25 October 2010

Epilog baraan syawal 1431 h: Muhasabah

Cewah! Macam novel pulak, epilog-epilog ni. Walaupun siri kali masih berkisar tentang baraan tapi dalam mood seius sikit la..jadi sebelum itu ku ingin mendefinisikan makna baraan (kes “sik” dari klate tanyo “gapo die baraan tuh?”) dan muhasabah (kerana perkataan yang ni kurang tempatan sikit-bukan perkataan dalam kamus “Satu Malaysia”-). Tapi kalau dua perkataan ni tiada dalam kamus ahli-ahli batch 14 jugak, memang nak kena ketuk kepala tu, biar kembali sikit ingatan yang hilang tu. Okay, jom zoom…

Baraan:

berkemungkinan berasal daripada perkataan jawa yang telah diasimilasikan (terpengaruh secara kekal) sebagai perkataan tempatan sekitar sabak bernam khususnya. Merujuk pada satu kumpulan besar (mungkin satu kampong, satu taman atau satu sekolah hatta satu daerah) yang datang berziarah rumah ke rumah dan kebiasaannya dianjurkan semasa musim perayaan. Perkataan ni memang unik sebab “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10) pun tak dapat nak definasi kan perkataan ni.

Muhasabah: perkataan arab yang berasal daripada perkataan ‘hisab’. Maksudnya, menghitung. Jadi perkataan ini digunakan bukanlah merujuk menghitung duit raya yang kite semua dapat hasil dari kembara itu(malangnya memangg tiada duit untuk dihitung pun) tapi lebih kepada menghitung-hitung diri kite semua selaku ahli-ahli kembara, selaku batch 14 SMK AGAMA SImpang Lima, selaku insan yang membawa imej ISLAM dan terpenting selaku HAMBA ALLAH SWT. Kalau merujuk “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10), muhasabah bermaksud perakaunan yang mana tidak boleh digunakan sama sekali dalam konteks “post” ini. Tula, bukan boleh percaya sangat dengan “puan“ tersebut..

Jadi secara keseluruhannya, “entry” kali ini membincangkan tentang apa hasil koreksi muhasabah dari diri penulis sendiri selepas melalui “pahit manis” baraan syawal 1431 h yang lalu.

1. Jaga waktu

Waktu sangat penting. Seperti pepatah arab menyebut, “jika anda tidak memotong (mendahului) masa maka pastilah masa yang akan memancung anda”. Waktu yang wajib/mesti/ patut ditekankan ialah waktu SOLAT dan waktu ketika BERJANJI.

Malah, Allah swt juga banyak berfirman dalam kalamNya berkenaan waktu. Antaranya Al-asr,1-3:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

2. Adab berziarah

Ziarah rumah orang wajib/mesti/patut jaga adabnya. Tak bolehlah main aci redah je. Allah swt telah berulang menegaskan dalam kalamNya dan antaranya Annur,27:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beradab ketika bertamu (ehem, bab makan pun termasuk dalam adab bertamu ye, jadi bepada-pada selalu).


3. Etika berpakaian

Etika ni bukanlah direka-reka olehku. Malah manusia seluruhnya, tak perlu pening-pening mencipta etika berpakaian kerana Allah swt telah pun menyediakan peraturan-peraturan berpakaian dalam kalamNya. Antaranya Annur, 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Owh, walaupun ayat ini ditujukan kepada muslimat, encik-encik putera juga wajib/mesti/patut tahu aurat yang perlu dijaga. Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang mengikut etika-etika yang telah ditetapkan.

4. Jaga batas pergaulan

Walau gembira sekalipun berkumpul bersama, batas pergaulan muslimin muslimat wajib/mesti/patut dijaga kerana Allah swt juga telah menegaskan dalam kalamNya. Antaranya Annur, 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang taat pada segala perintahNya.

