10 June 2009

agama: relevankah lagi?

Perkembangan agama dunia adalah amat dinamik. Bergantung kepada bagaimana rijal al-din (orang agama) menyikapi penganut agama itu. Namun, wujudnya keistimewaan bagi agama-agama samawi (langit) iaitu Yahudi, Kristian & Islam. Bermula dengan agama Yahudi menjadi agama awal yang diwahyukan kepada para Rasul dan dimansukhkan dengan kedatangan Kristian dan disempurnakan segalanya dengan penurunan agama penutup iaitu Islam. Namun, sejarah ketiga-tiga agama utama dunia ini cukup berliku dan istimewa yang mampu dijadikan panduan dan pengajaran. Yahudi datang pada hari ini dengan segala macam keganasan dan pencabulan terhadap hak rakyat Palestin sudah pasti dicemuh masyarakat Islam, Kristian telah mencipta peradaban dunia yang pada asasnya seakan mustahil pada tahapnya hari ini sekiranya tidak berlaku Revolusi Perindustrian di Perancis. Dan Islam, sekadar mampu berbangga dengan sejarahnya yang ditulis dengan tinta emas orang terdahulu. Dan, sejarah tetap sejarah yang bermakna yang telah lalu. Umat Islam hanya mampu bercerita akannya, menumpang bangga dan tidak meneruskan legasi itu.
Pernah suatu ketika fakta ini dibentangkan dalam satu talk yang penulis sampaikan. Saya mulakan provokasi: "Apa perlu kita menjadi fundamental bagi agama Islam? Kita bukan lagi agama yang paling hadapan dalam semua bidang! Bukan ekonomi,pertahanan,pemikiran, peradaban,teknologi,fesyen. Serba serbi bukan kita. Lihatlah mereka yang beragama Kristian, tanpa sekatan pergaulan, makanan, cara fikir tidak menyekat ketamadunan dan kehebatan mereka didunia. Kurang-kurang mereka merasa 'nikmat' dunia walaupun tidak akhirat berbanding kita yang lemah dunia akhirat!". Saya melepaskan provolasi sebegitu sahaja. Bukan berniat ingin menghina Islam, namun audience saya adalah mereka yang major adalam al-Quran & al-Sunnah, Fiqh & Usul juga Usuluddin. Kedangkalan mereka menjawab provokasi ini adalah tanda musibah buat umat yang menggalas tanggungjawab agama keatas mereka bagi memahami selok belok agama secara lebih sistematik. Akhirnya, jawapan yang saya harapkan bagi mematahkan argument saya seperti dapat dijangka. Bidasan tahap kampungan yang tidak membawa makna dalam al-munazarah wa al-mujadalah (debat). Mereka menjawab: "Biaq pi la agama depa, kita nak tau buat pa ustaz". "Islam adalah agama yang sempurna, anta tidak boleh nafikan". "kenyataan ni berbahaya". Ulasan-ulasan yang saya tak boleh terima.
Pertama: kalaulah kita katakan untuk tidak mahu melayan apa yang berlaku, dan menolak tepi apa yang berlaku dalam perbandingan agama, adakah dakwah untuk bukan Islam tidak perlu? Kita memerlukan bukti dan memahami masalah agama yang sesat bagi menerangkan kesesatannya.
Kedua:Islam sememangnya sempurna dan tiada siapa yang nafikannya, namun kecacatan yang dilumurkan oleh tangan-tangan manusia yang berlagak tahu tentang agama boleh merencatkannya.
Ketiga:Provokasi saya diatas sememangnya bahaya bahananya kiranya ianya tidak difahami umat Islam. Adakah dengan hujah mereka sebegini dilontarkan kepada Islam, dan umat berpaling. Islam adalah penyelesai masalah bukan lari. Islam juga bukan diktator sehingga soalan di 'ISA' sehingga soalan tidak mudah-mudah ditanya dan manusia keliru dalam keliru.
