06 April 2010

dah 10 tahun? perjalanan dan pengalaman....

Antara orang yang paling over-exited untuk 10 tahun kita disini ‘berkawan’ adalah Walid a.k.a Si Gulung...since last year budak ni duk asyik sebut pasal apa nak buat to celebrate untuk 10 tahun ni? Yang pasti aku menulis ni bukan promosi (selalu yang aku n the gang susun) apa yang akan dilakukan time cuti ni untuk celebrate, tapi sekadar terpikir, apa yang telah anda dapat selama 10 tahun meninggalkan Simpang Lima yang cukup banyak makna mencorak anda.maaf, mungkin sepanjang tahun aku akan punya masa yang sikit nak ‘berjemba-jemba’ ngan kengkawan sekolah. Hambatan sebagai Presiden Kelab Debat Bahasa Arab UIAM dan tugas sampingan luar telah memaksa my mom begging me every weekend untuk balik rumah. Sorry mak! ...me personally, Simpang 5 telah letakkan aku dalam keadaan persimpangan aku punyai great idea to do in my life dalam keadaan aku di’hukum’ dan tersepit antara ke’samsengan’ segelintir tenaga pengajar dan membebaskan kejumudan pemikiran disisi pelajar dan guru. Alhamdulillah, segalanya dilalui dengan sebaik mungkin(sungguh subjektif) dan ianya mencorak apa yang anda nampak pada diri ini. Aku bangga punya gaya fikir sebegini. Aku dibebani berfikir 24/7 apa yang ada dalam teks-teks agama secara kritikal namun ia tidak sedikit pun menjumud bekukan aku....aku tak perlu dipaksa secara psikologi untuk menjadikan aku pelajar jurusan agama berserban, kopiah, baju melayu untuk meletakkan aku seorang pelajar agama...tidaklah melembutkan lidah berbasi-basi ana-anta untuk nampak seperti orang arab....(walau setengah itu tak tau pun skill berbahasa arab!). segalanya bagi aku sederhana dalam berfikir, bergerak dan menonjolkan diri dalam membuat keputusan. Syukur! Ianya hasil dibelasah disekolah kerana membawa ‘pemikiran baru’ yang memecah belahkan pelajar, juga kerana seorang budak tingkatan 3 dimalukan di Dewan Besar al-Biruni yang mana budak itu tidak tahu (katanya) berbahasa arab dan Quran Sunah, Syariah! Juga budak yang ingin dibuang sekolah berkali-kali kerana solat hajat tak ikut imam yang PASTI nya membuat pelajar keliru...aku katakan, air mata sebagai peneman berseorangan ketika orang lain tak pernah berfikir apa yang ingin aku mereka jadi dan mencorak kehidupan masa depan mereka? Namun, aku mendapati wujudnya kelompak kengkawan kita yang melakukan perubahan yang agak memeranjatkan aku sama – (negatif) atau + (positif). Ingat, positif bukan bermaksud yang terpusing bidang agama semesti positif dan sebaliknya. No! Ada juga yang bukan agama cuba menceburinya namun lemas dalam angan-angan firdausi kerana dangkalnya ilmu...dan ini adalah kelompok amat kritikal. Tapi, ini adalah sekadar analisis untuk nilaian!
Secara umum, mana-mana sekolah agama akan punya beberapa kelompok pelajar yang mencorak cara pikir dan hidup dalam sesebuah sekolah berasrama. Ada yang memulakan kehidupan disimpang 5 sebagai ‘ahli surga’ (ayat majis) means geng surau, geng nakal+not really jahat but okay, dan beberapa geng yang tak dapat dikenal pasti secara tepat. Gaya pikir tak berbeza sebab sekolah hujung Selangor, ceruk kampung, tepi laut tanpa akses maklumat dan kemudahan yang cukup untuk pembinaab minda yang bagus (untuk Jai) menjadikan keseluruhan pelajar dapat dikenalpasti dalam pola corak pemikiran yang hampir sama tiada beza. Cuma wujudlah kelompok tersisih