Jadi, ini adalah hasil koreksi diriku. Ia adalah sebagai ingatan untuk diriku sendiri dan kepada sahabat tanda kasih sesame saudara seakidah, moga-moga tiada sahabat-sahabat yang berkecil hati. Dan semoga program-program yang akan datang akan meningkat lebih baik dan tiada yang kite kejar melalui program-program “reunion” ni melainkan redha Ilahi. Ampun maaf dariku juga..

~sekian, Asslamualaikum~

p/s: Jadi, muhasabah anda bagaimana?

02 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi kedua

Alhamdulillah, dapat juga menyambung untuk sesi kedua ni. Untuk kali ini, lebih banyak rumah dapat dikunjungi dan ‘mereka’ pun semakin memahami konsep “datang berziarah” bukan “datang bersembang tak ingat dunia”. Maka 20 minit telah ditetapkan untuk setiap rumah (‘mereka” yang menetapkan bukan ‘kami’..erm,menakjubkan). Owh ya, ahli baraan pun lebih ramai berbanding sesi pertama.

Okay, jom zoom sesi baraan kali ni.. sebelum tu, sila fahami kata ganti diri yang digunakan ye..(rujuk baraan syawal 1431 h sesi pertama)

Hari kedua, 5 syawal/14 september/selasa yang bahagia

1. Rumah syazani a.k.a zack

Tak dapat nak cerita banyak kerana ku tidak dapat hadir ke sini. Tetapi mengikut informasi, ada ‘mereka’ yang baru sahaja mandi walhal ramai sudah menunggu untuk bergerak ke rumah seterusnya.

2. Rumah syafiqah a.k.a syap

Menu khas: bihun goreng & pulut kuning

Ada berlaku kemalangan kecil yang ku tidak pasti siapakah yang terlibat. Pagi2 lagi dah ade kecoh2.

‘mereka’ yang sedang berbincang sambil menjamu selera

Dan ‘mereka’ lagi.. Lokasi berhampiran tempat kemalangan kecil.

3. Rumah wan nurhanis a.k.a hanis

Menu khas; nasi lemak, mee jawa

‘Kami’ yang masih belum siap menjamu selera telah pun dipanggil oleh ‘mereka’. Nampak kan improvement ‘mereka’..

4. Rumah farah

Menu khas: nugget, mee goreng

Seperti biasa, bersembang2 sambil menjamu selera.

5. Rumah syukri a.k.a syuk

Rumah yang diziarahi tanpa dirancang. Sebenarnya, sebelum tu, kami semua telah cuba menerjah beberapa rumah cikgu sekitar taman makmur (kalau ku tak salah) tapi semua cikgu pun tiada. Dan sedikit kemalangan kecil lagi sekali telah berlaku, mungkin dari insan yang sama..err..ku kurang pasti.

6. Rumah cikgu arfah

Cikgu sejarah dan bahasa melayu yang amat dedikasi. Cikgu panggil kami semua putera-puteri, membuatkan ku terkenang-kenang zaman sekolah dulu. Dan paling best, en.abu diminta membacakan doa makan. Serius, memang cam kat sekolah.

7. Rumah cikgu azlina

Cikgu amat berbesar hati dengan kedatangan kami yang telah pun memenuhi ruang depan cikgu sehingga bersesak-sesak.

8. Rumah suhaila

Menu khas: mee goreng

Kelihatannya semua sudah penat dan senak perut. ‘Kami’ & ‘mereka’ berehat untuk menyahut seruan Ilahi di waktu zohor. Berpecah juge lokasi solatnya. Kebanyakan ‘mereka’ solat berjemaah di surau Taman Setia Jaya (owh,tamanku yang best) dan 'kami' menumpang solat di rumah syida.

9. Rumah syida

Menu khas: mee bandung

Semua kembali kelaparan&berselera sekali. Mungkin kerana telah mengadap Ilahi, perut pun stabil semula.

