20 August 2010

respon.....

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله......
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada saudari Izzah Kamar (IK) diatas respon yang saya sifatkan cukup baik kerana inilah komen yang pertama yang cukup membuatkan saya ‘terkesima’. Maaf saya ucapkan kerana lambat membuat respon kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain. Ingin saya jawab apa persoalan yang ditimbulkan saudari. Pandangan saya didalam tulisan ini adalah berdasarkan pandangan yang berlaku secara khusus di sekolah saya, SMKA Simpang Lima dan pengalaman peribadi menjelajah seluruh Malaysia. Adakah seluruh negara mengamalkan apa yang saya katakan didalam artikel tersebut? Sudah tentu tidak, dan alhamdulillah, kita menghukum ‘al-akthariyyah’ dan bukan kes-kes terpencil.. dan saya ingin ingatkan, isu ini berkaitan sebahagian besar guru-guru agama dan disekolah yang ‘berjenama’...dengan rasa amat rendah diri, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada saudari diatas komitmen dan sikap yang begitu positif dalam menggalas tugas seorang guru walau katanya tidak pernah menjejak kaki sebagai pelajar di universiti. Dan ini lebih baik dari seju lah mahasiswa yang langsung tidak peduli isu ini...saya akan lakukan analisis setiap argumen yang diberikan mengikut perenggan...

Forward massage:
IZZAH KAMAR


show details Aug 11 (1 day ago)
assalamualaikum..
suka sy membaca artikel 3 idiots: satu coretan pandangan untuk semua...
disini sy ingin meluahkan pendapat berdasarkan apa yang telah dibicarakan...

tertarik dengan "p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam".....


Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”

guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya.

Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’

tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan..
(apa yang dimaksudkan dengan lembu berakal...??)

Saya katakan: istilah lembu berakal adalah simbolik kelompok manusia yang punya akal (boleh berfikir, menilai) namun tidak mampu digunakan kerana hanya menurut oleh kerana alasan dia adalah seorang guru, tok guru, ustaz dan menjadikan nilai analisis, kritikan dimandulkan.

bersetuju dengan pendapat penulis berkenaan filem 3 Idiots yang mengkritik sistem pendidikan di India.. jujur sy katakan, sy tak tahu adakah sistem pendidikan universiti atau kolej di malaysia lebih baik mahupun tidak. sebab nya mudah saja,, sy tak pernah masuk universiti..
tapi kalau berbicara tentang sekolah rendah,, sy pasti sistem di malaysia jauh lebih baik..
saya katakan: adakah benar sistem kita jauh lebih baik? Kita tidak katakan isu fasiliti dan kapasiti....sudah tentu kita, namun adakah SISTEM kita lebih baik? Adakah kita pernah mencipta empayar pembelajaran perubatan yang hebat seperti pernah berlaku di India? Pusat pembelajaran hadis terhebat dunia suatu ketika dahulu? Kita mampu berbangga dengan saiz universiti dan sekolah bertaraf dunia, namun pelajar kita tidak mampu berfikir...lihatlah sekeliling kita...

berkenaan filem Taare Zammen Paar... bersyukurlah di msia,, sejak dibangku sekolah rendah, sudah terdapat pendidikan untuk kanak-kanak istimewa menjalani pendidikan dengan lebih selesa
saya katakan: kita tidak mahu isu keselesaan dijadikan main issue, banyak negara mempunyai masalah keselesaan, namun adakah kita memberi sepenuh manfaat daripada keselesaan itu?


sedikit terasa apabila penulis terusan menyalahkan guru.. maaf sy katakan.. sy berpendapat berdasarkan fenomena y berlaku di sekolah,, dan sy sebagai guru.. amat2 terasa la... bukan apa... hampir setiap saat sy berfikir tentang anak2 murid.. apa y mereka suka.. (sy ajar prasekolah, tahun 1 2,3,4).. merancang PnP berdasarkan kepelbagaian kecedasan n kemampuan murid... ingin mengembirakan murid... sentiasa dalam doa ini terselit doa buat anak2 kesayangan agar mereka dapat membaca, berfikiran luas... dan mcm2 lagi.. tapi apa dilemparkan kepada kami...?? kami mengajar lembu...??? syukurla kami mampu mngajar lembu utk berakal.. daripada lembu terus hanyut ntah kemana...
saya katakan: tahniah sekali lagi diatas sikap anda, namun adakah anda mampu lihat keseluruhan pelajar khusus di sekolah berjenama dan mereka yang mempelajari agama diberi ruang sebegitu? Tahukah anda ada mereka yang ingin memanfaatkan ruang itu dipukul oeh guru yang bergelar ustaz? Diusaha digantung dan dibuang sekolah kerana perbezaan pandangan? Dimalukan? Dan tahukan anda ini berlaku lebih meluas berbanding sikap mulia yang anda tonjolkan?