Saya akhiri kekeliruan itu dengan kesimpulan saya: "Islam adalah sepakat kita yakini agama yang benar dari Allah dan Kristian telah dimansukhkan dan diubahsuai dengan tangan manusia. Yang benar akan berjaya dan batil akan kecundang. Ia fakta sejarah! Islam menjadi sejarah tinta emas bermula dengan baginda Nabi SAW dan para khalifah al-Rasyidun, dan pemerintah umat Islam yang ikhlas! Bermula dengan hasil tangan Nubuwwah(kenabian) sehingga kejatuhan khilafah Islamiyyah, islam mendaki kejaguhan ketamadunan.. Semakin lama semakin lemah pegangan dan kekuatan ketaqwaan tamadun Islam maka serentak kejatuhan nilai taqwa umat, jatuhlah peradaban Islam. Kira-kiranya mudah, "u pegang Islam u diatas, u lepas Islam, u tersepuk dibawah macam mana Islam hari ini yang melepaskan Islam pada nama sahaja!".
Maka, payahkan untuk kita aplikasikan untuk isu Kristian tadi? Mengapakah Kristian bangkit membina sebuah tamadun gila yang tak mampu dicapai akal dahulunya? Saya sebutkan tadi peranan Revolusi Perindustrian Perancis yang berlaku pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Sejarah mungkin boleh diubah, namun hakikat sejarah mencatatkan bahawa ia kerana wujudnya cengkaman gereja yang berbentuk dictatorship secara amat melampau,membuta-tuli dan bodoh! Menghalang perkembangan ilmu, membodohkan penganut mereka dengan teori sains gereja yang merapu, menghalang pandangan rakyat. Gereja yang menentukan keputusan kerajaan, semuanya jadi beku dan kaku dibawah gereja. Natijahnya kepada pembakaran hidup-hidup Galileo Galile yang berteori bertentangan dengan gereja dan berkeras untuk tidak menurut pandangan dan ARAHAN gereja. Sebenarnya, kemuncak tekanan kepada lapangan ilmiah dan akademik secara umum dengan suatu tekanan yang dahsyat akan mendorong kebangkitan yang dahsyat. Wujudnya kelompok yang menamakan diri mereka Protestan
simbol menentang akan kebobrokan pihak gereja. Mudah sahaja, agama berasaskan wahyu yang benar bukan wahyu ciptaan Tuhan yang dirobek manusia akan kelihatan logik dan mudah,simple! Maka, dengan memisahkan diri dari cengkaman agama sesat dan memutuskan ikatan gereja yang berasaskan agama ciptaan manusia, maka anda akan maju. Kristian tidak wujud didalamnya arahan untuk belajar, menjaga kebersihan dan yang mencakupi kehidupan manusia. Ia adalah agama yang serba serbi tidak kena dari aqidahnya(kepercayaan in God) sehinggalah seremeh-remeh benda. Ia agama yang dangkal.
Ironinya, kita berfalsafah sungguh jauh dan kehadapan tentang hebatnya dan sempurnanya Islam. Hakikatnya secara realiti hari ini, ia tidak begitu. Mengapa? Sehingga ketika penulis berada di Mekah dan duduk didalam kelas bersama pensyarah dari Universiti Islam Umm al-Qura, seorang Prof. Dr.! Asasnya bukanlah untuk bertanya, namun oleh kerana kelas yang hanya wujud satu hala (lecture semata tanpa soal jawab) menjadikan penulis agak bosan. Syeikh saya itu bercakap mengenai "إسلام دين واقعي" (Islam agama yang realiti). Beliau mulalah bercakap akan teori-teori Islam seperti kebersihan, menuntut ilmu dan seumpamanya. Saya mencelah dengan mengangkat tangan:

