Showing posts with label updated news. Show all posts
Showing posts with label updated news. Show all posts

02 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi kedua

Alhamdulillah, dapat juga menyambung untuk sesi kedua ni. Untuk kali ini, lebih banyak rumah dapat dikunjungi dan ‘mereka’ pun semakin memahami konsep “datang berziarah” bukan “datang bersembang tak ingat dunia”. Maka 20 minit telah ditetapkan untuk setiap rumah (‘mereka” yang menetapkan bukan ‘kami’..erm,menakjubkan). Owh ya, ahli baraan pun lebih ramai berbanding sesi pertama.

Okay, jom zoom sesi baraan kali ni.. sebelum tu, sila fahami kata ganti diri yang digunakan ye..(rujuk baraan syawal 1431 h sesi pertama)

Hari kedua, 5 syawal/14 september/selasa yang bahagia

1. Rumah syazani a.k.a zack

Tak dapat nak cerita banyak kerana ku tidak dapat hadir ke sini. Tetapi mengikut informasi, ada ‘mereka’ yang baru sahaja mandi walhal ramai sudah menunggu untuk bergerak ke rumah seterusnya.

2. Rumah syafiqah a.k.a syap

Menu khas: bihun goreng & pulut kuning

Ada berlaku kemalangan kecil yang ku tidak pasti siapakah yang terlibat. Pagi2 lagi dah ade kecoh2.

‘mereka’ yang sedang berbincang sambil menjamu selera

Dan ‘mereka’ lagi.. Lokasi berhampiran tempat kemalangan kecil.

3. Rumah wan nurhanis a.k.a hanis

Menu khas; nasi lemak, mee jawa

‘Kami’ yang masih belum siap menjamu selera telah pun dipanggil oleh ‘mereka’. Nampak kan improvement ‘mereka’..

4. Rumah farah

Menu khas: nugget, mee goreng

Seperti biasa, bersembang2 sambil menjamu selera.

5. Rumah syukri a.k.a syuk

Rumah yang diziarahi tanpa dirancang. Sebenarnya, sebelum tu, kami semua telah cuba menerjah beberapa rumah cikgu sekitar taman makmur (kalau ku tak salah) tapi semua cikgu pun tiada. Dan sedikit kemalangan kecil lagi sekali telah berlaku, mungkin dari insan yang sama..err..ku kurang pasti.

6. Rumah cikgu arfah

Cikgu sejarah dan bahasa melayu yang amat dedikasi. Cikgu panggil kami semua putera-puteri, membuatkan ku terkenang-kenang zaman sekolah dulu. Dan paling best, en.abu diminta membacakan doa makan. Serius, memang cam kat sekolah.

7. Rumah cikgu azlina

Cikgu amat berbesar hati dengan kedatangan kami yang telah pun memenuhi ruang depan cikgu sehingga bersesak-sesak.

8. Rumah suhaila

Menu khas: mee goreng

Kelihatannya semua sudah penat dan senak perut. ‘Kami’ & ‘mereka’ berehat untuk menyahut seruan Ilahi di waktu zohor. Berpecah juge lokasi solatnya. Kebanyakan ‘mereka’ solat berjemaah di surau Taman Setia Jaya (owh,tamanku yang best) dan 'kami' menumpang solat di rumah syida.

9. Rumah syida

Menu khas: mee bandung

Semua kembali kelaparan&berselera sekali. Mungkin kerana telah mengadap Ilahi, perut pun stabil semula.

Kegembiraan ‘kami’ yang bertemu dengan sahabat yang sentiasa dekat di hati

10. Rumah mahfuzah@ustaz hafid

Menu khas: kentang goreng dan nugget

Ustaz kurang sihat. Moga Allah beri kesembuhan padamu, ustaz. Ini adalah antara rumah terakhir dikalangan ahli2 baraan kerana ade yang terpaksa pulang lebih awal.

