01 December 2009

Pantang Larang Mandi Sungai






*gambar kat atas, bukan diambil oleh kami, hanya sedut sebab tadi hujan so kameraman takdapat beraksi

Huh, kehadiran kami ke Air Terjun Sungai Gabai disambut oleh awan mendung lantas hujan beberapa ketika selepas itu, jadi air yang terjun tadi beransur-ransur menjadi keruh+kelajuan tinggi. Nafsu untuk mandi manda terbantut lantas mencacatkan episod percutian kali ini.

Jadi ingin aku kongsikan beberapa pantang larang (tips-tips la lebih kurang) untuk korang mandi-manda.
  • Pastikan korang kenal pasti jalan menuju jika tempat mandi tersebut asing bagi korang, pakai google maps pun orait.
  • Semak jadual cuaca untuk hari perjalanan, ini amat penting kerana cuaca yang tak sesuai untuk aktiviti amat mempengaruhi emosi peserta.
  • Bawak pakaian yang sepatutnya, suar pendek yang menutup aurat, baju nipis untuk lelaki, bola pantai dan lain-lain. Kalau boleh dan pakai siap, senang sikit, sampai terus terjun.
  • Bawak'lah bekalan makanan sedikit, paling basic, roti gadinia, air masak 2liter & tuna. Sebab lepas hepi-hepi dalam air, perut korang memang ralat'lah.
  • Kalau boleh, pastikan peserta yang join aktiviti tersebut ada yang handal berenang (senang kalau ada yang buat-buat lemas), ada yang tak pandai berenang (untuk jaga barang & ingatkan member-member jangan lupa diri), bonus kalau ada yang pandai masak, boleh layan bbq+nasi goreng.
Buat masa ini itu sahaja, kalau korang ada tips jugak, kongsikan sahaja di'ruangan komen.

p/s: aku baru dapat gambar-gambar hangat dari cik walid & haziq, tunggu~

    30 November 2009

    MTB di Sungai Gabai

    MTB adalah singkatan bagi mandi tanpa bogel bahaya, dicadangkan oleh cik walid pada lewat tengah malam semalam, selepas abis menengok cerita bunuh-bunuh Ninja Asassin.

    Yah, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, selepas confirmation kedudukan en majis, plan berubah untuk bertolak pada sebelah petang, selepas zuhur..

    Unutk pengetahuan, seluar pendek  berus gig ditaja khas oleh cik walid, aku harap panduan yang google berikan jitu, dan cuaca elok untuk kami bermandi manda.Kepada mereka yang ada masa lapang tetapi tak join, doakan supaya kami selamat pergi dan balik ya?

    Dan kepada debaters universiti, semoga berjaya..kami pergi mandi manda dahulu~

    Fast Update..Fast Plan!

    Korang, esok bersamaan 1hb Dis 2009, free x? Sebab cuti dah tak lama, duit pun tak selalu ada, jadi plan mengejut pun biasa terjadi, untuk kali ni.. mandi-manda di Sungai Gabai.. ada brani?


    *berikut adalah peta dari shah alam ke sana.. kepada mereka yang berlainan arah, cari sendiri kat google maps, apa susah?

    Dan untuk lebih details, korang rujuk sendiri direction yang google beri, hanya 48minit katanya:


    Driving directions to Sg Gabai
    39.6 km – about 48 mins
    Shah Alam, Selangor
    Malaysia
    1.Head northeast on Jalan Kelab Golf 13/7 toward Jalan Kelab Golf 13/9
    0.4 km
    2.Turn left at Jalan Kelab Golf 13/5
    0.4 km
    3.Take the 1st right to stay on Jalan Kelab Golf 13/5
    0.6 km
    4.At the roundabout, take the 1st exit
    0.1 km
    5.Turn left at Jalan Kelab Golf 13/1
    0.6 km
    6.Take the ramp onto Persiaran Sukan
    1.4 km
    7.Persiaran Sukan turns slightly left and becomes Jalan Monfort
    0.3 km
    8.Turn right at Jalan Subang
    1.3 km
    9.Take the ramp onto Lebuhraya Persekutuan
    15.5 km
    10.Continue onto Lebuhraya Hubungan Timur - Barat
    8.3 km
    11.Take the ramp to Lebuhraya Cheras - Kajang
    0.4 km
    12.Keep left at the fork to continue toward Lebuhraya Cheras - Kajang and merge onto Lebuhraya Cheras - Kajang
    2.4 km
    13.Take the exit toward Jalan Taman Suntex
    0.3 km
    14.Slight left at Jalan Taman Suntex
    0.9 km
    15.Turn left at Jalan Hulu Langat
    4.7 km
    16.Turn right
    2.1 km
    Sg Gabai
    Malaysia

    Hmm untuk keselamatan, bawak pelampung sekali, sebab perenang profesional tidak kami bawak sekali, dan jangan lupa kepada sesiapa yang mempunyai bola pantai, bawak sekali.

    Ops sebelum terlupa, sesiapa yang nak join, boleh hubungi kami (jai/walid/haziq) segera mungkin, malam sikit sebab nak layan Ninja Asassin dulu. Jumpa disana~

    *diupdate dari rumah walid