30 August 2009

Wallpaper Perlima 2005

Haha ape punye tajuk da, tapi entri ni memang aku tujukan kat haziq, sebab aku takde kredit nak reply mesej die, sory aku g berbuka rumah member nun jauh kat batu kurau perak.

 
Gambar time kita form5 (saiz besar)

 
Untuk Putera Simpang 5 yang bergaya cool

 
Puteri SMKASL pun nak pose juge

 
Putera SMKASL lepas edit

yup, edit gak
Haziq kata nak wat wallpaper, so sape-sape nk amik, klik untuk besarkan & copy. Mudah. PERLIMA stand for persatuan tingkatan 5.haha
Dan sebelum gua lupe, SELAMAT BERPUASA untuk semua yang boleh berpuasa, moga ramadhan kali ini mendatangkan lebih banyak zikir & fikir :D

27 August 2009

slisskool and empayar 14 group.

i must be either very outdated or trapped under a black dark sound resistant hole.haih.

btw, do join this
tribe.

12 August 2009

erti memberi bagi yang memberi?


mungkin bagi yang selalu usha2 blog saifulislam.com, tag ni cam biasa dengar. aku pun antara salah seorang yang begitu mengikuti tulisan ustaz hasrizal dua tiga tahun lepas...sebelum dia sepopular sekarang. seorang individu yang banyak memberikan aku erti makna hidup secara mendalam dan berfalsafah akannya..haha... cuma tag "erti hidup pada yang memberi" amat memberi makna. pada mulanya sekadar tag penghias kata, pelengkap bicara, dijaja kesana-sini untuk otg kenali kita melalui tag yang kita bawa...ya! ia dikenali, nmaun aku ingin sama-sama kita pahami dan rasai erti hidup pada yang memberi...
dalam filem "laskar pelangi" falsafah yang sama digunakan cuma dalam 'matan' yang berbeza..."berilah sebanyak-banyaknya, janganlah menerima sebanyak-banyaknya"... harapan yang sama kearah manifestasi erti kehidupan yang maksimum. bro, dalam hidup kita bergantung dan hidup dengan harapan,bantuan dan saling melengkapi sesama manusia. percayalah. sikap mementingkan diri secara membuta-tuli sehingga kita menganggap terlalu 'power' supaya dihormati tanpa menghormati, menerima tanpa memberi menjadikan anda tidak punya nilai tambah sebagai manusia yang hidup!
minggu lepas, aku tgk rancangan oprah winfrey special show, big gift. cukup menginsafkan...usaha sekumpulan manusia yang tidak tahu apa itu pahala,dosa tetap bertungkus lumus memberikan sinaran senyum buat primary school yg miskin yang tidak pernah menyambut chrismast day, orphanage children yang kekurangan... bukan sekadar 'a common big gift' tapi mereka mendapat double dan bloody big gift! itu usaha non-muslim yang kurang dikalangan muslim..
tapi, senyuman,tangisan,keseronokan mereka yang diberi,menerima the big gift tu memaksa aku ngalirkan air mata...believe me...rasa seronok memberi dan erti sebuah pemberian yang membebaskan belenggu kesusahan seseorang dan membuatnya tersenyum dan terduduk, subhanallah...perasaan yang x mampu digambarkan walau kita keluarkan sejumlah duit...kiat x mendapat balasan, namun anda x rugi...
ia mengajarkan aku membantu program2 kawan2 yang kehabisan dana untuk bergerak dan program2 ini dapat dijalankan dengan baik...senyumnya pengarah program dengan abntuan aku tu dan berjalannya program dengan lancar buat aku puas yang mana aku dapat menyumbang sesuatu untuk dunia...
untuk menjadikan korang bernilai dimata Allah dan dihati manusia bukan dengan pujian tapi keikhlasan menggembirakan orang lain sama ada dalam apa jua bentuk bantuan dengan syarat untuk memberi bukan untuk sekadar menerima...
selamat memberi sesuatu dalam hidup!

01 August 2009

ku lihat layu dalam melayu (dedicated to all malays)

sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah..
tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina..

aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
ada juga yang bercadang bertanya tuan punya,
aku bercampur risau dan tidak tenteram,
nanti dikata tidak bersyukur dan dikata tidak sedar diri,
jadi aku menyendiri,
memerhati dan akhirnya mengakui yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan,
dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri..

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

(malique feat tun mahathir) video