Sesi bergambar kenangan berhampiran rumah ustaz sebelum sebahagiannya pulang lebih awal

Bahagia rasenya berkumpul kembali

11. Rumah cikgu alim

Menu khas: buah-buahan segar dari ladang

Serius, sangat menyedapkan perut bila dapat menjamu buah setelah meredah terik mentari. Dan tentu sangat seronok bertemu cikgu semula. Sebenarnya, ‘kami’ mendapat panggilan semula dari cikgu untuk ziarah setelah terjahan pertama (taman makmur) tu cikgu keluar rumah sebentar.

12. Rumah hafizi a.k.a PG

Tak ramai yang ikut ke sini. Mungkin ramai yang sudah tidak larat dan pulang lebih awal. Tapi tempatnya memang indah permai dengan pokok rambutan yang rendang.

13. Rumah syazwani nabila a.k.a benjo

Menu khas: ku tak berapa ingatla benjo..ampun maaf

Tapi hidangannya memang best. Di sini pun berlaku perpisahan sebahagian besar ahli baraan. Kire rumah terakhir untuk sesi ini.

14. Rumah madiha

Menu khas: nugget dan kentang goreng

Ku mendapat jemputan khas ke sini. Maka, ‘kami’ & ‘mereka’ yang tinggal berdua ingin memenuhi jemputan tetap bergegas ke sabak bernam walau jam sudah hampir pukul 6. Masih seronok berkumpul walau ahli baraan hanya tinggal kurang lebih 10 orang sahaja.

Inilah ‘mereka’ yang terpaksa komited untuk sampai ke sabak bernam.

Sekian dulu…maaf jika terdapat kekurangan.

Sepanjang kembara ni, ku panjatkan kesyukuran di atas ikatan hati yang Allah titipkan pada kite semua hingga hari ini dan moga ukhwah ini berkekalan ke syurga. Kesan dari nasyid Doa Rabitah kot..

yang mana masih ingat, jom kite semua baca nasyid Doa Rabitah cam kat sekolah dulu..

“hati ini telah bersatu”

“bersatu memikul beban dakwahMu”

“Hati ini telah berpadu”

“Berpadu...." dan baru kusedar rupanya, ku pun sudah terlupa nasyid ni..jadi pada sahabat yang masih ingat boleh disambungkan untuk tatapan bersama. (ampun maaf ye)

~sekian,Assalamualaikum~

Terima kasih semua

p/s: owh ya, credit to syap for the pictures again n credit to en.mukhlis menumpangkan ku&rakan2 (hanis, syap,umeng)untuk sesi ini juge cik mahfuzah yang membawa ku&rakan2 (syap,hanis) ke sabak bernam. Terima kasih.

01 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi pertama

Salam. Moga sahabat2 semua sentiasa dalam limpah rahmatNya. Lama tak post sesuatu di sini. Jadi ku fikir ade baiknya catatan yang asalnya untuk simpanan peribadi ini dikongsi bersama. Untuk tatapan sahabat2 yang tidak dapat ikut baraan ni dan sebagai catatan kenangan pada sahabat yang mengikuti.
Sebelum itu, ku mohon jutaan maaf jika ada perkataan yang akan mengguris@menyakit hati.. jika ada rumah yg tertinggal sila beritahu padaku..dan ampun maaf kerana aku insan biasa yang bias terlupa..
dan sebelum membaca sila fahami kata ganti diri yang digunakan.
i. Ku = penulis
ii. 'kami’ = cik-cik puteri
iii. ‘mereka’ = encik-encik putera

Jom kita kenang-kenangkan sesi pertama, 4 syawal/13 september/isnin

1. Rumah amir a.k.a. mentol
menu khas: cucur udang @ bilis..err..ku kurang pasti. (ampun maaf)
Masih menanti rakan2 lain. Mengambil keputusan untuk berkumpul di sekolah sahaja.

