11 August 2011

Potret-PoTret Ramadhan

Assalamualaikum buat anda yang masih membaca blog empayar 14 ni.Menanti-nanti admin menghantar post baru. Jadi dikesempatan yang masih ada, saya mewakili kawan-kawan yang menuntut di UIAM ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan menikmati malam lailatul qadar.Tidak lupa juga kita sedekahkan al-fatihah buat guru-guru pendidik di SLISS yang telah pulang ke rahmatullah.Arwah Ust Sobri dan Ust hafid.Semoga guru-guru yang tidak sihat cepat sembuh dan yang memang sembuh di sembuhkan lagi fizikal dan rohani terutama ustaz md noor dan cikgu basrowi.Juga doakan guru-guru yang lain agar dikuatkan hati dan iman dalam mendidik adik-adik kita di Simpang Lima yang kini  dilanda krisis akhlak dan budaya tidak elok.Nasihat saya yang tak berapa sempurna ni..Saya tidak kisah anda seperti apa di universiti masing-masing(pemain bola sepak terkenal ka, penyanyi merdu ka,pimpinan kampus ke,pemain gitar ke) asal anda semua meletakkan Allah dan Rosul di tingkat paling tertinggi di Hati anda..ia sudah mencukupi buat saya yang bergelar kawan.

Baiklah,17 Ramadhan bakal menjelang, berlaku peristiwa besar dalam sejarah Islam. Apabila disebut Nuzul al-Quran, pasti ramai yang tahu mengenainya. Namun, jika disebut Badar Kubro, ramai diantara kita yang tidak mengetahuinya.Tapi ex-student Simpang 5 mesti tahu.


Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak banyak info dan maklumat disebarkan berkenaan peristiwa Badar Kubro berbanding dengan peristiwa Nuzul al-Quran yang amat masyhur dikalangan umat Islam di Malaysia.

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadah,  jinayah,  muamalah,  sains,  teknologi dan sebagainya. Firman Allah S.W.T :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). – al-An’am : Ayat 38
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq :
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – al-‘alaq : Ayat 1-5
BADAR KUBRO

Tanggal 17 Ramadhan juga, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.

Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.

Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.
Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.
Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering.

Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset.
Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang.

Perang akhirnya meletus dan diakhiri dengan kemenangan dipihak Islam yang serba kekurangan disegi kelengkapan tetapi tinggi disegi keimanan dan keperwiraan.

HIKMAH DAN PENGAJARAN
Pertama : Perang atau Jihad, adalah satu kefardhuan bagi umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ia adalah suatu yang realiti. Persediaan kearahnya adalah mesti. Tuntutan terhadapnya demi kemenangan Islam adalah pasti.
Kedua : Didalam hidup ini, kadangkala kita menghendakki sesuatu tetapi Allah menghendaki yang lain pula, dengan hikmah yang tertentu yang hanya diketahui olehNya.
Ketiga : Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan Allah S.W.T yang menentukan kejayaan.


Dipetik dari: imranshamsir website

06 April 2011

Which one You likes?

Assalamualaikum buat semua kengkawan SPM'05 dan empayar rom 14.Harap anda semua sihat la dan sentiasa didalam jagaan Allah.
So..without further due , I just want to share something.Tengok blog ni pun dah bersawang.Not bersawang je.berhabuk, berdebu,,ber....korang sambung lah sendiri..

ok..kita terus pada topik diskusi.Sekarang dunia technology sudah bercambah umpama biji benih yang sangat 'baek punya'.Everything in your hand..Dan,tak kurang juga dunia para bloggerz. Ada setengah antara anda meminati blog seperti ini..ini..ini dan ini..ada juga yang minat blog seperti itu itu dan itu..kalau nak senarai semua confirm panjang entri ni.Anyway..Anda kalau boleh nak up to date seiring dengan mereka yang up to date..But which one you choose??which one you like???macam facebook pula.boleh like-like.ha..yang 'ini' atau yang 'itu'??Saya layan dua-dua..

Tak kisah lah mana 1 pun blog yang korang suka..asalkan iman still di dada.Amalan masih istiqomah dibuat.Yang penting mana-mana peminat fashion tudung dan peminat gaya macho baru..hopefully dalam kita nak up to date dengan benda macam itu ,tak salah kalau kita update juga iman kita.Sekadar muhasabah diri sendiri..Bacaan mathurat kita amalkan dulu..solat sunat yang kita selalu wat masa sekolah dulu..Solat jemaah hampir semua waktu..skang ada buat lagi tak??ke semua letak kat tepi 'kem salam jelah brother'..owh..yang pasti itu bukan student simpang lima kan..

Kalau blog ni berdebu, bersawang..tak kisah sangat tapi kalau pembaca blog ni yang berdebu dan bersawang..memang risau gila..so bersih-bersihkan diri masing-masing.