guru tidak menggalakkan pemikiran kreatif murid...??? atau menggalakkan murid membina sendiri idea mereka...??
kalau mahu dihuraikan,, terlalu banyak rasanya....
saya katakan: dan bagaimana dengan kelompok guru yang menghalanginya? Kalau pelajar boleh diambil tindakan, mengapa tidak guru?


maaf sy katakan,,, saya sebagai seorang guru tidak faham apa y ingin penulis katakan... apakah kehendak panulis sebenarnya... adakah penulis ingin kami menggerakkan semangat sentiasa memberontak dan mengkritik institusi pendidikan atau struktur organisasi sekolah....????
saya katakan: inilah tuduhan yang selalu dikenakan kepada penulis apabila menyatakan persoalan di sekolah....membakar semangat memberontak!!! A’uzubillah...tidak mahu untuk melihat dari sudut yang mampu membina dan akhirnya guru menggunakan saluran disiplin untuk menghukum...memberontak apa yang ingin kami lakukan? Sedikit sahaja dilempang, dirotan, dibelasah...bodoh la untuk memberontak...mengapa? adakah kritikan itu selamanya negatif? Kritikan atau bahasa lembutnya pandangan kedua adalah bagi membina berfikir sendiri dan menilai secara jujur bukan menurut tanpa usul periksa!! Islakm membina empayar ilmiah yang cukup luas dan kukuh dengan satu jalan sahaja, KRITIKAN! Dan ia dipupuk dengan penuh rasa hormat dan bukan hukum,hukum,hukum!

mungkin sedikit infrastuktur yang kurang baik,,, kami harus membakar semangat murid utk membuat rusuhan agar infrastuktur tersebut diperbaiki...??? masakan kami y merancang pokok disiplin,, kami y ingin merosakkannya..?? adakah murid hadir kesekolah utk menjadi pengkritik tegar,.....??? ayam kafe tak sedap, sekolah kotor, lampu sekolah tak idup, kipas tak sejuk... macam2 lagi la... adakah itu semua salah guru...???
saya katakan: cubalah kita hidup dalam realiti...seorang pengkritik dalam nilaian yang cukup baik bukan mengkritik diluar kemampuan kritikan..bukan untuk menimbulkan isu yang remeh temeh seperti fasiliti, kita sedang bercakap mengenai sistem!!! Sistem yang mampu diubah oleh guru2 secara internal...guru merancang pokok disiplin??? Kdng saya tergelak, berapa ramai guru yang masuk kekelas mulut berbau rokok? Pakaian ketat? Menyindir, kutuk, hina pelajar? Adakah ini pokok rendang disiplin?

ingat lah satu perkara... guru sentiasa menerapkan nilai bersyukur, sabar,,, dan macam2 lagi.. adakah perbuatan tersebut bertepatan dengan demikian...???
satu perkara lagi,, bukan semua perkara dibawah bidang kuasa guru... baget infrastruktur, sukatan pelajaran n macam2 lagi,, bukan dibawah bidang kuasa kami.. guru hanya menjalankan apa y telah dibentuk.. inilah sistem pendidikan msia... guru hanya memperkukuhkannya...
saya katakan: ingatlah, perkara2 itu telah kami nilai dan lalui penuh adab....

adakah objektif utama ibu bapa hantar anak ke sekolah utk melihat anaknya sentiasa merungut itu dan ini...?? tanya la apa hasrat ibu bapa... kami hanya cuba merealisasikann hasrat ibu bapa dan menumpang gembira apabila anak2 kami pandai membaca, pandai berdikari, pandai menyayangi, pandai bergaul dalam pelbagai bangsa dan agama, pandai mengucapkan syukur, pandai mengaplikasikan apa y kami ajar n didik,,, dan paling membanggakan,, pandai mengucapkan terima kasih dengan usaha gigih kami,... (hampir menangis apabila murid mengucapkan begitu).. kami bukan saja mendidik anak2 islam... tapi bangsa msia... itulah tanggungjawab kami...
syukurlah,,, pendidikan kita jauh lebih baik dari negara2 lain..
saya katakan: adakah kritikan ilmiah dikatakan rungutan? Amat tidak ilmiah! Dan kita sedang untuk pelajar sekadar telan apa sahaja tanpa berkata? Walau silap atau mempunyai pandangan sedikit berbeza? Asas pembelajaran bukan sahaja pandai baca atau menulis, itupun burung kakak tua tahu!!! Kita mahu berfikir....dan kita menurut prinsip ilmiah Islam yang anda perlu lihat secara akademik dalam khazanah kitab thurath!! Saya pelik, tidak ada satu negara maju yang mengeluarkan kenyataan, kita punyai sistem pendidikan yang lebih baik, tidak ada...tetapi mereka memang terbaik dan sentiasa bergerak kearah lebih baik dan menghasilkan kajian dan produk2 bertaraf dunia...kiat yang selalu berbanggga apa pun tiada...عجباً لأمركم

