Buat pengetahuan semua, backpacking volume #1 adalah acara yang julung kali diadakan oleh sebilangan ahli tegar simpang5 semasa cuti sem, untuk permulaan ramai yang tidak dapat mari, mungkin dek kerana kurang upaya kurang masa mahupun budget menghalang niat untuk bercuti bersama.
Tapi apa kes kepada mereka yang telah pun selamat pergi ke'sana? Ikuti kisah mereka yang di'rakan khas oleh salah seorang saksi: en.jay.. dengan segala hormatnya dipersilakan~
++Kami di sini!
Alhamdulillah Backpacking Volume #1 still on walaupun ade je yang tak kena. Untuk kali ni, BP disertai oleh aku (jay)+majis+walid+haziq+ammar. Dalam jam11.00 gerak, kitorang sampai dalam kul12.30 kat simpang PortDickson. Destinasi pertama, apartment yang bakal kami duduki di Glory Beach Resort, 16-A.
Aku fikir signboard di PD amat membantu sekali, kau boleh ke destinasi dengan mudah+cepat. Gambar diatas aku ambil bilamana kali pertama kaki kami menyentuh pasir disini, rasa indah sekali hehe. Destinasi pertama kami ke Teluk Kemang-Pusat Pelancongan PD, berbagai kedai dijumpai disana dari makanan hingga ke aksesori. Harga pula masih relevan, seluar pantai menjadi pilihan.
Sekitar jam 4 petang, dengan rasminya kami menodai punggung yang suci ini dengan air masin pantai Port Dickson. Kau pun tahu teori kerelatifan Albert Einstien, bilamana kau seronok masa berlalu terasa cepat sekali.
Hari hampir maghrib, kami memilih masjid terdekat sebagai destinasi ibadah+operasi membersihkan badan yang semacam belengas (ayat haziq). Sudah semestinya, ilmu tentang solat jama’ dan qasar yang di ajar Ustaz rahim kami praktikkan, seletah berbincang.. Destinasi makan kami malam ini di Saujana Seafood-dekat dengan Batu 4 PD.
Seperti mana kebiasaannya, mata mula kuyu tatkala butir nasi terakhir ditelan masuk ke esophagus (betulkan ejaan jika aku salah). Langkah terbijak adalah segera angkat kaki dan cuba mencari tapak mendirikan khemah. Namun sedikit terkilan, misi mencari berakhir dengan tidur di motel.
++Mencari si bola yang hilang
Awal pagi tadi, selepas solat subuh yang sedikit terlewat, kami segera ke pantai Teluk Kemang, misi kami hanya satu, mencari bola walid yang hilang. Namun jangkaan ralat sedikit, jam 8 air masih belum surut sepenuhnya.
Cadangan duduk di motel sementara menunggu air surut kami ambil, dengan harapan jam 10 tepat kami akan lebih bersemangat untuk mencari si bola yang hilang, seperti biasa kita hanya merangcang, tepat jam 12 kami tiba di pantai Teluk Kemang lewat 2jam dari plan, haha.
Jam 1225- kami berlima sudah bersedia mencariJam 1250- sudah banyak lubang kami gali, namun tidak berjumpaJam 1305- harapan bertemu sudah semakin pudarJam 1330- kami semua berasda di pantai bermakna.. misi menyelamat gagalJam 1345- berangkat ke detinasi sebenar, Glory Beach Resort.
Tatkala kami tiba di sana, otakku tiba-tiba ligat beroperasi, mengimbau kenangan dahulu, ya mungkin sekitar 5 atau 6tahun lepas, aku pernah bercuti disini, Cuma keadaannya berlainan sedikit, dulu bersama keluarga kini hanya bersama teman.
Antara perkara wajib yang mesti dilakukan :-bilas badan dari kemasinan pantai-landing badan yang keletihan-tunaikan kewajipan terhadap ilahi-‘shoot’ view yang kami rase cool, hehe
Demi tidak mahu mensiakan waktu, petang itu kami krew Jalan-Jalan Cari Makan (bukan Marina Tengku Sabri ea) mencari gerai makan yang bertuah untuk di diognisis oleh kami, maafkan aku kerana merepek ya. Ternyata kami bertuah- terjumpa gerai yang sedap+harga berpatutan, tidak bermaksud mempromote mana-mana tapi kau mesti cuba jika singgah kesini - Restoran Mak Mah.