Dan yang terakhir nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan dan juga buat sesiapa yang ditahun akhir..usaha bagi lebih sikit dan moga graduate dengan CGPA yang ter'baek'..Dan ucapan tahniah juga untuk para adik-adik SPM kita yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu..

p/s: Ummi habibah kirim salam kepada semua..

25 October 2010

Epilog baraan syawal 1431 h: Muhasabah

Cewah! Macam novel pulak, epilog-epilog ni. Walaupun siri kali masih berkisar tentang baraan tapi dalam mood seius sikit la..jadi sebelum itu ku ingin mendefinisikan makna baraan (kes “sik” dari klate tanyo “gapo die baraan tuh?”) dan muhasabah (kerana perkataan yang ni kurang tempatan sikit-bukan perkataan dalam kamus “Satu Malaysia”-). Tapi kalau dua perkataan ni tiada dalam kamus ahli-ahli batch 14 jugak, memang nak kena ketuk kepala tu, biar kembali sikit ingatan yang hilang tu. Okay, jom zoom…

Baraan:

berkemungkinan berasal daripada perkataan jawa yang telah diasimilasikan (terpengaruh secara kekal) sebagai perkataan tempatan sekitar sabak bernam khususnya. Merujuk pada satu kumpulan besar (mungkin satu kampong, satu taman atau satu sekolah hatta satu daerah) yang datang berziarah rumah ke rumah dan kebiasaannya dianjurkan semasa musim perayaan. Perkataan ni memang unik sebab “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10) pun tak dapat nak definasi kan perkataan ni.

Muhasabah: perkataan arab yang berasal daripada perkataan ‘hisab’. Maksudnya, menghitung. Jadi perkataan ini digunakan bukanlah merujuk menghitung duit raya yang kite semua dapat hasil dari kembara itu(malangnya memangg tiada duit untuk dihitung pun) tapi lebih kepada menghitung-hitung diri kite semua selaku ahli-ahli kembara, selaku batch 14 SMK AGAMA SImpang Lima, selaku insan yang membawa imej ISLAM dan terpenting selaku HAMBA ALLAH SWT. Kalau merujuk “Puan Google-Translate” (setakat tarikh 25/10/10), muhasabah bermaksud perakaunan yang mana tidak boleh digunakan sama sekali dalam konteks “post” ini. Tula, bukan boleh percaya sangat dengan “puan“ tersebut..

Jadi secara keseluruhannya, “entry” kali ini membincangkan tentang apa hasil koreksi muhasabah dari diri penulis sendiri selepas melalui “pahit manis” baraan syawal 1431 h yang lalu.

1. Jaga waktu

Waktu sangat penting. Seperti pepatah arab menyebut, “jika anda tidak memotong (mendahului) masa maka pastilah masa yang akan memancung anda”. Waktu yang wajib/mesti/ patut ditekankan ialah waktu SOLAT dan waktu ketika BERJANJI.

Malah, Allah swt juga banyak berfirman dalam kalamNya berkenaan waktu. Antaranya Al-asr,1-3:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

2. Adab berziarah

Ziarah rumah orang wajib/mesti/patut jaga adabnya. Tak bolehlah main aci redah je. Allah swt telah berulang menegaskan dalam kalamNya dan antaranya Annur,27:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang beradab ketika bertamu (ehem, bab makan pun termasuk dalam adab bertamu ye, jadi bepada-pada selalu).


3. Etika berpakaian

Etika ni bukanlah direka-reka olehku. Malah manusia seluruhnya, tak perlu pening-pening mencipta etika berpakaian kerana Allah swt telah pun menyediakan peraturan-peraturan berpakaian dalam kalamNya. Antaranya Annur, 31:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung

Owh, walaupun ayat ini ditujukan kepada muslimat, encik-encik putera juga wajib/mesti/patut tahu aurat yang perlu dijaga. Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang mengikut etika-etika yang telah ditetapkan.

4. Jaga batas pergaulan

Walau gembira sekalipun berkumpul bersama, batas pergaulan muslimin muslimat wajib/mesti/patut dijaga kerana Allah swt juga telah menegaskan dalam kalamNya. Antaranya Annur, 30:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

Maka, mari kite semua menjadi hambaNya yang taat pada segala perintahNya.

Jadi, ini adalah hasil koreksi diriku. Ia adalah sebagai ingatan untuk diriku sendiri dan kepada sahabat tanda kasih sesame saudara seakidah, moga-moga tiada sahabat-sahabat yang berkecil hati. Dan semoga program-program yang akan datang akan meningkat lebih baik dan tiada yang kite kejar melalui program-program “reunion” ni melainkan redha Ilahi. Ampun maaf dariku juga..

~sekian, Asslamualaikum~

p/s: Jadi, muhasabah anda bagaimana?