2. Sekolah kesayangan semua
Cadangan asal: menziarah kuartes guru dalam sekolah.
Sekali kena temu ramah dulu dengan pak cik guard garang dan dikabarkan semua cikgu masih belum pulang beraya. Serius, sekolah banyak mengalami perubahan alam sekitar. Takpe masih sempat bergambar kenangan di sini. Besoknya, baru tau teacher zu ade je kat rumah. Takde rezeki kami semua.

Sekolah kesayangan kita semua…

3. Rumah cikgu jaharah
Takde rezeki nak jumpa cikgu kerana cikgu sudah keluar. Takpe, ziarah rumah pun ok.

4. Rumah cikgu bosrawi&cikgu latifah
Menu khas: nasi impit kuah kacang (dalam polistrin lagi) dan gula2 koop..
Seronok sembang2 dengan cikgu. ‘mereka’ sampai marah ‘kami’ kerana keluar awal sangat.

5. Rumah syazwani a.k.a wani
Misi lain: menjemput cik syazwani untuk menyertai baraan ini.
‘mereka’ masih berlenggah-lenggah dan ‘kami’ terpaksa bersabar menunggu.

‘kami’ yang sedang menunggu untuk pulang

Tapi ‘mereka’ yang baru nak naik rumah..sabar je la

6. Rumah umi nurfatin a.k.a umeng
Ramai yang baru sampai di sini. Menambahkan lagi ahli2 baraan. Umeng sempat memperkenalkan ANAK saudaranya kepada ‘kami’. ‘kami’ siap passing2 dalam halaqah lagi dan ‘mereka’ bersembang2 dgn kawan2 yg baru tiba.

7. Rumah nurnadiah a.k.a nona
Menu khas: laksa
Terima kasih nona&family menyediakan lunch istimewa pada hari tersebut. Juga ‘kami tumpang bersolat. Dan ‘mereka’ solat berjemaah di masjid sekinchan.

8. Rumah (ku terlupa namanye, ampun maaf) a.k.a jawa
Menu khas: bihun tom yam
Mendapat jemputan tiba-tiba setelah masing-masing tiada arah tuju kerana plan yang belum lagi tersusun. Apa salahnya, berkumpul untuk ziarah sahabat-sahabat kan..

‘mereka’ yang sedang lepak-lepak seperti biasa


9. Rumah arif anuar
Ramai terlepas rumah ni sebab tersesat kerana kereta paling depan sekali terlalu lajunya.


10. Rumah azizuddin a.k.a odin
Menu khas: bihun sup
Rasanye ahli rombongan makin bertambah-tambah.err..ku pun kurang pasti juga tapi kelihatannya begitu la. Yang penting, ramai dah penat.

Antara ‘mereka’ yang menyertai

Deretan kereta-kereta yang menyertai konvoi

Dan deretan kereta lagi

Dan lagi..
p/s: sebenarnya kereta-kereta ni tidaklah digunakan semaksimum kapasitinya maka jangan menganggar bilangan ahli berdasarkan bilangan kereta..okay?

‘kami’ yang mahu berangkat ke rumah terakhir dan ‘mereka’ yang semakin cepat bergerak. Alhamdulillah.

11. Rumah mariam a.k.a mary
Rumah last untuk sesi pertama. ‘kami’ & ‘mereka’ tumpang solat asar.
Bersurai dan merehatkan badan untuk sesi seterusnya..

Sekian dulu untuk sesi pertama, insyaAllah akan disambung untuk sesi kedua..

Credit to syap untuk gambar. Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi untuk kemaslahatan semua khususnya ‘kami’, hanya gambar yang terpilih sahaja diletakkan.

Credit to lela yang sudi menumpangkan ku untuk sesi baraan ini.

07 February 2010

sekitar walimah.






cupcakes ni dah buruk sbb 3 jam duduk dlm trenco dr alex.



more pics here.

