26 July 2009

Backpacking Volume #1(Picture Edition)

Yeah, seperti yang dijanjikan, kalian akan disajikan oleh gambar-gambar panas sepanjang kami berada di'Port Dickson. Agak banyak jadi huraian tak sempat aku bikin, sebarang komen membunuh membina amat di'alu-alukan~

Backpacking #1

 
Pasir pertama yang dipijak.hehe

 
nice weyh pasir die

 
bayu laut yang memukul-mukul manja muka kami~
  
cuaca panas memang syok kalo melayan ABC kan?

tempat makan pertama kami singgah di'teluk kemang
  
yeah, aktiviti wajid. bersiar di'pantai

 
backpackers tegar.haha
  
menunggu ribut reda, mahu camping (kononnya)
  
bangun awal pagi untuk mencari bola walid yang hilang
 
restoran yang agak kick, silap kalo xsinggah weyh
ammar masih terpikir, menu apa yang  terbaek
  
posing maut di'swimming pool  gold course

 
why so series?

 
mari menaiki dinasor~

 
pamandangan malam di'hadapan aparment kami

 
saje test guna tayar kecik lak

 
ringan sama dijinjing~

 
pemenang cabutan bertuah.haha

 
nak jugak.heh

 
gua nk test drive gak.he
Dukacita di'maklumkan gambar-gambar mandi di'pantai tidak dapat dipaparkan oleh sebab-sebab tertentu, jadi kepada mereka yang ber'minat, mintak saja pada gua ye?
Sampai sini saja dahulu, selamat tinggal port dickson~

 
  
  

24 July 2009

Backpacking Volume #1

Buat pengetahuan semua, backpacking volume #1 adalah acara yang julung kali diadakan oleh sebilangan ahli tegar simpang5 semasa cuti sem, untuk permulaan ramai yang tidak dapat mari, mungkin dek kerana kurang upaya kurang masa mahupun budget menghalang niat untuk bercuti bersama.
Tapi apa kes kepada mereka yang telah pun selamat pergi ke'sana? Ikuti kisah mereka yang di'rakan khas oleh salah seorang saksi: en.jay.. dengan segala hormatnya dipersilakan~




++Kami di sini!

Alhamdulillah Backpacking Volume #1 still on walaupun ade je yang tak kena. Untuk kali ni, BP disertai oleh aku (jay)+majis+walid+haziq+ammar. Dalam jam11.00 gerak, kitorang sampai dalam kul12.30 kat simpang PortDickson. Destinasi pertama, apartment yang bakal kami duduki di Glory Beach Resort, 16-A.

Aku fikir signboard di PD amat membantu sekali, kau boleh ke destinasi dengan mudah+cepat. Gambar diatas aku ambil bilamana kali pertama kaki kami menyentuh pasir disini, rasa indah sekali hehe. Destinasi pertama kami ke Teluk Kemang-Pusat Pelancongan PD, berbagai kedai dijumpai disana dari makanan hingga ke aksesori. Harga pula masih relevan, seluar pantai menjadi pilihan.

Sekitar jam 4 petang, dengan rasminya kami menodai punggung yang suci ini dengan air masin pantai Port Dickson. Kau pun tahu teori kerelatifan Albert Einstien, bilamana kau seronok masa berlalu terasa cepat sekali.

Hari hampir maghrib, kami memilih masjid terdekat sebagai destinasi ibadah+operasi membersihkan badan yang semacam belengas (ayat haziq). Sudah semestinya, ilmu tentang solat jama’ dan qasar yang di ajar Ustaz rahim kami praktikkan, seletah berbincang.. Destinasi makan kami malam ini di Saujana Seafood-dekat dengan Batu 4 PD.

Seperti mana kebiasaannya, mata mula kuyu tatkala butir nasi terakhir ditelan masuk ke esophagus (betulkan ejaan jika aku salah). Langkah terbijak adalah segera angkat kaki dan cuba mencari tapak mendirikan khemah. Namun sedikit terkilan, misi mencari berakhir dengan tidur di motel.