berbalik pasa isu BED pada sukatan pelajaran msia.. yee,, sy tahu,, terlalu banyak isi kandungan sejarah tidak dirungkaikan dengan telus... sy pernah bertanya kepada pensyarah,, kenapa isu sebenar tidak dinyatakan dalam buku sejarah msia...???? kenapa guru hanya diam tanpa menghuraikan y sebenar... ingatlah syg... ini pendidikan msia... bukan pendidikan "kerajaan bapak aku"... kertas soalan bukan ckg y buat... sukatan bukan kami y bina... bukan guru tak mahu membentangkan dengan lebih telus... tapi mungkin takut hanya sebahagian y faham y mana di auta n y mana fakta.. dalam kertas jawapan nak jawab y mana..?? kekeliruan itu boleh memberi inpak y lebih besar.. apa y boleh guru buat... andai ada murid y brminat mengupasnya,,, galakkan dia mencari bahan secara individu.. sebab hanya dia y tahu sebab dan akibat tanpa mengelirukan orang lain.....
saya katakan: oleh itu, para guru tidak lah hanya mengajar apa yang anda ingini untuk exam para pelajar, tetapi lakukan pembetulan dan pembaharuan semampu mungkin…itulah yang saya ssebutkan didalam artikel lepas kan?

kesimpulannya... oleh kerana hanya penulis y tahu apa sebenarnya kehendak penulis... sy mencadangkan... penulis menulis sebuah buku berdasarkan ideologi yang ingin diperluaskan oleh penulis... pasarkan dan hebahkan buku tersebut... hadiahkan buku tersebut pada menteri2 berkaitan khususnya menteri pendidikan.. insyaAllah secara umum masyarakat boleh tahu n seandainya ianya boleh difahami dan diterima... mungkin sistem pendidikan di msia boleh digubal semula berdasarkan apa y penulis mahukan... mungkin boleh ditukar corak pendidikan mengikut "citarasa pemimpin bertukar ganti" ini pada masa akan datang.. waAllahua'lam..
saya katakan: cadangan tetap cadangan, dan saya ingin juga cadangkan saudari selalu guru untuk buat kajian atau apa-apa sahaja yang mampu dibentangkan kepada bos-bos anda supaya telus dan amanah dalam mentadbir kementerian...anda lebih layak dan dekat...bukan saya yang diluar profession guru...

p/s.... bukan niat untuk membidas sesiapa.. tetapi hanya mahu memperbetulakna perspektif masyarakat terhadap guru..

4 comments:

  1. rasanya para guru dan bakal guru kena ambil perhatian satu perkara... bukan hanya sekadar menyampaikan apa yang berada dalam silibus sahaja, tp kene fikir balik ape sebenarnye matlamat 'pendidikan'