26 January 2010

Jemputan Walimah

barakalluhulakuma, wajama3a bainakuma bilkhair insya Allah wa amiin ya rabb.


(klik pada gambar untuk paparan jelas)


Saya bagi pihak Syaidatul Syakila Aini, menjemput rakan taulan sekalian untuk menghadiri walimah beliau pada butiran seperti tertera di atas. Titipan doa amat dialu-alukan. Terima Kasih.

:)

01 December 2009

Pantang Larang Mandi Sungai






*gambar kat atas, bukan diambil oleh kami, hanya sedut sebab tadi hujan so kameraman takdapat beraksi

Huh, kehadiran kami ke Air Terjun Sungai Gabai disambut oleh awan mendung lantas hujan beberapa ketika selepas itu, jadi air yang terjun tadi beransur-ransur menjadi keruh+kelajuan tinggi. Nafsu untuk mandi manda terbantut lantas mencacatkan episod percutian kali ini.

Jadi ingin aku kongsikan beberapa pantang larang (tips-tips la lebih kurang) untuk korang mandi-manda.
  • Pastikan korang kenal pasti jalan menuju jika tempat mandi tersebut asing bagi korang, pakai google maps pun orait.
  • Semak jadual cuaca untuk hari perjalanan, ini amat penting kerana cuaca yang tak sesuai untuk aktiviti amat mempengaruhi emosi peserta.
  • Bawak pakaian yang sepatutnya, suar pendek yang menutup aurat, baju nipis untuk lelaki, bola pantai dan lain-lain. Kalau boleh dan pakai siap, senang sikit, sampai terus terjun.
  • Bawak'lah bekalan makanan sedikit, paling basic, roti gadinia, air masak 2liter & tuna. Sebab lepas hepi-hepi dalam air, perut korang memang ralat'lah.
  • Kalau boleh, pastikan peserta yang join aktiviti tersebut ada yang handal berenang (senang kalau ada yang buat-buat lemas), ada yang tak pandai berenang (untuk jaga barang & ingatkan member-member jangan lupa diri), bonus kalau ada yang pandai masak, boleh layan bbq+nasi goreng.
Buat masa ini itu sahaja, kalau korang ada tips jugak, kongsikan sahaja di'ruangan komen.

p/s: aku baru dapat gambar-gambar hangat dari cik walid & haziq, tunggu~

    30 November 2009

    MTB di Sungai Gabai

    MTB adalah singkatan bagi mandi tanpa bogel bahaya, dicadangkan oleh cik walid pada lewat tengah malam semalam, selepas abis menengok cerita bunuh-bunuh Ninja Asassin.

    Yah, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, selepas confirmation kedudukan en majis, plan berubah untuk bertolak pada sebelah petang, selepas zuhur..

    Unutk pengetahuan, seluar pendek  berus gig ditaja khas oleh cik walid, aku harap panduan yang google berikan jitu, dan cuaca elok untuk kami bermandi manda.Kepada mereka yang ada masa lapang tetapi tak join, doakan supaya kami selamat pergi dan balik ya?

    Dan kepada debaters universiti, semoga berjaya..kami pergi mandi manda dahulu~

    26 September 2009

    Cebisan Perjalanan Ke Simpang5 - Edi Fiitri 2009

    Kalau kalian perasan, gua semapt post something sebelum baraan sempena baraan Eid Fitri 2009 untuk ahli tegar empayar14 ni. Tak percaya? usha sini.