++Mencari si bola yang hilang

Awal pagi tadi, selepas solat subuh yang sedikit terlewat, kami segera ke pantai Teluk Kemang, misi kami hanya satu, mencari bola walid yang hilang. Namun jangkaan ralat sedikit, jam 8 air masih belum surut sepenuhnya.

Cadangan duduk di motel sementara menunggu air surut kami ambil, dengan harapan jam 10 tepat kami akan lebih bersemangat untuk mencari si bola yang hilang, seperti biasa kita hanya merangcang, tepat jam 12 kami tiba di pantai Teluk Kemang lewat 2jam dari plan, haha.

Jam 1225- kami berlima sudah bersedia mencari
Jam 1250- sudah banyak lubang kami gali, namun tidak berjumpa
Jam 1305- harapan bertemu sudah semakin pudar
Jam 1330- kami semua berasda di pantai bermakna.. misi menyelamat gagal
Jam 1345- berangkat ke detinasi sebenar, Glory Beach Resort.

Tatkala kami tiba di sana, otakku tiba-tiba ligat beroperasi, mengimbau kenangan dahulu, ya mungkin sekitar 5 atau 6tahun lepas, aku pernah bercuti disini, Cuma keadaannya berlainan sedikit, dulu bersama keluarga kini hanya bersama teman.

Antara perkara wajib yang mesti dilakukan :
-bilas badan dari kemasinan pantai
-landing badan yang keletihan
-tunaikan kewajipan terhadap ilahi
-‘shoot’ view yang kami rase cool, hehe

Demi tidak mahu mensiakan waktu, petang itu kami krew Jalan-Jalan Cari Makan (bukan Marina Tengku Sabri ea) mencari gerai makan yang bertuah untuk di diognisis oleh kami, maafkan aku kerana merepek ya. Ternyata kami bertuah- terjumpa gerai yang sedap+harga berpatutan, tidak bermaksud mempromote mana-mana tapi kau mesti cuba jika singgah kesini - Restoran Mak Mah.

Dan keterujaan jelas terpampang di wajah En.Ammar, jika kau tenung kedalam matanya, kau akan nampak.. kolam renang, haha. Tanpa menhiraukan kandungan klorin disalamnya, front flip menjadi pembuka. Segala skill-skill di asrama dulu, lebih spesifik di kolah asrama kami pertontonkan, melainkan ammar-pengawas asrama suatu ketika dahulu, masih perlu banyak belajar, opss haziq juga hehe.

Tepat jam 6.30 kami naik ke bilik, dengan niat mahu berjalan disekitar persisir pantai, namun segalanya hanya khayalan bilamana tilam empuk+ dingin aircond sudah dikuasai. Alangkah nyamannya.

++Terapi Jiwa Ikan Siakap

Malam ini tidak seseram malam sebelumnya, mungkin dek kerana majis tidak merepek akan ‘dongengan malamnya’ atau mungkin juga misi malam ini untuk mencari ikan siakap melupakan segalanya. Berdasarkan titik rujukan yang diberikan oleh bapa haziq selaku senior krew Jalan-jalan Cari Makan, kau akan jumpa gerai itu selepas melalui Marina Beach Resort, berhadapan perkuburan melayu. Tanda jelas kau tidak salah, 4 lampu pendaflor berbagai warna menghiasi hadapan kedai.

Aku tidak mahu berbicara panjang mengenai menu kami, cukup jika kau tahu total akhir = RM77.50 + perut kenyang + hati gembira. Aku sempat sambar seluar jeans yang berstatus ‘rare design’ berharga RM5, kau dapat agakkan aku beli di mana?

