17 January 2010

Cebisan kenangan dulu..



Mesti ade yang perasan gambar ni, aku sedut dari fb, ikut dimensi macam da resize, hurm sayang juga, gambar diatas diambil semasa program dari ahli tegar empayar14 yang julung-julung kali diadakan, 1st Step to Change, tak silap dalam 2007 selepas geng yang sambung matrix tamat belajar.

Sungguh banyak pelajaran yang didapati dari program tersebut, namun untuk 2nd Step to Move (diubah menjadi A Step to Move) dilancarkan, ada konspirasi yang cuba menjadikan program itu tergendahala. Tapi aku tahu, suatu masa nanti program itu akan dijalankan juga, mungkin bukan di Sekolah Kebangsaan Agama Simpang Lima.




*antara wanita tegar empayar14 yang turut menyumbang tenaga menjayakan program tersebut



Gambar diatas pula adalah cebisan gambar dari Re-union (tunggal) kita sejak dari tamat persekolahan, tak silap aku dalam 50 orang ahli tegar empayar14 berjaya dikumpulkan, bertempat di D'Palma Inc Kuala Selangor.

Walaupun tak banyak interaksi berlaku semasa program, namun bagi aku peluang berkumpul sememangnya mampu mengeratkan kembali silaturrahim, segarkan kembali kenangan-kenangan lama, yang bagi aku sesuatu yang tak patut dilupakan.

Jadi kepada mereka-mereka yang ada mengimpan cebisan gambar kita (valid bagi mereka yang pernah bersekolah di SMKA Simpang Lima walaupun sekejap), aku harap dapatlah ia dikirimkan terus ke email aku untuk dikongsi bersama..

mr.believer45[at]gmail.com

Sekian~

No comments:

Post a Comment

umpatan anda pula?