    Alhamdulillah baraan mengejut tersebut telahpun success sepenuhnya, walaupun terdapat sedikit misunderstand, penggulingan kuasa berlaku, serta undi tak percaya.haha

    Secara kasarnya, 14 rumah telah pun berjaya dilawati, namun gambar untuk perjalan raya tahun ini kurang berbanding sebelumnya, mungkin kerana gua tidak lagi segairah secargas dulu. Sembang banyak pun xguna, silalah usha ea~


    rumah pertama yg bertuah, cik akie.. thanx 4 da breakfast :D



    then kumpul kat rumah bufon, kelihan ramai gadis-gadis melayu.hehe



     betul..ramai~

     
    rumah seterusnya, cik mariam.. eh, ape kena walid ni?


    sempat lak pose luar rumah,ces



    pose kurang menarik depan rumah farah



    yeah, hidangan gua kira agak menarik



    siap bertambah-tambah



    gurlz + seorang lelaki lepi kat meja (nangis awek kat kg kalo taw.haha)



    keesokannya.. didepan rumah cikgu Fauziah Milatu


    betullah, ni rumah cikgu Fauziah Milatu.. bukan banglo tipu taw



    diperkarangan rumah Farhana Yahya



    agak sayang, xsemat candid gambar reramai kat dalam.. gambar majis ape barang?



    ketika menjamah dirumah zahid (wak ang)



    weyh, g smayang jumaat weyh



    tatkala dirumah udin



    w'pun udin tiada ketika itu.heh



    bergaya didepan rumah cikgu mutalabisin



    rumah terakhir sebelum kami berangkat pulang


    Sebenarnya, banyak lagi guna nak nukilkan disini cuma kadang-kadang susah ckett, so.. kepada yang tak dapat join, luangkan lah masa sedikit, untuk tahun-tahun hadapan, kalau-kalau ade rezeki, umur yang panjang, kita kan berjumpa lagi

    Sekian saja Baraan Mengejut & Terkejut Sempena Eid Fitri 2009. Salam~



    23 September 2009

    Baraan Mengejut & Terkejut!

    Sesiapa yang rajin membuka blog ini pasti menyumpah terkejut, pehal plan mengejut je? Gua pun xdapat komen banyak, sebab ini plan memang last minute.

    Buat pengetahuan, ini hari masuk syawal yang ke-4 dan pagi nanti plannya adalah Baraan Mengejut ke Simpang5. Details program adalah seperti berikut :

    Masa bertolak : 7 a.m (dari rumah masing-masing)
    Kenderaan : Kerata myvi haziq (untuk jejaka) + kerata peanut (xsure jenis pe)
    Tentatif : beraya rumah kengkawan area sana

    Buat pengetahuan juga, sehari sebelum tu, muk sudah membuat plan tersendiri, baraan awal lagi terkejut ke rumah guru-guru. Riwayat mengatakan sehingga 5kereta menyertai baraan tersebut, gua masih xdapat bayang perasaan guru-guru yang di TERJAH mereka.

    Gua amat berharap kalau-kalau ade yang rajin meng CANDID gambar-gambar panas semasa aktiviti baraan dijalankan, biarlah ia menjadi kenang juga renungan bagi mereka yang selalu terlepas aktiviti-aktiviti wajid ahli tegar empayar14 ni.

    Gua amat berharap program ini berjalan dengan lancarnya, berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama, mungkin berbual tentang next gathering or lebih mencabar our next BACKPACKING!

    Jumpe esok ya? da~

    30 August 2009

    Wallpaper Perlima 2005

    Haha ape punye tajuk da, tapi entri ni memang aku tujukan kat haziq, sebab aku takde kredit nak reply mesej die, sory aku g berbuka rumah member nun jauh kat batu kurau perak.

     
    Gambar time kita form5 (saiz besar)

     
    Untuk Putera Simpang 5 yang bergaya cool

     
    Puteri SMKASL pun nak pose juge

     
    Putera SMKASL lepas edit

    yup, edit gak
    Haziq kata nak wat wallpaper, so sape-sape nk amik, klik untuk besarkan & copy. Mudah. PERLIMA stand for persatuan tingkatan 5.haha
    Dan sebelum gua lupe, SELAMAT BERPUASA untuk semua yang boleh berpuasa, moga ramadhan kali ini mendatangkan lebih banyak zikir & fikir :D