05 July 2009

jauh perjalanan, luas pengalaman. tajam kritikan?

Lama rasanya x menulis. Tengok jai soghang manjang post, terasa nak kongsi sesuatu. Sharing is caring, am i rite? Huhu...setelah menghabiskan masa yang banyak (either bermanfaat or tak) ngan majis oku, walid al-sakop, haziq al-perutiy, Jai al-masam ngan beberapa lain cam bufon,mukh ngan yang seangkatan. Bermula ngan jejalan tgk wayang, then ada rancangan sebalik batu Jai membawa kami jalan sejauh Pangkor, memandi air terjun (2 kali woo), pi dusun buah-buahan Jai kat Melaka dan sebagainya. Penat gak r sampai Majis layak menerima zakat coz dah jatuh papa. 3 bulan agak terisi ngan aktiviti. Ada masa bleh jalan...lagi mudah buat yang dekat2 ngan lembah kelang... yang kat puncak alam bleh dipertimbangkan.

Bukan tu yang aku dok sibuk menulis, tapi pengalaman yang berharga dan menaikkan bulu roma ‘kawe’ semenjak menadah kitab agama dari sekolah hingga ke universiti akan kekal dalam ingatan. Aku datang ke Kelantan bagi menemankan parents aku ziarah abang aku yang baru berpindah rumah di Kok Lanas, Ketereh. Pada 2nd day, aku dibawa ziarah ke sebuah perkampungan pelajar pondok yang cukup terkenal, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Aku datang ziarah penaung tempat ni yang terkenal sebagai ulama’ terkenal Kelantan, Tok Guru Haji Hashim atau orang panggil kat sini, Tok Ayah.
Dari jauh aku dengar citer dia, aku hormat,kagum sebagai ulama’ kan. Tapi aku mai sana, segalanya tidaklah berubah, namun ia perlu di’review’ kembali. Aku datang ziarah dengan semangat yang tinggi dan hormat yang menggunung, but i saw n heard very much mistakes n unacceptable matters. Sebelum sampai ke rumah utama Tok Guru tu, aku terpaksa menempuh rumah2 pelajar pondok yang begitu DHAIF bagi zaman la (sekarang). Sambungan elektrik yang menakutkan, tempat yang uzur, persekitaran yang kotor berbau! Sepatutnya ia bukan kawasan belajar agama! It’s totally shame! Really, believe me. Aku rasa ko haziq kalau masuk sana, mulut ko membebel, kalau ko senyap pun, dalam keta mesti ko bagi ‘pakej’! aku masuk umah tu. Ooo...act, abang aku adalah antara orang yang rapat ngan dia(Tok Guru tu). Abang aku jaga umah dia kat Mekah. Ok, sambung, pas aku masuk, dia ada pelawat yang nak mintak air penawar anak dia yang masuk UIA PJ x bleh studi coz cam blurrr... aku tanya bila masuk? Baru seminggu, jawab mak dia. La, tunggu la sebulan dua, anak laki soghang memang la camtu pisah Kelantan- KL. Sat2 r. X pe lah. Terpulang.
Tapi, bila Tok Guru tu buat air penawar, then citer2 aku dah mula x selesa. Mula2 dia citer yang umur dia kat 90 lebih. Ok aku percaya. Then dia kata coz dia makan cengkih, dia kuat lagi, mata cerah, kulit sihat walau x bleh jalan,diri pun x leh. Kadang lawak gak. Dia kata jantung dia ok pasal makan cengkih gak...Our docs, may u research for this statement? Hmmm? Then dia bagi komen lagi, dia kata: “doktor2 ni x pandai, sebab x belajar Islam. Adakah nak belah jantung, bedah. Pastu ada pesakit yang mati. Tu doktor2 bodoh buat orang mati. Doktor pandai, x buat orang mati”. Wa...ternganga aku dengaq. Mana la doktor pakar yang x pernah wat a single mistake. Adakah hangpa yang blajaq medic, yang wat kajian pasal jantung x perlu belah2, check2? Nak tgk aliran darah dalam jantung, masalah dalam jantung? Tgk mikroskop bleh nampak ek? Ooops! Jangan sentuh jantung, don’t ever try or dream to open it! (open the saseme!) u’ll become a stupid muslim!!! Aku antara nak tahan pecah perut gelak ngan blurr semua knyataan ni. Hmmm? Can u explain to me about all these hecks? X habis lagi, ada pompuan sebelah ni, ada growth dalam perut, so for a simple solution, mintak air penawar ketumbuhan dalam perut dia. ??????? mungkin kita bleh usulkan kat USM agar hospital pakar USM kat kubang kerian perlu ditutup, x berguna dah. Ada air penawar. Jai? Mungkin kita nak minum tu bleh baca mentera mickey mouse (bleh tgk kat channel astro 613 :5-6 pm). Mickey nya jampi: “Miska...Muska...Mickey Mouse!” then, ur growht will become a gold! Belive me bro! Haha lawak2 gak, tapi...inikah wajah agama yang cuba ditampilkan? Then budak tu dibagi air jampi. Tapi aku tak perasan bila dia buat air tu. Yang aku nampak, dia dibagi satu jug air, dia minum, kumur2 kot then air tu dibungkus...glupp.....cam air slurpee plak. Paper la, Cuma dalam hadis sahih, Nabi SAW ada larang minum air dari bekas minuman.