Kegembiraan ‘kami’ yang bertemu dengan sahabat yang sentiasa dekat di hati

10. Rumah mahfuzah@ustaz hafid

Menu khas: kentang goreng dan nugget

Ustaz kurang sihat. Moga Allah beri kesembuhan padamu, ustaz. Ini adalah antara rumah terakhir dikalangan ahli2 baraan kerana ade yang terpaksa pulang lebih awal.

Sesi bergambar kenangan berhampiran rumah ustaz sebelum sebahagiannya pulang lebih awal

Bahagia rasenya berkumpul kembali

11. Rumah cikgu alim

Menu khas: buah-buahan segar dari ladang

Serius, sangat menyedapkan perut bila dapat menjamu buah setelah meredah terik mentari. Dan tentu sangat seronok bertemu cikgu semula. Sebenarnya, ‘kami’ mendapat panggilan semula dari cikgu untuk ziarah setelah terjahan pertama (taman makmur) tu cikgu keluar rumah sebentar.

12. Rumah hafizi a.k.a PG

Tak ramai yang ikut ke sini. Mungkin ramai yang sudah tidak larat dan pulang lebih awal. Tapi tempatnya memang indah permai dengan pokok rambutan yang rendang.

13. Rumah syazwani nabila a.k.a benjo

Menu khas: ku tak berapa ingatla benjo..ampun maaf

Tapi hidangannya memang best. Di sini pun berlaku perpisahan sebahagian besar ahli baraan. Kire rumah terakhir untuk sesi ini.

14. Rumah madiha

Menu khas: nugget dan kentang goreng

Ku mendapat jemputan khas ke sini. Maka, ‘kami’ & ‘mereka’ yang tinggal berdua ingin memenuhi jemputan tetap bergegas ke sabak bernam walau jam sudah hampir pukul 6. Masih seronok berkumpul walau ahli baraan hanya tinggal kurang lebih 10 orang sahaja.

Inilah ‘mereka’ yang terpaksa komited untuk sampai ke sabak bernam.

Sekian dulu…maaf jika terdapat kekurangan.

Sepanjang kembara ni, ku panjatkan kesyukuran di atas ikatan hati yang Allah titipkan pada kite semua hingga hari ini dan moga ukhwah ini berkekalan ke syurga. Kesan dari nasyid Doa Rabitah kot..

yang mana masih ingat, jom kite semua baca nasyid Doa Rabitah cam kat sekolah dulu..

“hati ini telah bersatu”

“bersatu memikul beban dakwahMu”

“Hati ini telah berpadu”

“Berpadu...." dan baru kusedar rupanya, ku pun sudah terlupa nasyid ni..jadi pada sahabat yang masih ingat boleh disambungkan untuk tatapan bersama. (ampun maaf ye)

~sekian,Assalamualaikum~

Terima kasih semua

p/s: owh ya, credit to syap for the pictures again n credit to en.mukhlis menumpangkan ku&rakan2 (hanis, syap,umeng)untuk sesi ini juge cik mahfuzah yang membawa ku&rakan2 (syap,hanis) ke sabak bernam. Terima kasih.

01 October 2010

baraan syawal 1431 h sesi pertama

Salam. Moga sahabat2 semua sentiasa dalam limpah rahmatNya. Lama tak post sesuatu di sini. Jadi ku fikir ade baiknya catatan yang asalnya untuk simpanan peribadi ini dikongsi bersama. Untuk tatapan sahabat2 yang tidak dapat ikut baraan ni dan sebagai catatan kenangan pada sahabat yang mengikuti.
Sebelum itu, ku mohon jutaan maaf jika ada perkataan yang akan mengguris@menyakit hati.. jika ada rumah yg tertinggal sila beritahu padaku..dan ampun maaf kerana aku insan biasa yang bias terlupa..
dan sebelum membaca sila fahami kata ganti diri yang digunakan.
i. Ku = penulis
ii. 'kami’ = cik-cik puteri
iii. ‘mereka’ = encik-encik putera

Jom kita kenang-kenangkan sesi pertama, 4 syawal/13 september/isnin

1. Rumah amir a.k.a. mentol
menu khas: cucur udang @ bilis..err..ku kurang pasti. (ampun maaf)
Masih menanti rakan2 lain. Mengambil keputusan untuk berkumpul di sekolah sahaja.

