dunia hari ni, memerlukan korang pikir sendiri. agama bukan mendesak anda tinggalkan dunia, namun mencorak kehidupan biasa anda dengan agama. agama bukan membuang jeans tukar ngan slack, t-shirt ditukar jubah, topi ditukar serban atau kopiah dan seumpamanya. kekallah korang ngan jeans,t-shirt, topi kalau pakai tapi beriltizam ngan agama. solat 5 waktu bukan ikut lapang. at least, jangan tinggalkan fardhu bro! itu paling kurang... aku tulis benda camni agar aku ingat n korang pun sama2 ingat. aku menulis untuk semua berkongsi. aku xkisah ada yang x puas hati. kita ada ruang komen. aku silap aku tarik balik, aku betul sama hadam k. aku mengharap sangat blog dan tulisan ini mapu dibincang dengan semangat kengkawan n we can ger some benefits from it.. thanks for reading. barakallahu fiik...............bye2!

3)

4 comments:

  1. posting abu kali ini paling masyuk gua rasa, lebih mesra rakyat dan sekali sekala kena tempias.

    pejam celik, hampir 10tahun kita berkenalan, bermula konflik bersama disekolah, berjuang mempertahankan kebenaran dijalan berduri diikuti aktiviti bersama, beraya bersama setiap tahun.

    gua rasa cambest (dan harap kalian juga begitu) kalo hubungan tu dapat kita kekalkan hingga bila-bila. Sebab kita sudah ada sejarah bersama, hampir kenal perangai masing-masing.

    Kunci yang penting, jangan malas mencari mereka, atau kalau sudah ada yang menganjurkan aktiviti, korbankan sedikit usaha untuk men'support' tanda anda juga mengambil berat ttg empayar ini

    gua dapat kabar, yang semakin ramai mendekati puncak kejayaan, kita ada bakal2 doktor, optometris, cikgu, karyawan, engineer, pembela agama dll (maaf kalo ade yang xdan sebut).

    jadi amatlah bermanfaat jika konsep 'sesuatu untuk di'kongsi bersama' dijalankan.. BERSAMA-SAMA agar hasil yang diperolehi berlipat ganda. sekian

    ReplyDelete
  2. yap..penulisan yg terkesan utk dihadamkan...
    tahniah bt abu krn bt aku sdkt terkedu dan mmbtkan ak brjya mghbskn ksluruhan pnulisan slps bbrpa posting yg lps xdpt dhadam dgn jayanya..

    ReplyDelete
  3. thanx! moga memberi pandangan dan kritikan yg baik...

    ReplyDelete
  4. cam x berani je nak berubah
    2 bulan merase bosannye kehidupan setelah bekerje
    tiap hari menunggu hari minggu, boleh lepak kat umah je, klo keje, awal pagi kuar rumah, balik petang,malam dah penat then tido..esok ulang balik
    bak kate abang ak..macam ape je hidup macam tu..lagi2 kat bandar cam KL tu
    lalu sek tengok budak2 sek..comel btul!
    rindu plak nak g sek..tapi x nak pakai uniform, bleh tak?
    makin hari makin tua...mean hidup makin singkat
    tapi...
    rase nak belaja je kejenyer..tapi belaja pakai duit..klo keje dapat duit..hish pening2
    kesimpulannyer...same2 la kite menjadi org yg bersyukur...

    ReplyDelete

umpatan anda pula?