    kalau hasilnya pendidikan yang ada hnyalah byknye bilangan A, tp byk perkara yang pincang yang mungkin kita boleh cerakinkan dr segi beberapa sudut:
    1. mind setting dan pemikiran
    kurangnya pelajar yang berfikiran luas dan kritikal... daya intelektual pelajar berada di level yang sy kira belum membanggakan, kerana rata2 pelajar yang ada pada hari ini hanya sekadar memuntahkan balik apa yang telah disuap sewaktu exam tanpa memahami apakah sebenarnya kepentingan subjek yang dipelajari, ataupun kita tak perlu lihat jauh sgt la .. mereka tak menghargai ilmu yang mereka dapat, tandanya mudah, lepas abes exam sumenye lupe... dan tak rasa enjoy dengan ilmu. kadang2 bukan masalah silibus buku teks yang buatkan student bosan dengan ilmu, tapi bgimana penyampaian guru2 dalam menyampaikan ilmu tersebut... pembawaan guru dan sikap guru2 terhadap pelajar... guru bukan hanya sebangai agen penyampai tapi spatutnye bertindak sbagai murabbi - perkara yang paling sy anti di sekolah bila guru tidak meraikan daya inkuiri murid.. apbila diajukan dengan pertanyaan yang di luar kotak atau luar silibus, seringkali tidak ada jawapan yg diberikan, lebih malang lagi apabila soalan2 tersebut dibalas dengan bidasan sinis... guru lebih selesa dengan pelajar yang tak byk bertanya soalan2 provokatif, nah akhirnya jalan mencemuh, mengutuk dan memerli pelajar hanya kerana soalan2 luar kotak tersebut dijadikan cr utk melepaskan diri drpd ternampak kekurangan kemampuan diri ie kurang cerdik cikgu di hadapan anak murid disebabkan anak murid lagi kritikal dan lebih bijak dr cikgu sendiri. lagi teruk apabila guru menggunakan kuasa veto utk menekan anak murid supaya jangan bersuara.. ye la ketua dalam kelas kepada anak murid, mestila akan ada tendency utk jadi diktator...hasil drpd trend pendidikan sebegini di sekolah selama sebelas tahun (rendah dan menengah), maka apa yang kita dpt pada hr ini --- student yang tak kritis dan luas pemikiran, kurang daya kreativiti.. igt pelajar2 ini pelajar sekolah mereka tak mampu utk melawan disebabkan authority guru di sekolah - so trend kurangnya kecerdikan dan kebijaksanaan dikalangan student akan berterusan sbb otak telah di mind set kan dan dimandulkan ketika di sekolah. kelemahan ini bukan datang drpd silibus, tapi dtg dr para pendidik sendiri yang gagal memahami apa itu tugas mendidik..
    2. akhlaq
    sy kira pada hari ini, kita boleh salahkan sistem yang ada kerana terlalu lompong dr segi penerapan nilai akhlaq terhadap pelajar2... sy akui byk perkara yang kita tidak boleh kawal telah memberikan impak besar terhadap akhlaq pelajar - sistem dan mass media, ibu bapa juga antara pesalah terbesar.. namun mari kita teliti secara analitik bagaimana guru sendiri juga menyumbang kepada masalah ini.. kegagalan guru bertindak sebagai role model - klu dah gi kelas pun pakai baju ketat, make up melampau, solat pun hujung2 waktu je, even to the extent anak2 cikgu pun lebih kurang je, kadang2 lebih teruk drpd anak murid .. (to compare)dan macam 2 lagi, hurmm payah la anak murid nk jadi baik... jgn harap la anak murid nk hadam isi buku PI/syariah/pqs etc sedangkan cikgu pun ala kadar je dr segi pengamalan, cos we all acknowledge and know that actions speak louder than words..

    so to conclude - buatla PnP canggih macam mn sekalipun, tapi aspek2 yang disebut di atas masih lagi dipandang sepi atau tidak diendahkan, sy fikir takkan ke mananya la student2 kita.. hanya bangga dengan banyak bilangan A, tapi kualiti tak ada dengan kata lain nilainya sama je dengan org yang tak belajar.. alangkah ruginya kita.

    - just my humble opinions n perspective

    ReplyDelete
  2. membaca komen begini.. tentu sahaja sy ingin mencoretkan sesuatu.. pasti betul apa yang dilontarkan diatas... dengan itu, sy membuat beberapa diskusi bersama rakan2 guru pelatih, pensyarah dan guru2 di sekolah...
    soalan sy kepada diri sendiri.. adakah masa yang dihabiskan hampir 5 setengah tahun di institut perguruan(dulu maktab) tidak cukup utk membina sahsiah seorang guru..?????
    macam nie la... bila ditanya,, berapa ramai guru yang mempunyai ikhtisas dalam perguruan,, berasal dari institut perguruan...??? tidak ramai sebenarnya.. kebanyakan guru lepasan universiti yang ditanya mengapa memilih kerjaya sebagai seorang guru..?? jawapan yang diterima mudah sahaja,, tak da kerja lain da... atau,, jadi ckg senang... kebanyakan daripada mereka ini diasuh tentang ikhtisas seorang guru kurang dari setahun.. nah.... adakah cukup membina sahsiah seorang guru..??
    berbalik kepada guru yang berasal dari pendidikan guru... lebih separuh dekat di ajar membuat bahan bantu mengajar, dibimbing tentang sahsiah guru, mengenal tingkah laku murid dan mcm2 lagi.. adakah sama guru begini dengan guru kilat..(istilah yang dibina sendiri.. heehehe)...
    pensyarah juga menyatakan benda yang sama.. guru mana yang tidak memakai tie, tidak membuat buku ringkasan mengajar, menengking murid tanpa hala tuju, datang lambat, balik awal, tak masuk kelas, tak datang koko,, tidak tanda buku murid...?? dan mcm2 lagi...

    ps-sy juga sedang membuat kajian tersebut...
    mungkin boleh buat tajuk kajian.. hehehe

    berbalik pada silibus, kurikulum berasaskan akedemik skor A dan lain... akan sy post pada blog sy.. kurang rajin pulak utk menaip banyak2,, huhu

    tq utk perkongsian pendapat..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. thanx atas komen yang membina...

    ReplyDelete

umpatan anda pula?