Jam 12 kami sudah sedia untuk beradu, mungkin aku saja, leher terasa sengal, mungkin gusti air tempoh hari penyebabnya. Yang lain duduk didepan tv dengan niat menonton bola, ada yang melayari internet ada juga yang bersembang bujang. Dan tiba-tiba pandanganku kelam.. aku sudah tidur

++Selamat Tinggal Dunia

Pagi tadi kami bangun awal sedikit, atau lebih tepat Ammar yang mengejutkan kami, sembahyang subuh bersama, menonton MHI juga bersama, tidak terlintas hendak membasahkan baju hari ini, dan aku juga, lepak dikatil bersama laptop memeras otak menulis cerita ini.

Jam8 pagi, Haziq dan Ammar bertolak kembali ke Teluk Kemang dengan niat membeli cenderamata untuk U-din, walid dan majis terlantar awal dan akhirnya ditemankan aku. Lena bersama keseronokan semalam yang tak mungkin berulang.

Dalam kelenaan kami dekejutkan oleh berita gempar! Tayar kereta Haziq sudah bocor, tercucuk paku barangkali. Kami bergegas (sebenarnya agak lambat) ke tempat kejadian, segala berjalan lancar dek kerana alatan yang lengkap bagi menukar tayar. Sempat juga kami bergambar bagi dikenang di hari kemudian.

Kami perlu check-out jam12 tengah hari, namun sekarang jam sudah menunjukkan jam12.08, Haziq masih mandi sedang yang lain melepak menonton WHI. Jika tiada sebarang masalah, kami bakal tiba di Petaling Jaya, 1 setengah jam kemudian.

Sebagai tambahan, aku harap lain kali kami boleh bercuti bersama lagi, atau mungkin disertai rakan-rakan sekolah yang lain, tanpa sebarang paksaan+sakit kepala, kalau kau minat segera hubungi kami untuk mendaftar, insyaAllah tahun hadapan kami ke Pantai Timur pula.
Sampai disini coretan kami, salam ceria & selamat tinggal dunia.. ops Port Dickson. Later~

-Backpacking Volume #1 Tamat-
p/s : gambar-gambar di'sana akan di'upload kemudian, jangan ketinggalan~


10 July 2009

tarbiyah:habis di pintu pagar sekolah?

ingat duludulu?
macam mana kamu diajar bertudung?
macam mana kamu di ajar berstokin?
macam mana kamu di ajar bergaul?
ingat?

ingat duludulu?
pusat sampai lutut itu aurat kamu
kamu yang akalnya sembilan.

ingat duludulu?
kamu lelaki
kamu perempuan
kamu bukan mahram
jangan main pegangpegang

ingat duludulu?
tengok budak sekolah luar sekalisekala
dalam hati mengutuk tak ingat
tak reti ke benda tu aurat?

ingat duludulu?

atau dah lupa?

atau kita sengaja lupa?

atau kita dah tinggal semua
bila langkah keluar pintu pagar sekolah?

adakah keluar dari pintu pagar sekolah,
telah menghantar kita ke syurga
sehingga tidak perlu lagi merisaukan neraka.


p/s: i have been very disappointed, each day i headed to, every time i look back. seriously yes!

05 July 2009

CGPA lambang ukuran sebenar intelektualisme pelajar?

tengok korang senyap je, x bersiafat aktif n proaktif, aku cadang topik ni untuk korang bagi pandangan...bosan gak kita jer cakap,tulis.

jauh perjalanan, luas pengalaman. tajam kritikan?

Lama rasanya x menulis. Tengok jai soghang manjang post, terasa nak kongsi sesuatu. Sharing is caring, am i rite? Huhu...setelah menghabiskan masa yang banyak (either bermanfaat or tak) ngan majis oku, walid al-sakop, haziq al-perutiy, Jai al-masam ngan beberapa lain cam bufon,mukh ngan yang seangkatan. Bermula ngan jejalan tgk wayang, then ada rancangan sebalik batu Jai membawa kami jalan sejauh Pangkor, memandi air terjun (2 kali woo), pi dusun buah-buahan Jai kat Melaka dan sebagainya. Penat gak r sampai Majis layak menerima zakat coz dah jatuh papa. 3 bulan agak terisi ngan aktiviti. Ada masa bleh jalan...lagi mudah buat yang dekat2 ngan lembah kelang... yang kat puncak alam bleh dipertimbangkan.