yang ‘memandai-mandai’ mencorak satu pemikiran yang meletakkan bekas yang cukup berbeza hingga selepas sepuluh tahun meninggalkan Simpang Lima...dalam facebook, wujudnya nama-nama pelajar Simpang Lima yang tak pernah aku kenal, muka pun ingat-ingat lupa dan ada yang totally tak kenal...apa yang pasti, mereka berkongsi keinginan nak kenal aku dan pemikiran yang aku cucuk tanamkan di Simpang Lima sehingga memaksa kudrat beberapa kerat ustaz untuk menghindar hapuskan tidak berjaya. Sebenarnya, isu yang timbul bukan berkaitan Abu Hafiz sebagai pelakon utama, bukan pemikiran itu yang dislogan tajuk kan, tetapi keegoan sesetengah pendidik dan rasa sombong pabila ditegur SECARA BAIK DAN BERHEMAH bukan maki hamun kerana kaedah yang mudah! “KAU BUDAK2! AKU CIKGU, TUA DARI KAU, MAKAN GARAM LEBIH. TAK YAH NAK NGAJAR AKU!!!” inilah punca berakar umbi nya masalah...walau malaikat pun datang tanpa wujudnya kesedaran ini, tiadalah anda kemana. Konsep pendidikan sebagai tunjuk ajar bagi pembinaan bangsa dan pewaris yang berfikir telah diserapi dengan konsep diktator makan suap dan tutup mulut.
Oleh itu, para pelajar seperti kita tidak akan dapat berubah dan membina cara fikir yang betul2 membantu kehidupan pembelajaran dalam suasana persekolahan dalam keadaan sebegini. Bertitik tolak dari itulah, korang akan nampak cara fikir aku dan justifikasi yang aku lakukan dalam banyak hal tidak melihat kepada pesalah namun apakah yang mendorong masalah iti timbul dan proses point finger akan berjalan secara adil dan akademik. Dan percayalah, kalau masalah ini dilihat secara objektif dan kritikal, masalah terbesar dan punca yang jelas bukanlah pelajar yang merokok, ponteng dan sebagainya sebagai subjek utama, tetapi sikap dan cara pendidik yang cukup tidak terdidik. Dan proses analisis ini jangan diganggu dengan kenyataan seperti “yer la, tapi dia kan cikigu-cikgu kita. Hormatlah”. “pape pun kita diamkan lah”. Disini anda akan lihat kajian secara objektif bukan belajar perasaan towards them.
Dan tulisan ini bukan membangkitkan apa yang lepas, namun ia manifestasi apa yang anda jadi hari ini. Ada dikalangan kita terpalit ketaksuban politik yang aku sendiri pernah duduk didalamnya. Aku terkejut, ada kawan yang dahulu tak tau apa itu politik literally dan practically. Just duk main jer, tapi hari mengulas isu politi seakan jaguh sudah sekian lama! Bukan tidak boleh....namun anda fanatik membuta tuli yang menjadi anda sama ada buta, tuli atau babi buta......? (betul ke ayat tu?) kadang2 saya lihat dahulu sesetengah kengkawan yang blurr sahaja hidup sudah pandai berbahas politik kepartian ‘Islam’ dengan saya...wow! dan ada yang cuba untuk membuktikan betapa kadang kala tidak ‘islamiknya’ saya...perubahan yang bagus melihat dunia dengan cara yang baru....tidak kisahlah kdng2 positif atau negatif tetapi ia menggambarkan anda bergerak berbanding yang jumud x bergerak2. Apa pun, 10 tahun berkawan kawan-kawan batch 14 SMKA simpang lima amat menarik dan ada sejarahnya tersendiri dan tampil barisan figure yang anda boleh banggakan...dan percayalah tidak semua akan melihat anda dalam ruangan yang anda lihat diri anda tetapi persetankan kata orang, hidup dengan enjoy dan bermoral agama sudah...pada semua, sila2lah tulis pengalaman 10 tahun ini dalam kacamata pandangan korang sendiri, x lah aku syok sendiri...okay,jumpa lagi!