Dan keterujaan jelas terpampang di wajah En.Ammar, jika kau tenung kedalam matanya, kau akan nampak.. kolam renang, haha. Tanpa menhiraukan kandungan klorin disalamnya, front flip menjadi pembuka. Segala skill-skill di asrama dulu, lebih spesifik di kolah asrama kami pertontonkan, melainkan ammar-pengawas asrama suatu ketika dahulu, masih perlu banyak belajar, opss haziq juga hehe.
Tepat jam 6.30 kami naik ke bilik, dengan niat mahu berjalan disekitar persisir pantai, namun segalanya hanya khayalan bilamana tilam empuk+ dingin aircond sudah dikuasai. Alangkah nyamannya.
++Terapi Jiwa Ikan Siakap
Malam ini tidak seseram malam sebelumnya, mungkin dek kerana majis tidak merepek akan ‘dongengan malamnya’ atau mungkin juga misi malam ini untuk mencari ikan siakap melupakan segalanya. Berdasarkan titik rujukan yang diberikan oleh bapa haziq selaku senior krew Jalan-jalan Cari Makan, kau akan jumpa gerai itu selepas melalui Marina Beach Resort, berhadapan perkuburan melayu. Tanda jelas kau tidak salah, 4 lampu pendaflor berbagai warna menghiasi hadapan kedai.
Aku tidak mahu berbicara panjang mengenai menu kami, cukup jika kau tahu total akhir = RM77.50 + perut kenyang + hati gembira. Aku sempat sambar seluar jeans yang berstatus ‘rare design’ berharga RM5, kau dapat agakkan aku beli di mana?
Jam 12 kami sudah sedia untuk beradu, mungkin aku saja, leher terasa sengal, mungkin gusti air tempoh hari penyebabnya. Yang lain duduk didepan tv dengan niat menonton bola, ada yang melayari internet ada juga yang bersembang bujang. Dan tiba-tiba pandanganku kelam.. aku sudah tidur
++Selamat Tinggal Dunia
Pagi tadi kami bangun awal sedikit, atau lebih tepat Ammar yang mengejutkan kami, sembahyang subuh bersama, menonton MHI juga bersama, tidak terlintas hendak membasahkan baju hari ini, dan aku juga, lepak dikatil bersama laptop memeras otak menulis cerita ini.
Jam8 pagi, Haziq dan Ammar bertolak kembali ke Teluk Kemang dengan niat membeli cenderamata untuk U-din, walid dan majis terlantar awal dan akhirnya ditemankan aku. Lena bersama keseronokan semalam yang tak mungkin berulang.
Dalam kelenaan kami dekejutkan oleh berita gempar! Tayar kereta Haziq sudah bocor, tercucuk paku barangkali. Kami bergegas (sebenarnya agak lambat) ke tempat kejadian, segala berjalan lancar dek kerana alatan yang lengkap bagi menukar tayar. Sempat juga kami bergambar bagi dikenang di hari kemudian.
Kami perlu check-out jam12 tengah hari, namun sekarang jam sudah menunjukkan jam12.08, Haziq masih mandi sedang yang lain melepak menonton WHI. Jika tiada sebarang masalah, kami bakal tiba di Petaling Jaya, 1 setengah jam kemudian.
Sebagai tambahan, aku harap lain kali kami boleh bercuti bersama lagi, atau mungkin disertai rakan-rakan sekolah yang lain, tanpa sebarang paksaan+sakit kepala, kalau kau minat segera hubungi kami untuk mendaftar, insyaAllah tahun hadapan kami ke Pantai Timur pula.Sampai disini coretan kami, salam ceria & selamat tinggal dunia.. ops Port Dickson. Later~
-Backpacking Volume #1 Tamat-
p/s : gambar-gambar di'sana akan di'upload kemudian, jangan ketinggalan~
No comments:
Post a Comment
umpatan anda pula?