Aku solat kat masjid dia plak, solat ‘ghorib’ (ganu kata, :maghrib). Aku ingat selesa lah sikit berbanding kawasan umah yang...ummph..tapi duk masjid dia pun sama! Kawasan cam x terurus walau students ramai be! Surau al-Makmuriah al-Haj Simpang Lima lagi aku selesa solat doh...adakah silibus pelajaran dipondok x sebut Islam agama yang cukup titik beratkan kebersihan, kewangian, ketatatertiban, keselesaan? Ke korang rasa diorang x pernah tau? Pondok tu dah terdiri aku rasa kat seratus tahun dah, siap bleh wat Jubli Intan lagi. Tapi mentaliti jauh lebey teruk dari .....tut..... pakaian pelajar yang cukup berbau, tak terurus, serban lintang pukang, dan berbagai lagi ketidak Islamiknya mereka ini. Tolonglah berubah...aku pun belajar agama, x perlu pun nak berjubah 24jam dan jadi zuhud x bertempat n berbau masam (tapi x semua Cuma minoriti yang bleh bagi average). Komen korang?

2 comments:

  1. hmmm....as of right now ak lom lg jumpa skolah pondok yg islamic....maybe kurang mencari kot...

    but it is true ape yg abu ckp ni....ade skali ak g teman abu nak anta kad kawen abg die kot.... then singgah kat 1 skolah pondok ni sbb abu nak jemput sorang 'ustaz' dr situ....

    what can i say....the condition was too bad....
    kebersihan totally out...ustaz tu pon merokok x renti2...camne nak blajar kalo persekitaran camtu...hmmm...renung2kan & slamat beramal...

    ReplyDelete
  2. baru berpeluang komen disebabkan masalah connection.

    sungguh tajam kritikan yg diberi, dan gua menganggap ia cabaran buat kita di'sini.

    mereka yg 'memegang' wajah agama selalunya terlampau 'zuhud' dalam kehidupan sampai kelihatan daif seperti dalam cerita diatas.

    manakala mereka yg segak bergaya selalunya dianggap mereka yg sibuk dengan dunia walhal jika agama+bergaya adalah yang sepatutnya.

    bagi gua, sunnatullah tidak harus dipisahkan dengan syariatullah, ibarat seperti irama tidak boleh dipisahkan dengan lagu, saling melengkapi dan dilengkapi.

    Lebih baik jadi jutawan yang tahu hal ehwal agama, berbanding ustaz yang terperangkap dengan skim cepat kaya.

    Dan Allah lebih mengetahui..

    ReplyDelete

umpatan anda pula?