18 March 2010

apa kata qaradhawi untuk al-tantawi rahimahullah?

واليوم فصل بيننا الموت، الذي يفصل بين الأخ وأخيه، وبين الابن وأبيه، وبين الصديق وصديقه، كما يفصل بين المتجادلين بعضهم وبعض، وسيجمع الله بيننا في يوم لا ريب فيه، يوم تُبلى السرائر، ويحكم بيننا بالحقِّ، وهو خير الحاكمين
"Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim...."

apalah nilai kehidupan yang berputar sebagai roda ujian, dimana mati sebagai penghujung jalan...
mereka yang soleh mengakhiri putaran, dengan tenang mengakhiri kehidupan,
rasanya letih menunggu janji Tuhan, dipalit letih dan kesedihan,
pinjamkan lah untukku wahai Tuhan, apa yang kami harapkan kekuatan dan kesabaran...

13 March 2010

Never say NO, Never say NEVER…..


Salam… sekadar nak project out apa yang dalam kepala ni… mungkin boleh dipikir2?.. masa den tgh busy meng ‘adobing’ tshirt adik den, ( mendapat tempahan yang xkn berbayar maybe.. wuhu~) kepala ligat pikir ayat2 yang agak2 seswai ngn budak2 tingkatan 3 ( yang juga merupakan budak2 simpang lah..) … yo le.. takut2 la xmsyuk taste dowg ke… xpon advance sgt ke.. mane tao…

Tetibe plak ayat ni stumble across… Never say NO, Never say NEVER…(macam penah dengar kan).. dipikir2 macam sedap, n agak masuk la ngn dowg… darah muda maybe.. so, atas sebab cam da berminat, malas lah nak pikir laen lagi… buat punye buat, Alhamdulillah, siap juga akhirnya… mungkin ambil masa dalam 1 jam… puas hati gak lah~.. Lepas send email kat adik segala folder jpeg n adobe, tetiba plak terngiang2 lagi perkataan tu.. den agak suka berpikir balik apa yg dah dihasilkan@dibuat, walaupun mungkin kata dah lapuk.. mane tao mungkin ada sebarang kesilapan yang tak sedar kita buat...

Never say NO, Never say NEVER….. humm, besar maksud tu… masa terpikir ayat ni, its all reflecting positive impressions.. agak2 tengah pikir dalam, Allah!.. tetiba plak den tepikir dari perspektif negative.. baru den nampak… ayat tu bleh ditafsir dalam 2 maksud.. agak2 da nampak da?.. okeh, kita tgok positive dlu… tambah tolak maksud ayat ni ‘ xde kata2 tak mau atau tak kan pada sesuatu’… means, andai orang kata nak mintak tlong benda baik, contoh macam, mom mintak tlong jg adik, bereh.. no prob! Can rely on me mom!.. situasi laen, agak2 tengah ‘merudum’ result pekse ke… im not gonna give up bro!.. never until my last breath!.. kan ke bagus tu.. cth len, xkn kate xbleh selagi xcuba dlu, org laen ble je gempaq result, kita pn bleh.. see??.. its awesome…+ + + another exmpls..

Tapi, setelah lame sgt merenung ayat tu, sesuatu yg laen muncul kat kepala.. kita skrg dah cukup famous ngn berita2 kekejaman manusia.. buang bayi, bunuh bapa, bu2… boleh ke den kata, dowg ni slalu never say no, never say never… nak bunuh sesiapa pun bleh, no one ada exception, even ur own parents man! Nauzubillah….. nak buang baby pun bleh, never feel ashame.. or afraid of ALLAH!.. tetibe, telintas kat kepala, bnde2 ni kembali mengingatkan den zaman persekolahan dlu, kat mana2 bleh blaku maksiat n sesuatu yg org kata diluar jangkaan… never have any excuses, S.M.K ke, A ke.. apa2 la… dan kat sini lah yg membawakan maksud ‘negative’ nye ayat tu… bila xda kata2 NO o NEVER utk diucapkan, actually there’s smthing wrong smwhere… kita perlu kepada no and never… n, kita gak x perlu no n never… depend on situations.. mcm biasa orang sebut2, say no to Cigarette, katakan tidak pada dadah… + + + zina, dating, n so oonn… kita nampak kat mana no n never diperlukan..

So, selepas menimbal balik ayt tu, pkir2, adakah relevant den menggunakan ayat tu kat baju dowg??... tau napa agak risau, mungkin ayat tu terlampau general, bila smthng intolerable thing happen, am I blamed?. Mane tao, kot2 ayat tu diungkit… tapi, setulus hati seikhlas kata, den guna utk sesatu yg membawa kearah POSITIVE… bergantung kepada setiap hati yg menafsir, setiap hati yang nak mengambil ‘madu’ nya… apapun, ikut lah mata hati yang mencintai ALLAH… agar kita tak tergelincir dari landasan…

fuhh.. im done.. ^^

‘seeking for the truth, seeking for the future, seeking for the very best to be a MUSLIM’