Bukan tu yang aku dok sibuk menulis, tapi pengalaman yang berharga dan menaikkan bulu roma ‘kawe’ semenjak menadah kitab agama dari sekolah hingga ke universiti akan kekal dalam ingatan. Aku datang ke Kelantan bagi menemankan parents aku ziarah abang aku yang baru berpindah rumah di Kok Lanas, Ketereh. Pada 2nd day, aku dibawa ziarah ke sebuah perkampungan pelajar pondok yang cukup terkenal, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Aku datang ziarah penaung tempat ni yang terkenal sebagai ulama’ terkenal Kelantan, Tok Guru Haji Hashim atau orang panggil kat sini, Tok Ayah.
Dari jauh aku dengar citer dia, aku hormat,kagum sebagai ulama’ kan. Tapi aku mai sana, segalanya tidaklah berubah, namun ia perlu di’review’ kembali. Aku datang ziarah dengan semangat yang tinggi dan hormat yang menggunung, but i saw n heard very much mistakes n unacceptable matters. Sebelum sampai ke rumah utama Tok Guru tu, aku terpaksa menempuh rumah2 pelajar pondok yang begitu DHAIF bagi zaman la (sekarang). Sambungan elektrik yang menakutkan, tempat yang uzur, persekitaran yang kotor berbau! Sepatutnya ia bukan kawasan belajar agama! It’s totally shame! Really, believe me. Aku rasa ko haziq kalau masuk sana, mulut ko membebel, kalau ko senyap pun, dalam keta mesti ko bagi ‘pakej’! aku masuk umah tu. Ooo...act, abang aku adalah antara orang yang rapat ngan dia(Tok Guru tu). Abang aku jaga umah dia kat Mekah. Ok, sambung, pas aku masuk, dia ada pelawat yang nak mintak air penawar anak dia yang masuk UIA PJ x bleh studi coz cam blurrr... aku tanya bila masuk? Baru seminggu, jawab mak dia. La, tunggu la sebulan dua, anak laki soghang memang la camtu pisah Kelantan- KL. Sat2 r. X pe lah. Terpulang.
Tapi, bila Tok Guru tu buat air penawar, then citer2 aku dah mula x selesa. Mula2 dia citer yang umur dia kat 90 lebih. Ok aku percaya. Then dia kata coz dia makan cengkih, dia kuat lagi, mata cerah, kulit sihat walau x bleh jalan,diri pun x leh. Kadang lawak gak. Dia kata jantung dia ok pasal makan cengkih gak...Our docs, may u research for this statement? Hmmm? Then dia bagi komen lagi, dia kata: “doktor2 ni x pandai, sebab x belajar Islam. Adakah nak belah jantung, bedah. Pastu ada pesakit yang mati. Tu doktor2 bodoh buat orang mati. Doktor pandai, x buat orang mati”. Wa...ternganga aku dengaq. Mana la doktor pakar yang x pernah wat a single mistake. Adakah hangpa yang blajaq medic, yang wat kajian pasal jantung x perlu belah2, check2? Nak tgk aliran darah dalam jantung, masalah dalam jantung? Tgk mikroskop bleh nampak ek? Ooops! Jangan sentuh jantung, don’t ever try or dream to open it! (open the saseme!) u’ll become a stupid muslim!!! Aku antara nak tahan pecah perut gelak ngan blurr semua knyataan ni. Hmmm? Can u explain to me about all these hecks? X habis lagi, ada pompuan sebelah ni, ada growth dalam perut, so for a simple solution, mintak air penawar ketumbuhan dalam perut dia. ??????? mungkin kita bleh usulkan kat USM agar hospital pakar USM kat kubang kerian perlu ditutup, x berguna dah. Ada air penawar. Jai? Mungkin kita nak minum tu bleh baca mentera mickey mouse (bleh tgk kat channel astro 613 :5-6 pm). Mickey nya jampi: “Miska...Muska...Mickey Mouse!” then, ur growht will become a gold! Belive me bro! Haha lawak2 gak, tapi...inikah wajah agama yang cuba ditampilkan? Then budak tu dibagi air jampi. Tapi aku tak perasan bila dia buat air tu. Yang aku nampak, dia dibagi satu jug air, dia minum, kumur2 kot then air tu dibungkus...glupp.....cam air slurpee plak. Paper la, Cuma dalam hadis sahih, Nabi SAW ada larang minum air dari bekas minuman.

