Okay, jom zoom sesi baraan kali ni.. sebelum tu, sila fahami kata ganti diri yang digunakan ye..(rujuk baraan syawal 1431 h sesi pertama)
Hari kedua, 5 syawal/14 september/selasa yang bahagia
1. Rumah syazani a.k.a zack
Tak dapat nak cerita banyak kerana ku tidak dapat hadir ke sini. Tetapi mengikut informasi, ada ‘mereka’ yang baru sahaja mandi walhal ramai sudah menunggu untuk bergerak ke rumah seterusnya.
2. Rumah syafiqah a.k.a syap
Menu khas: bihun goreng & pulut kuning
Ada berlaku kemalangan kecil yang ku tidak pasti siapakah yang terlibat. Pagi2 lagi dah ade kecoh2.
‘mereka’ yang sedang berbincang sambil menjamu selera
Dan ‘mereka’ lagi.. Lokasi berhampiran tempat kemalangan kecil.
3. Rumah wan nurhanis a.k.a hanis
Menu khas; nasi lemak, mee jawa
‘Kami’ yang masih belum siap menjamu selera telah pun dipanggil oleh ‘mereka’. Nampak kan improvement ‘mereka’..
4. Rumah farah
Menu khas: nugget, mee goreng
Seperti biasa, bersembang2 sambil menjamu selera.
5. Rumah syukri a.k.a syuk
Rumah yang diziarahi tanpa dirancang. Sebenarnya, sebelum tu, kami semua telah cuba menerjah beberapa rumah cikgu sekitar taman makmur (kalau ku tak salah) tapi semua cikgu pun tiada. Dan sedikit kemalangan kecil lagi sekali telah berlaku, mungkin dari insan yang sama..err..ku kurang pasti.
6. Rumah cikgu arfah
Cikgu sejarah dan bahasa melayu yang amat dedikasi. Cikgu panggil kami semua putera-puteri, membuatkan ku terkenang-kenang zaman sekolah dulu. Dan paling best, en.abu diminta membacakan doa makan. Serius, memang cam kat sekolah.
7. Rumah cikgu azlina
Cikgu amat berbesar hati dengan kedatangan kami yang telah pun memenuhi ruang depan cikgu sehingga bersesak-sesak.
8. Rumah suhaila
Menu khas: mee goreng
Kelihatannya semua sudah penat dan senak perut. ‘Kami’ & ‘mereka’ berehat untuk menyahut seruan Ilahi di waktu zohor. Berpecah juge lokasi solatnya. Kebanyakan ‘mereka’ solat berjemaah di surau Taman Setia Jaya (owh,tamanku yang best) dan 'kami' menumpang solat di rumah syida.
9. Rumah syida
Menu khas: mee bandung
Semua kembali kelaparan&berselera sekali. Mungkin kerana telah mengadap Ilahi, perut pun stabil semula.
Kegembiraan ‘kami’ yang bertemu dengan sahabat yang sentiasa dekat di hati
10. Rumah mahfuzah@ustaz hafid
Menu khas: kentang goreng dan nugget
Ustaz kurang sihat. Moga Allah beri kesembuhan padamu, ustaz. Ini adalah antara rumah terakhir dikalangan ahli2 baraan kerana ade yang terpaksa pulang lebih awal.
Sesi bergambar kenangan berhampiran rumah ustaz sebelum sebahagiannya pulang lebih awal
Bahagia rasenya berkumpul kembali
11. Rumah cikgu alim
Menu khas: buah-buahan segar dari ladang
Serius, sangat menyedapkan perut bila dapat menjamu buah setelah meredah terik mentari. Dan tentu sangat seronok bertemu cikgu semula. Sebenarnya, ‘kami’ mendapat panggilan semula dari cikgu untuk ziarah setelah terjahan pertama (taman makmur) tu cikgu keluar rumah sebentar.
12. Rumah hafizi a.k.a PG
Tak ramai yang ikut ke sini. Mungkin ramai yang sudah tidak larat dan pulang lebih awal. Tapi tempatnya memang indah permai dengan pokok rambutan yang rendang.
13. Rumah syazwani nabila a.k.a benjo
Menu khas: ku tak berapa ingatla benjo..ampun maaf
Tapi hidangannya memang best. Di sini pun berlaku perpisahan sebahagian besar ahli baraan. Kire rumah terakhir untuk sesi ini.
14. Rumah madiha
Menu khas: nugget dan kentang goreng
Ku mendapat jemputan khas ke sini. Maka, ‘kami’ & ‘mereka’ yang tinggal berdua ingin memenuhi jemputan tetap bergegas ke sabak bernam walau jam sudah hampir pukul 6. Masih seronok berkumpul walau ahli baraan hanya tinggal kurang lebih 10 orang sahaja.
Inilah ‘mereka’ yang terpaksa komited untuk sampai ke sabak bernam.
Sekian dulu…maaf jika terdapat kekurangan.
Sepanjang kembara ni, ku panjatkan kesyukuran di atas ikatan hati yang Allah titipkan pada kite semua hingga hari ini dan moga ukhwah ini berkekalan ke syurga. Kesan dari nasyid Doa Rabitah kot..
yang mana masih ingat, jom kite semua baca nasyid Doa Rabitah cam kat sekolah dulu..
“hati ini telah bersatu”
“bersatu memikul beban dakwahMu”
“Hati ini telah berpadu”
“Berpadu...." dan baru kusedar rupanya, ku pun sudah terlupa nasyid ni..jadi pada sahabat yang masih ingat boleh disambungkan untuk tatapan bersama. (ampun maaf ye)
~sekian,Assalamualaikum~
Terima kasih semua
p/s: owh ya, credit to syap for the pictures again n credit to en.mukhlis menumpangkan ku&rakan2 (hanis, syap,umeng)untuk sesi ini juge cik mahfuzah yang membawa ku&rakan2 (syap,hanis) ke sabak bernam. Terima kasih.
owh..ampun maaf sahabat2, kerana sesi kedua tidak digarap dengan begitu kemas..
ReplyDeletehehehe tergelak lak aku baca
ReplyDeletemenu uma benjo.. mee udang
owh..tq en.jay atas information menu tu ye..tu gelak terhibur atau gelak sebab hampeh?
ReplyDeletesaya bukan bekas pelajar simpang lima namun saya rumate suhaila dan nak menyibuk kat cni..ehe..
ReplyDeleteseronok tengok korang semua baraan..best kan bila jumpa kwn2 sekolah semula.semoga ukhwah berkekalan selamanya..
he3..terima kasih ain.
ReplyDeleteamin, moga ukhwah yang kite bina berkekalan juga..
tapi serius, ramai di luar sana (insan2 di sekelilingiku) yang rasa best dengan baraan batch 14 ni..moga2 dapat diteruskan..
waa....menarik2....tp 2 thn lg(final thn5 lps raya) baru dpt join baraan n(.kalo panjang umo)..huhuhu
ReplyDeletetergelak sebab terhibur, berbakat jugak ko ni. kehkeh
ReplyDeletethanks su...sgt2 rindu zaman skolah...
ReplyDeleteslave of Allah - moga2 diberi kesempatan, i/Allah. xpe, dahulukan yg aula..
ReplyDeleteen Jay - alhmdulillah. idea tu dr DIA&semua org pun berbakat..ko apatah lagi..ngee~
haziq - same2 haziq..ak sgt2 setuju sbb zmn sek mmg best..