25 October 2010

Epilog baraan syawal 1431 h: Muhasabah

Cewah! Macam novel pulak, epilog-epilog ni. Walaupun siri kali masih berkisar tentang baraan tapi dalam mood seius sikit la..jadi sebelum itu ku ingin mendefinisikan makna baraan (kes “sik” dari klate tanyo “gapo die baraan tuh?”) dan muhasabah (kerana perkataan yang ni kurang tempatan sikit-bukan perkataan dalam kamus “Satu Malaysia”-). Tapi kalau dua perkataan ni tiada dalam kamus ahli-ahli batch 14 jugak, memang nak kena ketuk kepala tu, biar kembali sikit ingatan yang hilang tu. Okay, jom zoom…

Baraan:

berkemungkinan berasal daripada perkataan jawa yang telah diasimilasikan (terpengaruh secara kekal) sebagai perkataan tempatan sekitar sabak bernam khususnya. Merujuk pada satu kumpulan besar (mungkin satu kampong, satu taman atau satu sekolah hatta satu daerah) yang datang berziarah rumah ke rumah dan kebiasaannya dianjurkan semasa musim perayaan. Perkataan ni memang unik sebab “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10) pun tak dapat nak definasi kan perkataan ni.

Muhasabah: perkataan arab yang berasal daripada perkataan ‘hisab’. Maksudnya, menghitung. Jadi perkataan ini digunakan bukanlah merujuk menghitung duit raya yang kite semua dapat hasil dari kembara itu(malangnya memangg tiada duit untuk dihitung pun) tapi lebih kepada menghitung-hitung diri kite semua selaku ahli-ahli kembara, selaku batch 14 SMK AGAMA SImpang Lima, selaku insan yang membawa imej ISLAM dan terpenting selaku HAMBA ALLAH SWT. Kalau merujuk “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10), muhasabah bermaksud perakaunan yang mana tidak boleh digunakan sama sekali dalam konteks “post” ini. Tula, bukan boleh percaya sangat dengan “puan“ tersebut..

Jadi secara keseluruhannya, “entry” kali ini membincangkan tentang apa hasil koreksi muhasabah dari diri penulis sendiri selepas melalui “pahit manis” baraan syawal 1431 h yang lalu.

1. Jaga waktu

Waktu sangat penting. Seperti pepatah arab menyebut, “jika anda tidak memotong (mendahului) masa maka pastilah masa yang akan memancung anda”. Waktu yang wajib/mesti/ patut ditekankan ialah waktu SOLAT dan waktu ketika BERJANJI.

Malah, Allah swt juga banyak berfirman dalam kalamNya berkenaan waktu. Antaranya Al-asr,1-3:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

2. Adab berziarah

Ziarah rumah orang wajib/mesti/patut jaga adabnya. Tak bolehlah main aci redah je. Allah swt telah berulang menegaskan dalam kalamNya dan antaranya Annur,27:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beradab ketika bertamu (ehem, bab makan pun termasuk dalam adab bertamu ye, jadi bepada-pada selalu).


3. Etika berpakaian

Etika ni bukanlah direka-reka olehku. Malah manusia seluruhnya, tak perlu pening-pening mencipta etika berpakaian kerana Allah swt telah pun menyediakan peraturan-peraturan berpakaian dalam kalamNya. Antaranya Annur, 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Owh, walaupun ayat ini ditujukan kepada muslimat, encik-encik putera juga wajib/mesti/patut tahu aurat yang perlu dijaga. Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang mengikut etika-etika yang telah ditetapkan.

4. Jaga batas pergaulan

Walau gembira sekalipun berkumpul bersama, batas pergaulan muslimin muslimat wajib/mesti/patut dijaga kerana Allah swt juga telah menegaskan dalam kalamNya. Antaranya Annur, 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang taat pada segala perintahNya.

Jadi, ini adalah hasil koreksi diriku. Ia adalah sebagai ingatan untuk diriku sendiri dan kepada sahabat tanda kasih sesame saudara seakidah, moga-moga tiada sahabat-sahabat yang berkecil hati. Dan semoga program-program yang akan datang akan meningkat lebih baik dan tiada yang kite kejar melalui program-program “reunion” ni melainkan redha Ilahi. Ampun maaf dariku juga..

~sekian, Asslamualaikum~

p/s: Jadi, muhasabah anda bagaimana?

2 comments:

  1. boleh diamk perhatian utk baraan akan dtg.

    ReplyDelete
  2. en.jay, cam bese ko mmg "pengumpat" yg setia..=)
    semoga..jika diizinkan Allah untuk dikumpulkan kembali..

    ReplyDelete

umpatan anda pula?