2. Sekolah kesayangan semua
Cadangan asal: menziarah kuartes guru dalam sekolah.
Sekali kena temu ramah dulu dengan pak cik guard garang dan dikabarkan semua cikgu masih belum pulang beraya. Serius, sekolah banyak mengalami perubahan alam sekitar. Takpe masih sempat bergambar kenangan di sini. Besoknya, baru tau teacher zu ade je kat rumah. Takde rezeki kami semua.

Sekolah kesayangan kita semua…

3. Rumah cikgu jaharah
Takde rezeki nak jumpa cikgu kerana cikgu sudah keluar. Takpe, ziarah rumah pun ok.

4. Rumah cikgu bosrawi&cikgu latifah
Menu khas: nasi impit kuah kacang (dalam polistrin lagi) dan gula2 koop..
Seronok sembang2 dengan cikgu. ‘mereka’ sampai marah ‘kami’ kerana keluar awal sangat.

5. Rumah syazwani a.k.a wani
Misi lain: menjemput cik syazwani untuk menyertai baraan ini.
‘mereka’ masih berlenggah-lenggah dan ‘kami’ terpaksa bersabar menunggu.

‘kami’ yang sedang menunggu untuk pulang

Tapi ‘mereka’ yang baru nak naik rumah..sabar je la

6. Rumah umi nurfatin a.k.a umeng
Ramai yang baru sampai di sini. Menambahkan lagi ahli2 baraan. Umeng sempat memperkenalkan ANAK saudaranya kepada ‘kami’. ‘kami’ siap passing2 dalam halaqah lagi dan ‘mereka’ bersembang2 dgn kawan2 yg baru tiba.

7. Rumah nurnadiah a.k.a nona
Menu khas: laksa
Terima kasih nona&family menyediakan lunch istimewa pada hari tersebut. Juga ‘kami tumpang bersolat. Dan ‘mereka’ solat berjemaah di masjid sekinchan.

8. Rumah (ku terlupa namanye, ampun maaf) a.k.a jawa
Menu khas: bihun tom yam
Mendapat jemputan tiba-tiba setelah masing-masing tiada arah tuju kerana plan yang belum lagi tersusun. Apa salahnya, berkumpul untuk ziarah sahabat-sahabat kan..

‘mereka’ yang sedang lepak-lepak seperti biasa


9. Rumah arif anuar
Ramai terlepas rumah ni sebab tersesat kerana kereta paling depan sekali terlalu lajunya.


10. Rumah azizuddin a.k.a odin
Menu khas: bihun sup
Rasanye ahli rombongan makin bertambah-tambah.err..ku pun kurang pasti juga tapi kelihatannya begitu la. Yang penting, ramai dah penat.

Antara ‘mereka’ yang menyertai

Deretan kereta-kereta yang menyertai konvoi

Dan deretan kereta lagi

Dan lagi..
p/s: sebenarnya kereta-kereta ni tidaklah digunakan semaksimum kapasitinya maka jangan menganggar bilangan ahli berdasarkan bilangan kereta..okay?

‘kami’ yang mahu berangkat ke rumah terakhir dan ‘mereka’ yang semakin cepat bergerak. Alhamdulillah.

11. Rumah mariam a.k.a mary
Rumah last untuk sesi pertama. ‘kami’ & ‘mereka’ tumpang solat asar.
Bersurai dan merehatkan badan untuk sesi seterusnya..

Sekian dulu untuk sesi pertama, insyaAllah akan disambung untuk sesi kedua..

Credit to syap untuk gambar. Sebenarnya, banyak lagi gambar tapi untuk kemaslahatan semua khususnya ‘kami’, hanya gambar yang terpilih sahaja diletakkan.

Credit to lela yang sudi menumpangkan ku untuk sesi baraan ini.