Aku solat kat masjid dia plak, solat ‘ghorib’ (ganu kata, :maghrib). Aku ingat selesa lah sikit berbanding kawasan umah yang...ummph..tapi duk masjid dia pun sama! Kawasan cam x terurus walau students ramai be! Surau al-Makmuriah al-Haj Simpang Lima lagi aku selesa solat doh...adakah silibus pelajaran dipondok x sebut Islam agama yang cukup titik beratkan kebersihan, kewangian, ketatatertiban, keselesaan? Ke korang rasa diorang x pernah tau? Pondok tu dah terdiri aku rasa kat seratus tahun dah, siap bleh wat Jubli Intan lagi. Tapi mentaliti jauh lebey teruk dari .....tut..... pakaian pelajar yang cukup berbau, tak terurus, serban lintang pukang, dan berbagai lagi ketidak Islamiknya mereka ini. Tolonglah berubah...aku pun belajar agama, x perlu pun nak berjubah 24jam dan jadi zuhud x bertempat n berbau masam (tapi x semua Cuma minoriti yang bleh bagi average). Komen korang?

04 July 2009

Lawatan Sambil Belajar (kononnya)

Gua selak balik laptop gua, rupa-rupa masih ada gambar yang gua belum publish, jika kalian masih ingat.. posting 'MOY- bukan Amoi ya' adalah salah satu tentatif daripada lawatan ringkas tingkatan 2 kita ke sana.

Apa kata kita bongkar gambar-gambar lain?

Tempat lawatan : MOY
Tujuan : Amik sign kartunis. Apa kes?

Kopiah oh kopiah~

nama saya syed walid syed omar!

sapa sabotaj ni. pic tangkap sekerat je

Then kita ada gak singgah & lawat Pusat Islam. Tujuan lawatan.. hmm.. usha-usha barang-barang lama. Paling gua ingat replika pedang zaman Rasulallah, sangat nice. Gua harap ketika itu dapat menghayun sekali dua.

Tempat lawatan : Pusat Islam
Tujuan : Kaji & ambil tahu sejarah Islam

di perkarangan pusat Islam. Majis yang berkopiah merah

udin yang gumbira~

rambut belah tengah rebutan gadis simpang5 yang bergaya

Then kalau kalian masih ingat, kita gak ada singgah The Mall, time tu kena paksa kena pakai kemeja & seluar slack lembut, dan kopiah sebagai pilihan. Agak kemas & bergaya. Usha sendiri baru layan beb.

Tempat lawatan :The Mall
Tujuan :Usha & Blah

otw.. tukar baju dalam bas pun jadi

wan cik yang sememangnya innocent


gua & abu time kecik

special pose-hafizuddin..lame xdgr cter die

betul ke tu majis.heh

pulun jangan tak pulun

walid sebelum minum susu tumbesaran

'dengarlah kata guru anda' kata wancik

ngah tunggu bas..bukan jual minyak ya?

'peaceman' kata oden

otw balik..jemek yang sentiasa senyum manja

if u smeeeellll~

Ingat lagi tak, otw balik malam tu kita sempat melayan 'dark water'.. citer seram kononnya, tapi bagi orang-orang mudah penin, melayan tidur saja.

Kredit kat walid sebab kongsi gambar-gambar kat atas. Dan kat muk sebab tolong scan.nice job bro :D