لو سمحت يا فضيلة الشيخ: أوافقك بكلماتك كلها. أنا مسلم ومؤمن لا بد وعلي ان آمن به. ولكن الواقع بين أيدينا اليوم بالعكس! قلتَ آنفاً بأن الإسلامَ يهتم بالنظافة وهذا ما ثبت في القرآن والسنة. أضرب مثالاً: إن نقارن بين هذه البقعة المقدسة وأقدس البقعة في العالم والدول أي المدن الأوروبية مثل لندن وما إلى ذلك، أي المكان أحسن في النظافة؟

"minta Wahai Syeikh, saya bersetuju diatas apa yang diperkatakan oleh Syeikh sebentar tadi, dan sebagai Muslim dan mukmin wajib bagi saya beriman akannya. Namun, realiti dihadapan kita pada hari berbeza. Syeikh menyatakan (dan ini adalah kenyataan Quran dan Sunnah dan ia adalah hakikat) Islam mementingkan sangat mengenai hal ehwal kebersihandan ia adalah apa yang diterangkan didalam QS. Saya berikan contoh: Sekiranya kita bandingkan kebersihan antara bandar ini (Mekah) yang merupakan bumi suci (umat Islam) dan bumi tersuci diatas muka bumi dengan kebersihan negara2 dan bandar-bandar eropah seperti London dan sebagainya, manakah bandar yang lebih baik kebersihannya? "

Keadaan sepi seketika dengan pertanyaan saya tadi. Namun, inilah realiti. Islam hari ini dikempen dengan teori bukan disertai praktikal. Jangan salahkan sahaja pemerintah Islam yang sememangnya bacul, tidak dengar cakap, menjaga kepentingan perut dan bawah perut sahaja, hamba Amerika dan Yahudi, boros, lembap, tidak cerdik memerintah dan dengan segala pakej kebodohan yang tak terjangkau yang menyeksa dan merugikan umat Islam. Lihatlah mangsanya di Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan serata alam. Persoalan saya tadi bukanlah menghina guru saya, namun sebagai peringatan buat saya yang bercakap agama dan golongan ustaz dan ustazah diluar sana sama ada tulen atau tiruan yang sekadar mengaut untung bayaran selepas habis 'mengarut' atas nama ceramah agama. Ada dua perkara asas yang perlu difahami semua. Khususnya mereka yang melihat agama Islam dan para penggerak yang bergelar sebahagiannya ustaz dan ustazah (kononnya). Nilailah segalanya atas dua isu ini:
Pertama: Islam agama teori dan praktikal. Teori Islam tiada masalah at all! Ia datang dari langit maka ia tidak mungkin tersilap. Masalah terbesar adalah cara faham dan aplikasi yang tidak seiring dan lembap. Ini yang menyebabkan golongan seperti SIS (sisters in Islam) muncul. Saya secara peribadi tidaklah bersetuju atas kritikan dan tuduhan melampau juga kempen-kempen mengarut mereka. Namun, kehadiran mereka adalah sama seperti kes golongan Protestan Kristian bertindak. Mereka ditekan bukan oleh Islam, tetapi pihak berwajib yang yang bergerak atas nama Jabatan Kemajuan Islam dan Jabatan Islam yang lembap, tidak akademik dan penghancur wajah Islam! Bayangkan, untuk menyelesaikan proses perceraian pun tunggu 4-5 tahun! Sedangkan Islam menggalakkan perkahwinan bagi elak zina, dan janda dibiarkan tanpa suami untuk melunaskan fitrah seksualnya selama 4-5 tahun! saya katakan: "Semut pun akan marah, coz semut pun ada fitrah seks. Bukan 4-5 tahun, 4-5 hari pun orang dewasa geleng kepala!" Masalah yang lain juga adalah dimana mereka yang belajar agama? Duduk di kelas berjam-jam dengar lecture di universiti, baca kitab sampai lebam? Kebanyakkan mereka kadangkala malas atau sudah selesa duduk di kerusi empuk tanpa tahu masalah dan rintihan umat. Jabatan Agama dan Jabatan 'Kemajuan' Islam hanya muncul ketika masalah timbul bagaikan 'hero' dan yang umum tahu apa pun yang diputuskan adalah 'HARAM' fatwanya tanpa penyelesaian atau alternatif. Hampeh! Inilah antara sebab terbesar wajah Islam dicomotkan oleh mereka yang 'poyo' berkopiah,bersongkok.

