01 December 2009

Pantang Larang Mandi Sungai






*gambar kat atas, bukan diambil oleh kami, hanya sedut sebab tadi hujan so kameraman takdapat beraksi

Huh, kehadiran kami ke Air Terjun Sungai Gabai disambut oleh awan mendung lantas hujan beberapa ketika selepas itu, jadi air yang terjun tadi beransur-ransur menjadi keruh+kelajuan tinggi. Nafsu untuk mandi manda terbantut lantas mencacatkan episod percutian kali ini.

Jadi ingin aku kongsikan beberapa pantang larang (tips-tips la lebih kurang) untuk korang mandi-manda.
  • Pastikan korang kenal pasti jalan menuju jika tempat mandi tersebut asing bagi korang, pakai google maps pun orait.
  • Semak jadual cuaca untuk hari perjalanan, ini amat penting kerana cuaca yang tak sesuai untuk aktiviti amat mempengaruhi emosi peserta.
  • Bawak pakaian yang sepatutnya, suar pendek yang menutup aurat, baju nipis untuk lelaki, bola pantai dan lain-lain. Kalau boleh dan pakai siap, senang sikit, sampai terus terjun.
  • Bawak'lah bekalan makanan sedikit, paling basic, roti gadinia, air masak 2liter & tuna. Sebab lepas hepi-hepi dalam air, perut korang memang ralat'lah.
  • Kalau boleh, pastikan peserta yang join aktiviti tersebut ada yang handal berenang (senang kalau ada yang buat-buat lemas), ada yang tak pandai berenang (untuk jaga barang & ingatkan member-member jangan lupa diri), bonus kalau ada yang pandai masak, boleh layan bbq+nasi goreng.
Buat masa ini itu sahaja, kalau korang ada tips jugak, kongsikan sahaja di'ruangan komen.

p/s: aku baru dapat gambar-gambar hangat dari cik walid & haziq, tunggu~

    No comments:

    Post a Comment

    umpatan anda pula?