30 June 2010

3 idiots: satu coretan pandangan untuk semua

Media massa diakui sebagai medium terkini dalam menyampaikan idea sesiapa sahaja. Daripada seorang yang tidak dikenali, sudah menempah nama dipersada negara. Caranya mudah, kiranya anda tidak petah berbicara tulisan sebagai suatu cara olahan pandangan hati dalam meyakinkan pihak lain bahawa anda punya idea. Namun, apa sahaja perkara mampu dijadikan medium untuk menjadikan keadaan amat positif atau sebaliknya. Suatu usaha baru yang patut dipuji adalah usaha kelompok bukan Islam dan segelintir Muslim diluar jarak geografi Malaysia yang mempunyai gaya penyampaian filem yang cukup berkesan dan penuh dengan mesej yang jelas. Ditambah kritikan yang sarat dengan nasihat dicampur tambah dengan lawak-lawak yang mencuit hati, filem seperti 3 Idiots dan Taare Zammen Paar. Filem hindustan yang jauh dari fanatik percintaan melampau, filem ini mengkritik sisitem pendidikan negara India yang pada waktu yang sama dapat dirasai dalam sistem pendidikan ‘kolot’ dan konvensional Malaysia. Ironinya, kelompok guru dilihat bagaikan malaikat yang maksum tidak patut ditegur kalau silap dan bahana yang besar akan ditimpa pada kelompok pelajar yang bangkit sebagai ‘pelajar kuang hajar’. Namun dalam waktu yang sama, KITA TIDAK BERKEMPEN UNTUK BERSIKAP KONFRONTASI terhadap guru-guru, JAUH LAH UNTUK ‘MENASIHATI’ ADIK-ADIK DIBANGKU SEKOLAH MELAWAN....TIDAK!! tetapi sekiranya mereka sebagai kelompok pelajar yang ingin dilatih sebagai ‘lembu berakal’ yang berkongsi nafsu produktiviti, nafsu makan dan minum dan bersosial tetapi berbeza pada akal namun terlalu dihadkan. Kenapa semua ini terjadi? Dan apakah kesan jangka panjang? Semua ini terjadi apabila sistem kita amat menekankan jumlah A yang anda dapat. “anak Senah tu PMR 3A je tau, tak tahulah dapat sambung belajar mana”. “alhamdulillah anak aku dapat 10A, menjadi jugak”. Kayu ukur kehebatan dan bergunanya anak itu pada deretan A yang diperolehi, bukan cara fikir anak itu. Guru-guru bersikap tertutup dan tidak mahu membina suasana pelajar yang kondusif bagi membina pemikiran kritikal. Kritikal iaitu tiada siapa yang benar dan tepat semuanya, apa bidang sekalipun. Segalanya terbukti dengan fact & figure! Makanya, guru yang hanya menghafal apa yang telah diulangnya dalam teknik P&P selama belasan tahun akan tercabar apabila ada anak murid yang mempertikaikannya...malang sungguh. Hasilnya, anda boleh ke mana-mana IPTA yang wujud di Malaysia, anda boleh baling pen dari tingkat 3 dan akan terkena pelajar yang bila ditanya apakah DEB dan MEB dan perbezaannya? Isu umat Islam terbaru? Apakah keadaan ekonomi negara kondusif untuk jangka masa pendek dan panjang? Jawapan yang akan anda dengar bukanlah jawapan tetapi kebingungan atau lebih ‘manis’: “pehal ko tanya soalan tu?” “poyo lak mamat ni!”...percaya atau tidak, anda lah yang akan membina dan mencorak survival umat dan negara ditangan orang yang mempunyai minda kelas 3! Puncanya, sistem pendidikan anda, guru dan diri sendiri!
p/s coretan khas buat bakal warga pendidik agar anda dapat membuat sesuatu memperbaiki sistem ini walau tidak mampu mengubah keseluruhannya...wallahu a’lam