Kedua:Wujudnya mereka yang melampau dan cuai atau ifrat & tafrit.Ini juga membantutkan dakwah kontemporari yang sepatutnya berwajah global. Kita perlukan mereka yang berdakwah dengan ilmu yang sepatutnya. Memahami manhaj (kaedah) dakwah yang betul dan salim (sejahtera)menurut manhaj salaf yang diselusuri Sahabah, Tabien dan Tabi' al-Tabien... saya bersyukur wujudnya beberapa pihak yang mahu menjadi aktivis dakwah melalui tulisan..pujian buat Allah dan mereka. Namun, kadangkala kita perlu review segalanya menurut QS juga. Saya tidak mendoktrinkan saya adalah selalu benar dan tidak silap. Kita berpegang pada pesan al-Imam al-Malik RA:

كل كلام يُأخذ ويُترك إلا كلام المعصوم
"Setiap pandangan (kata-kata) boleh diambil dan ditolak (ditinggalkan) kecuali perkataan al-Maksum( Nabi SAW)"
Dan Islam bukanlah segalanya dengan tudung labuh sahaja, bercakap dibalik tabir, ketika berbicara menggunakan istilah ana anta, berkopiah 24 jam, berserban, bersugi dipoket, cakap berdegar-degar dan semacam lagi. Saya tidak nafikan ianya adalah baik dan mereka mahu gunakan ana anta, silakan! Anda ingin menggunakan istilah arab. Namun, itu kosmetiknya. Cara fikir tetap sama. Kadangkala anda menjadikan ianya wajib dan itu adalah hakikat sebahagiannya. Maaf, tulisan ini mungkin dilihat dari satu sudut adalah keras, namun sekiranya anda bukan bersikap seperti yang saya kritik, anda tidak termasuk didalam kritikan saya ini. Anda terkeluar dari daerah kritikan ini. Kiranya ya, silakan berubah dan saya harapkan ia nya perubahan untuk anda dan saya. Ada yang berfalsafah tentang akhlaq seperti duduk dizaman Nabi SAW, hilang realitinya. Keadaan akhlaq masyarakat yang teruk, solusinya tidak kena. Islam bukanlah jumud untuk menghalang anda bertudung tiga segi, berfesyen, berseluar jean(khas untuk lelaki), ber t-shirt, dan kehidupan biasa. Kedangkalan sesetengah pihak yang meletakkan kayu ukur agama seperti yang bukan agama tunjuki menjadikan sesetengah pihak takut dan phobia.
Untuk anda semua, beragama lah dengan keluasan agama. Agama ini amat mudah, fleksibel dan terurus. Anda akan lihat kemudahan dan keseronokan beragama dengan syarat fahami dan dalami agama sepertimana Salaf memahaminya dan seperti pada hari ia diturunkan!

1 comment:

  1. sebuah perkongsian yg sgt menyedarkan bro, kat sini dpt disimpulkan bahawa kejumudan kita membawa kepada kecacatan rupa agama kita, memberi jawapan 'tidak relevan' pada persoalan diatas, tanpa perlu disebut oleh mulut, tapi telah dipamirkan melalui perbuatan sendiri.

    Kerana segalanya bermula dari diri, jangan mudah melarikan diri, malas berfikir secara kritis & kritical, selesa dengan kemakmuran sementara tanpa ada usaha mengekalkannya (atau lebih baik-mempebaharui), mengambil sikap defensif - seperti jawapan yg diberikan diatas soklan provokatif penulis.

    Tetapi binalah alternatif, cipta ia, cari & kajilah, kerana islam bukan hanya pada teori tetapi practicalnya.

    Jadilah proaktif, tetapkan matlamat dan mulalah dengan langkah pertama sebelum berfikir menguasai dunia!

    ReplyDelete

umpatan anda pula?